Selamat malam semua. Aku Ain. Boleh tak kalau aku nak kongsi cerita kat sini? Umur aku dah 2* tahun. Aku dah bekerja. Dan aku juga dah berhenti kerja. Aku pun dah penat nak fikir. Salah aku atau bos aku? Aku pening aku pening aku pening.
So ceritanyehhhhhh…
Aku bg nama samaran Kak Mah lah utk bos aku ya. Tolong jgn bayangkan Hantu Kak Limah. Ok, Kak Mah ni ada seorg anak yg sindrome down. Umur ank dia dah 12 thn tapi masih mcm budak umur 6 thun. Biasalah tu kan. Dan aku syg ank dia mcm aku syg anak anak kucing aku.
Lupa nk bagitau, disebabkn aku kerja dgn dia, dia pon ajak lah aku tinggal dgn dia. Maksudnya, dia jaga kedai waktu pagi. Suami dia jaga kedai waktu malam. So kiranya aku jd peneman dia lh. Aku dgn ank dia ni aku rasa dah mcm adik beradik. Time gaduh biasa la kan. Budak budak kot.
Nak dijadikan cerita, satu harini. Aku tgh buat kerja. ( Anak dia aku bagi nama samaran Ani. ) Ani ni duk kacau aku buat kerja lah. Dia tarik tarik tudung aku. Nasib baik aku bukan geng instafemes tau. Kalau tak mesti aku dah meroyan tudung tak jadik. Aku x kisah lah sbb aku pon memang tau dia bukan mcm budak biasa. Dia luar biasa dan istimewa.
Lagipon aku dah biasa mcm tu. Kira rutin lah. Kalau dia x kacau aku x lengkap hidup dia sehari. Tapi aku pon larang jugak mcm “eh jgn lah kacau kak ain” “eh eh eh eh eh eh kak ain sibuk ni, pergi main sana”. Haaaaa gituuu je.
Kebetulan lagi, aku period pulak. Tak tahu tiba2 kan mood jadi bertukar tukar macam baju. Aku cuba sedaya upaya taknak nampak ketara sgt muka stress. Tp si Kak Mah ni dia perasan aku muncung agaknye. Dgn tiba2 dia sound camni. “Ani, jom balik. Kau tu bukan macam orang biasa. Kan tak pasal2 semua orang dlm kedai ni bergaduh”
Fuh, aku macam… What bitch?! Semua rakan sekerja aku dah pandang aku semacam. Malunya aku Allah je tahu. Knp dia x boleh nk slowtalk ngan aku. Kalau kata nk mintak maaf bg pihak Ani pon, sebelum2 ni… Aku ok je. Kalau gaduh ngn budak, balik rumah nanti eloklah sbb dgn aku jugak dia ajak main.
Kalau ada apa2 yg jadi kat tempat kerja. Walau hal yg kecik je, mesti dia akn heret heret heret sampai jadi besar masalah. Padahal benda kecik je kot. Semua staff dia nk bagitahu. Dah lama aku stress, tapi aku tahan tahan sbb aku ingat kalau aku menjawab, gerenti dh x boleh keja situ. Dan aku pulak ad tanggungjawab.
Tp sekarang nasik dah jadi bubur lambuk. Lps balik kerja tu, terus aku whatsapp dia. Dia ss conversation aku dgn dia, pastu dia tersilap hantar kat aku. Aku tnya tu ss nak hntar kat siapa? Dia jwb “Aku nak hantar kat suami aku”.
Fuh, masa tu jugak aku rasa nak kahwin. Nk hantar kat suami aku jugak. Hehehe gurau je. Aku cam sentap la, sampai hati dia ckp cmtu.
Aku hormat dia. Time dia mintak tolong kita sedaya upaya buat smpai jadi. Tapi bila dia dah taknak kita, macam taik idung dia jentik cenggitu je. Aku sedih.
Sekarang dia dgn staff yg dia paling rapat duk sindir2 aku kat status whatsapp. Macam2 diorang post. Hati hitam lah, hati pelangi lah, tikam belakang lah macam2 lah. Sampai satu hari tu, aku mute diorg punya status. Ak x tahan. Penat tau sabar.
Aku cuba utk tak post pasal benda alah ni kat socmed. Tp harini, aku x tahan. Kena luah jugak. Rasanya dia x baca sbb dia hanya pandai buka fb utk membawang je. Tp bila aku bukak fb, nampak pulak post dia share utk sindir aku. Eh dasar noob tu, mcm tau2 aku mute dia kat whatsapp.
Hmm sekarg aku tgh tanam anggur ngan strawberi. Dah mula nampak putik bunga ni. Tak lama lagi berbuah la tu. Korang doakan aku dpt keje secept mgkin ya. Rasa gelisah je hati ni kalau x buat kerja. Skarang aku tgh pikir, patut ke aku block manusia2 ittuewww? Manusia negetif.
Okaylah. Thanks admin dan korang semua yg baca. At least kurang sikit beban dalam kepala otak ni. Nanti buah yg aku tanam masak, aku gitau korang ye… Huuuuuu.
Assalamualaikum,
(Hamba Allah)
– Kuli kuli sahaja memang tidak padan dan tidak sepadan.
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit