Salam korang.
Aku Asms. Saja nak buat confession sikit hari ni. Selalunya aku baca pasal bos from hell. Sejujurnya dalam 8 tahun pengalaman bekerja aku belum lagi aku jumpa bosses yang aku kategorikan sebagai ‘dari neraka’ ni tapi dalam sebulan kebelakangan ni, boss pinjam pejabat aku ni berkelakuan melebih-lebig menyakitkan otak. Nipis wei pahala aku dek tekanan bos ni.
Korang mesti tak faham kenapa aku panggil bos pinjam. (Kita panggil dia Boss P je la) Pinjam sebab ofis aku buat JV dengan ofis dia. Ofis aku konsultan, ofis dia daftar sebagai kontraktor tp bidang kerja sama. Kitaorg sewa ofis separuh dari ofis dia (ni kes ofis dia berpecah belah pastu banyak empty space. boss aku (panggil En A) nak tolong dia tampung kos ofis). Boss P duduk depan kitaorg amik bahagian belakang. On average dia ada sorang staff, ofis aku ada 4 termasuk bos aku. Sekarang tengah JV so kitaorg dipinjam oleh Boss P untuk buat projek dia. Gaji still En. A bayar. Remember, its a JV) Ok itu sedikit sebanyak gambaran aku boleh bagi situasinya.
Alkisah awal-awal tu ok je kami co-exist. Sebab dia tak banyak job so dia jarang kat ofis. Tak kisah la kan ada ke tak tapi this is where the story starts;
Sebab takde duit, Boss P tak bayar bill-bill utility. Kau ingat?? Air pernah kena potong, internet aku rasa every month kena potong then baru bayar, elektrik kena notis and then mesin fotostat tu toner takle beli dah sebab tak bayar servis sampai berbelas ribu ko tahuu. Malu siot bile org servis call tanya payment. So En. A tolong bayarkan utility dulu. Aku takle lupa ayat Boss P ni;
“Eh A kau bayarkan dulu bill heh heh heh heh.” (sambil gelak kambing)
Aku ingat sikit2. Total bill dekat belas ribu okkkk. Tangguh bapak lama even sebelum start menyewa. Aku tau sebab kat ofis ni aku la teknikal staff merangkap secretary semua orang (kitaorg takde admin; admin tgh cuti amik masters) aku dah macam, “YA TUHAAAAAN banyaknya nomborrr (amaun kena bayar).” Aku naik panas dgn Boss P ni sebab kesian tgk En A bayarkan hutang yang dia tak buat. Tapi diam je la kan sbb aku staff and En A macam redho. Allah bless him weiii T_T sabar namatik dia ni.
Iklan: Korang JANGAN tangguh membayar bende wajib ni ok. Ni nasihat ikhlas dari aku. Do your best!
Ok lepas tu kami pun hidup dengan harmoni. Raya pun menjelang daaaannn.
Boss P pegi JEPUN ok. Aku da menganga. Aku tanya partner aku apasal dia ada duit pegi Jepun tapi takde duit nak bayar bill?? Yang best partner aku ni gelak je. Partner aku ni orang lama. Dekat 10 tahun dah kenal dengan Boss P ni…pengalaman banyak tapi jenis segan n kurang keyakinan diri tapi dia ni sebenarnya BANYAK knowledge pengalaman and very skilled <— korang kena ingat benda ni k.)
Dingdong dingdong lepas raya, En. A terima satu job dengan satu GLC ni sebab nak tolong Boss P yang takde duit ni. On top of that dia gak gi appoint Boss P ni as designer for satu lagi job sebab nak tolong dia since kepakaran Boss P is design. Aku la yang diarahkan jadi incharge person for this JV.
Jujur aku cakap aesthetics ni bukan strong point aku sebab aku spesis realistik. So aku happy jugaklah bila kitaorang ditakdirkan JV dengan Boss P. But NOPE. Tak lama lepas tu aku pun faham sendiri kenapa partner aku tu gelak…
Pastu kenapa tak sedar diuntung pulak kan?? Macam ni. 2 SUDUT dia buat hal. Bukan 2 kali. Aku pecah dua la so tak pecah pale korang baca.
1) Projek dengan GLC tu.
Tugas Boss P (arahan clear dari GLC tu sendiri) adalah design based on sample2 yang diaorg bagi. Nope. Boss P tak ikut arahan n tepek design baru. Pastu bila kena tembak dengan client dia tembak balik maka bermulalah perang dingin antara Boss P dengan En. C yang merupakan head of department GLC tu. Tapi tak kisah sangat la kan kalau korang nak bergaduh tapi jadi masalah bila benda tu drag design. En. C suka cari salah semata nak annoy Boss P and Boss P selalu sarkastik perli En. C so benda ni drag dan sekarang En. A kena LAD sebab lambat deliver (Boss P takde siji professional, so En. A masuk job tu guna firma dia). Ok fine tu tahan lagi. Lepas tu dia suka bagi task last minit. Ok fine, tahankan aja. Macam Ustaz Amin cakap; rule number 1: sabar je laaa. Aku sabar ni nokkk. Kadang tu 2 malam aku tido ofis mengejor task tu. Weekend terkorban. TAPI SUDAHNYA DIA X PAKAI PUN AMENDE YG KITAORG BUAT TU SBB DIA UBAH SENDIRI. WAT. Ok ujian. Aku urut dada jek and kami decide tayah nak beria dah tunggu n siapkan task dia lepas ni sbb berpuluh kali terkena. Tapi jadi nak kena maki bila lepas tu bila dia mengadu kat En. A aku dengan partner aku macam cipsmo; selalu takde time dia ada so susah nak discuss. Yang ni aku takle tahan. Cipsmore jadahnya dia bangsa masuk lepas lunch pastu balik malam kitaorg ikut ofis hour. Aku tau sebab En. A tunjuk whatsapp tu kat kitaorg. Mmg aku pesta maki dengan partner aku sampai partner aku terkejut pasal dari jaman uni dia kenal aku x pernah aku maki sesape cam aku maki Boss P. Dan aku pon clarify statement tu kat En A. Yg ni takde masalah sebab diaorg semua mmg dah kenal Boss P ni. Aku je yg baru nak taaruf dengan dia. Pastu yg paling haramjadahnya buat aku pangkah dia bila dia tengking En. A. Kau tau. En. A (remember, my majikan yang membayar gaji is En. A) dapat panggilan ke Tanah Suci so dalam kalut-kalut tu dia pun fly, kitaorg tinggal kejarkan job ni. Takpe je kena tinggal tapi ‘takpeje’ tu jadi neraka nauzubillah bila dia kerah kami tahap nazi. Partner aku sampai hangkut anak bini dia dalam pantang la time tu gi ofis sbb nak kejarkan job ni yg ditunggang oleh Boss P dalam keadaan mabuk ketum. Aku yg naik kesian tengok wife dia altho wife dia rilex je siap boleh duduk sekali bagi solution n cadangan. (Korang jgn kecam partner aku wei. Dia takde pilihan)
Dan kau ingat tak aku mention yang partner aku ni banyak knowledge n pengalaman cuma kurang yakin je? Sampai satu tahap tu kami nak kena prepare drawing…dia dgn selamba prepare tak ikut kehendak majlis setempat so partner aku ni tegur la. Boss P tanak dengar wei. Dia buat jugak ikut cara dia last2 kena hentam dengan client…partner aku ni jugak yang cover him depan2 client. Akhirnya partner aku pun naik hangin sebab dia yang kena buat drawing nanti. Aku dpt tau yang Boss P ni pandang rendah dekat partner aku sebab partner aku dulu repeat year kat uni and Boss P ni pegi school yang omg famous kat london tu ha. Tapi apa guna grad oversea tapi bodoh sombong?? Wei kesian partner aku tu. Korang doakan dia jadi rijal sikit. Tak lama lepas tu aku dpt tau gak yang dia pandang rendah aku jugak…like. What???
Dannn kemuncak kemarahan aku dan partner aku ialah pabila dia bg update yg x habeh and without explanation dan tidak memenuhi tuntutan client untuk dibincangkan waktu meeting Isnin lepas dan kitaorg discover dia pegi KONSERT DREAM THEATER OK sebab tu dia tak pegi meeting. Siap cakap sape x minat Dream Theater tu kerugian and ALL music lover diwajibkan minat jugek. Eh. That was it dan itu juga penyebab En. A decided to keluar dari ofis ni dan tamatkan SEGALA kerjasama dengan company Boss P. Korang doakanlah rezeki En. A lebih sikit so dia boleh keluar soon.
Projek kedua JV yg aku kene jaga dan Boss P sebagai designer tu…kau tau. kitaorg ada 4 minggu diperuntuk untuk buat site visit. Ada 2 site. Yang satu besar. Yang kedua besar namati. Dia pergi site visit 1 hari pastu declare “Alah takda apa la benda ni kejap je kacang je saya tak sesat pun.”
Nokharom. Kau banyak kali pegi tempat tu kau tak ingat dah betapa menyesatkan papan tanda arah (signange) tempat tu. Aku yang conduct field study ambik gambar an interview kau kata keje ni kacang?? Makcik pakcik yang sesat mencari arah kau x jumpe. Kau tau tanya personnel for input. Kau tak redah mcm mana aku dgn partner aku redah. Pastu elok nak decide untuk meeting dia bertelagah dengan aku. Time ni aku menang (boss aku backup) tapi disebabkan ni dia pulak buang aku dari team, tak update aku dan ignore input aku. Dia mintak gambar pastu tak include aku dalam discussion. Haaangin akuuuu. Tapi aku bukan stupid…so aku update direct kat boss aku dengan main consultant (ofis aku sub-consultant) dan ada benda yang aku tak bagi kat Boss P. Tapi pikir2 bagus gak dia nak buatkan keje aku sebab boss2 besar aware material semua aku punya muahaha.
Baru ni jugak aku dapat tau dia komplen macam macam pasal kitaorg. Cakap kitaorg bising and so on tapi dia tu?? Kami tgh stress settle drawing huru hara yang dia buat, dia boleh pulak dia main drum memekak dalam ofis. Dah la drum set tu depan meja aku. Tak ke lagi dahsyat memekaknya tu?
Ok sampai hari ni setakat tu je aku nak confess dan membebel. Pesan aku satu je. Doa banyak-banyak kalau kita jadi boss satu hari nanti kita tak jadi boss yang jadi bahan maki. Dosa sesaja. Nauzubillah.
Maaflah panjang. Ikutkan lagi panjang aku nak sembur tapi dahlah. I had a long day. Doakanlah rezeki ofis aku untuk establish ofis space sendiri. No more tumpang tumpang.
Doakan yang baik-baik sahaja. Thank you.
– Asms
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit