Bos Penipu

Assalamualaikum, kepada semua pembaca dan terima kasih kepada UIIM Confessions kerana sudi menyiarkan luahan saya ini.

Saya Ari (bukan nama sebenar) , bekerja di kilang OEM milik orang melayu berpangkat Dato’. Mungkin ada yang tidak mengetahui apa itu kilang OEM. Secara ringkasnya, kilang OEM merupakan kilang yang menyediakan kemudahan bagi sesiapa yang ingin membuat produk jenama sendiri.

Saya ingin kongsikan kisah saya yang bekerja di kilang OEM ini. Kilang tempat saya bekerja merupakan kilang yang didaftarkan untuk premis makanan. Maksudnya, kilang ini hanya boleh mengeluarkan produk makanan atau minuman sahaja. Tak boleh buat produk kosmetik, tak boleh buat produk makanan tambahan. Sebab kilang ini tidak mematuhi piawaian untuk buat produk kosmetik, makanan tambahan, atau ubatan tradisional. Buat masa ini, syarikat ini belum ada apa-apa pensijilan lagi, tiada GMP, tiada HACCP, belum diiktiraf Halal lagi. Namun, bos saya telah menipu banyak pelanggan dengan menyatakan syarikat kami boleh menghasilkan produk makanan, minuman, makanan tambahan dan ubatan tradisional. Bos kami juga memberitahu pelanggan bahawa kilang kami telah diiktiraf Halal, dan mempunyai pensijilan GMP dan HACCP. Sebagai bukti, beliau akan menunjukkan sijil yang telah diedit bagi meyakinkan pelanggan untuk membuat produk di kilang ini.

Bos juga mengambil tempahan membuat produk kosmetik,dan akan disubkan kepada kilang luar (ayat marketingnya sister company katenye). Tapi kalau pembungkusan semula kosmetik dia akan minta kami buat di kilang ini. Bos akan mengambil apa sahaja peluang perniagaan yang boleh bagi dia duit walaupun dia x boleh nak buat sebenarnya. 90% pelanggan (Founder Produk) kilang saya adalah berbangsa Melayu. Menjadi kebiasaan Founder Produk ini akan menyerahkan segala urusan pemprosesan, pemilihan bahan ramuan, dan pembungkusan produk mereka kepada pihak kilang.

Selalunya Founder ini bagi duit dekat kilang, cukup masa collect produk yang dah siap. Dia bukannya tahu bahan apa yang diletak dalam produk tu. Maka lagi banyak lah ruang untuk bos saya boleh menipu dan mengaut keuntungan. Bahan dalam produk kena tipu. Logo GMP, HACCP, HALAL yang di tepek dekat kotak tu tipu. Banyak lagi la yang dieorang kena tipu. Aku kesian dengan Founder baru ini kena tipu hidup-hidup dengan bos aku. Cuba korang bayangkan, kalau Founder kena tipu tu buat produk untuk MLM, dah la buat produk merapu, suruh pulak agen beli barang merapu ni setiap bulan, agen pula jual produk merapu ni dekat pelanggan lain. Tak ke penipuan berangkai.

Sekiranya anda ingin menjadi Founder Produk, ini nasihat saya kepada anda:
1) Buat kajian dan study dulu produk yang anda mahu keluarkan. Sekurang-kurangnya anda perlu tahu kategori produk anda (makanan/minuman/kosmetik/ubatan/dll), cara pemprosesan produk, bahan ramuan produk, pembungkus produk, dan Kementerian/Jabatan Kerajaan mana yang anda perlu berurusan selepas produk siap. Kenal pasti adakah produk perlu berdaftar atau tidak. Supaya anda tidak ditipu oleh pihak kilang.

2) Siasat latar belakang kilang OEM anda dari A-Z. Pelbagai penipuan yang berlaku dalam kilang OEM antaranya kilang mengaku mempunyai pensijilan dari badan-badan yang diiktiraf seperti HALAL, GMP, MeSTI dan sebagainya. Ini semua boleh diedit dalam sijil. Anda sebagai Founder perlu selidik data mereka dengan badan-badan yang berkaitan. Bukan susah pun cari sahaja dalam carian portal. Ini awal-awal dah kena tipu, percaya je bulat-bulat apa yang pihak kilang tu cakap. Sekali lagi, jangan mudah percaya walaupun owner kilang tu kawan baik, Dato, Datin, Tan Sri sekalipun. Mulut orang meniaga memang la manis.

3) Anda sepatutnya yang lebih arif mengenai bahan ramuan produk anda. Anda yang sepatutnya membuat pembelian atau mengawal bahan ramuan produk anda. Berapa banyak kilang yang menipu dalam penggunaan bahan ramuan. Contohnya, dalam formulasi yang mereka bagi terdapat 10 bahan ramuan digunakan, hakikatnya 5 bahan pun belum tentu ada dalam produk itu termasuklah sampel asal yang diberi. Keberkesanan produk pun kadang-kadang ambil dari Google. Contohnya, bahan yang digunakan serbuk lemon. Google je la kebaikan Lemon. Lepas tu, claims produk tu boleh untuk diet la, untuk nak kurus la, untuk putih la, untuk cantikan kulit, ada vitamin C la dll. Padahal dia letak serbuk lemon 0.1% je yang lain gula kot.

4 ) Sekiranya produk perlu berdaftar atau perlu mendapat kelulusan dari mana-mana jabatan kerajaan, sebaiknya anda buat permohonan sendiri. Minta pihak kilang sediakan semua dokumen dan anda yang perlu uruskan permohonan tersebut. Kalau sijil pun pihak kilang oleh edit inikan surat kelulusan.

5 ) Anda perlu pastikan kilang ini memang benar-benar wujud di depan mata. Bukan sekadar percaya secara lisan dan gambar. Pergi lawat kilang dan tengok kawasan production. Kalau pihak kilang cakap, tidak boleh lawat kilang sebab hygiene or GMP, atau bagi banyak alasan, itu semua nak cover dieorang buat dekat tempat lain la tu. Kalau produk disub ke kilang lain boleh terima lagi, kalau dibuat dekat rumah macam mana? Kalau dah sub kat kilang lain, lebih baik anda buat dengan direct kilang je la. Jimat lagi kos.

Akhir sekali nak buat produk tidak salah, tapi pastikanlah anda berurusan dengan kilang OEM yang betul dan jujur. Bukan macam bos saya tu. Tak semua bos kilang OEM macam ni. Dan x adil saya pukul rata semua. Jadi carilah yang ikut peraturan. Pihak Kilang dan Founder sekalian anda perlu bertanggungjawab dengan produk-produk keluaran anda, tidak rasa bersalahkah menipu pelanggan? Kalau tanye bos saya,dia jawab eh Haram tu… Ko tipu orang tak haram ke B***** . Eh Geram aku orang macam ni.

-Ari Letak Jawatan-

– Ari Jadi

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit