Assalamualaikum semua.. Hai.. aku malas nak kenalkan diri. Sebab kalau sebut nama pun, bukan nama sebenar. Hahaha.
Ok, sebenarnya aku nak cerita tentang bos aku yang sangat la baik pada luarannya.. tapi sangatlah tidak amanah sebenarnya.
Aku bekerja sebagai kerani di salah sebuah sekolah. Aku kerani yang ditugaskan untuk menguruskan kewangan dan peruntukan kerajaan.
Seronok bunyinya kan.. yelah, apa-apa yang berkaitan dengan duit, memang best je.
Bos aku seorang lelaki yang berumur 55 tahun. Aku difahamkan yang beliau akan bersara dalam 3 tahun lagi.
Pada mulanya aku sangat suka pada beliau. Bibirnya tidak pernah lekang dengan senyuman. Suaranya sentiasa lembut.
Selalu menyapa khabar orang bawahan. Saya sebagai salah seorang staff bawahan beliau, sangat sangat bersyukur mempunyai bos yang sangat prihatin. Tapi itu tidak lama..
Belang pertama beliau muncul ketika salah satu tender di tempat saya bekerja dibuka.
Dengan tidak disangka, anak sulung beliau berjaya mendapat tender tersebut! Disitu, saya cuba bersangka baik, mungkin itu sudah rezeki anak beliau.
Sampailah akhirnya saya mengetahui, yang meluluskan tender tersebut, adalah bos saya sendiri. Kemana integriti dia sebagai penjawat awam? Eh?
Tadi panggil ‘beliau’ tukar jadi ‘dia’ pulak! Memang patut pun, dia tak patut dapat hormat dari staff
Belang seterusnya terserlah apabila saya yang sepatutnya menguruskan kewangan mendapat banyak transaksi yang tidak jelas.
Buat bayaran pada tempahan, tapi barang tak nampak. Bos saya arahkan untuk buat sahaja.
Bila saya tanya mana barangnya? Dia tanya saya balik.. ‘awak nak buat apa dengan barang barang tu?’ Saya pun tak berani tanya dah.
Saya bertekad untuk tutup sebelah mata, dan buat sahaja kerja yang patut.
Tapi, dalam masa yang sama.. saya terasa saya bersubahat. Ya Allah, ampuni dosaku..
Belang ketiga.. dan belang ini sangat jelas ketara.. apabila salah seorang staff ditempat saya mengalami musibah. Satu tabung digerakkan.
Disebabkan PKP, bos saya mengarahkan tabung tersebut menggunakan nombor akaun beliau. Saya tanpa syak apa-apa, mengikut arahan itu.
Tentu semua pembaca boleh agak apa yang terjadi kan? Ye.. dia songlap gaisss! Rasa nak maki je orang tua tu.
Yang celakanya bila saya tanya dah serah ke belum duit tabung tu? Dia pandang saya seolah olah menyampah. Saya pun terasa macam bodoh yang amat. Terasa menyesal sebab tanya macam tu.
Bila saya tanya staff yang kena musibah tu, dah dapat ke belum duit tabung tu? Dia geleng sambil cakap.. takpelah.. tak payah la susah susah.. aduh!
Sekarang ni, saya dalam proses nak mintak pindah tempat kerja. Doakan saya berjaya.. saya tak sanggup nak hadap bos tak amanah ni
– Yana (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit