Bos Toks1k

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera semua pembaca.

Nama aku Mimi (Bukan nama sebenar) Aku ada benda nak luah pasal bos t0ksik ni. Benda ni dah bertahun-tahun aku pendam sebab aku tak tahu nak cerita kat siapa.

Aku ni sejenis tak percaya sangat kat sesiapa. Hari ni aku tergerak hati nak tulis kat sini. Selalu aku hanya baca saja apa yang orang lain tulis. Hari ni entah macammana aku terasa nak menulis jugak kat sini.

Bagi aku apa yang aku nak tulis ni mungkin sesiapa pun pernah mengalaminya sebab kat mana-mana pun ada sebenarnya bos t0ksik ni.

Kadang-kadang ada saja bos t0ksik yang selalu memperbesarkan kesilapan kecil staf yang tak disengajakan, padahal takde apa sangat pun. Takde siapa yang perasan dan takde siapa yang bangkitkan pun. Paling penting takde effect langsung kat mana-mana atau kat siapa-siapa pun.

Kecoh sana sini saja lebih, seolah-olah nak bagitau kat semua orang yang staf tu teruk. Habis la semua orang tahu. Kalau bos tu tak kecoh takde siapa yang tahu pun. Padahal kalau suruh dia buat kerja tu, dia pun tak reti nak buat. Dia pun lari kot.

Lagi satu bos t0ksik ni kalau ada kerja staf yang success, dan dan la dia mengaku dia yang buat dan atas usaha dia, padahal staf yang bertungkus lumus membuatnya. Dia tahu mengarah saja. Cuba kalau kerja tu tak berjaya atau ada masalah, mula la dia lepas tangan dan menyalahkan staf sana sini.

Bos yang t0ksik ni tau nak kutuk staf saja padahal nanti dia nak gunakan staf tu jugak untuk buat kerja itu ini.

Selalunya staf yang terkena ni staf yang dia tak suka atas sebab apa pun tak tahu la walaupun staf tu sememangnya mempunyai rekod yang baik samada dari segi prestasi kerja, sikap dan hubungan dengan orang lain semuanya ok saja.

Tu belum masuk perangai t0ksik bos yang suka bergossip tentang keburukan/ kelemahan/ kekurangan staf.

Pendek kata suka sangat jaga tepi kain dan hal peribadi orang. Staf yang dok melayan bos kaki gossip ni memang dasar penyembah dan penjilat tegar. Memang dasar staf t0ksik.

Jenis yang mengutuk rakan sekerja sendiri dekat bos semata-mata nak menunjukkan yang dia lebih bagus. Jenis kawan tikam belakang la tu. Elok la bergabung dengan bos t0ksik tu. Dua-dua t0ksik.

Dengan bos kau kutuk staf, dengan staf kau kutuk bos. Elok sangat la tu. Toksik bertemu t0ksik. Kau ingat bos tu tak kutuk kau ke?

Entah-entah kau pun dikutuknya kat staf lain. Tak boleh pakai punya staf. Ni la virus paling bahaya dalam organisasi. Dah la kutuk kawan sendiri dekat bos. Bab sampai menyampai dia la juara.

Bukan boleh simpan rahsia. Habis la staf lain dikutuk dan diadu dombanya kat bos. Habis semua staf lain buruk, engkau saja la yang baik dan bagus ye. Pastu dah bergossip dengan bos pegi sebar pulak kat staf lain.

Selain tu bos t0ksik ni gemar kondem staf, padahal staf tu dah buat kerja dengan sebaik mungkin kot. Malah ada yang dapat anugerah cemerlang pun dikutuk dan dipertikainya. Tak tahulah apa yang dia nak sebenarnya.

Macam la staf tu calonkan diri sendiri untuk dapat anugerah cemerlang tu atau pun mungkin dia fikir staf tu dapat anugerah cemerlang sebab bagi rasuah kot atau kaki bodek bos yang lagi besar. Jauhnya fikiran dia.

Atau mungkin dah kena racun dengan staf t0ksik tadi kot, tak tau la pulak. Wallahualam.

Agak-agak la pun nak bersangka buruk dengan orang. Subhanallah, kenapa la berfikiran negatif macam tu sekali. Seolah-olah menidakkan kuasa Allah SWT yang berkuasa nak bagi rezeki kat sesiapa pun.

Dengan kata lain macam la staf tu hadap sangat dan terhegeh-hegeh nak dapat anugerah cemerlang tu.

Dah diberi, terima saja la. Nama pun rezeki kan. Habis tu nak kena tolak ke? Nak suruh bagi kat kau ke camane? At least kalau berat mulut tu nak bagi ucapan tahniah, tak payah cakap apa-apa pun takpe lah.

Bos t0ksik ni mulut pun boleh tahan t0ksik gak. Ada saja ayat nak menyindir staf. Bercakap dengan staf pun kasar saja. Ada juga yang jenis bercakap guna ayat kasar konon-konon nak buat lawak atau kelakar. Mungkin nak bermesra dengan staf kot tapi macam tak kena pula ayatnya.

Macam menghina pun ada. Sampai ada staf yang berkecil hati dan sentap dibuatnya. Orang kata, daripada bercakap menyakitkan hati orang, baik la kau diam saja tak payah cakap apa-apa.

Apa yang keluar dari mulut biasanya datang dari hati. Sebenarnya takde istilah mulut jahat tapi hati baik ye. Fikir-fikirkanlah.

Kalau kerja staf tu success, so nama company pun harum atau ranking company pun naik, mula la bos kembang kuncup. Nama dia jugak yang gah, nama company jugak yang naik, bukan nama staf pun.

Paling tak boleh blah, claim diri sendiri yang buat. Padahal staf yang buat kerja tu.

Jangan kata nak berterima kasih kat staf, nak beri pujian jauh sekali. Walaupun staf tu bukannya batak pujian pun. Hanya beri pujian pada staf tertentu sahaja. So nampak tak pilih kasihnya di situ.

Kalau kerja tu tak berjaya atau ada cacat cela sikit, faham-faham jer la. Sampai ke sudah la diungkitnya sampai 7 keturunan la kot dan dikutuknya ke sana ke mari.

Bayangkan 10 kerja yang seorang staf tu buat dan success semuanya, takde pulak dia nak puji atau cakap terima kasih ke, tahniah ke. Cuba kalau satu kerja staf tu buat tak success, habis la staf tu. Sampai kiamat la kena kutuk.

Pendek kata 10 kebaikan dengan 1 kesalahan, yang 1 tu jugak yang di perbesarkan.

Kalau berlaku sesuatu masalah dalam company, bos t0ksik ni biasanya akan lari dulu.

Dengan kata lain lepas tangan la tu. Tiba-tiba saja lesap. Dibiarnya staf yang handle. Tak pasal-pasal staf pulak nak kena hadap benda yang sepatutnya bos la yang kena handle. Dibuatnya timbul apa-apa masalah, bukannya dia nak backup staf pun.

Buat tak reti, diam membatu saja. Apa punya bos entah. Memang tak guna betul bos t0ksik macam ni. Seorang bos yang baik tak sepatutnya berperangai t0ksik sebegitu sebabnya nanti lama kelamaan takde staf nak respect tau.

Sebab kau tak pandai nak hargai staf dan main pilih kasih pulak tu pastu tak nak jalankan tanggungjawab sebagai ketua.

Pastu mana staf yang tak sebulu tu akan diugut untuk diberi markah rendah walau pun kerja bagus. Mana yang sebulu dapat la markah tinggi walaupun kerja entah apa-apa saja.

Tak fikir ke kalau 1 bos lawan 100 staf, kalau hampir semua staf mogok dan boikot tak nak buat kerja, alamatnya melingkup la company tu.

Ada staf yang mudah terkesan dengan perangai bos yang t0ksik ni. Kebanyakan pada asalnya mereka memang pekerja yang baik.

Mereka akan rasa down dan mula malas nak buat kerja, malas nak datang kerja, selalu MC, selalu mengelat. Stress pun ada. Apa la yang kau nak sebenarnya bos? Tak bersyukur betul.

Ada juga staf yang sampai nak bertukar tempat kerja atau nak berhenti kerja pun ada. Mesti la ada sebabnya mereka jadi macam tu.

Dan ada pula staf yang mempunyai semangat yang tinggi, kuat dan tak mudah down dan tak kesah pun berhadapan dengan bos t0ksik begini. Sikit pun tak terkesan malah boleh buat kerja dengan lebih baik lagi.

Mungkin dah biasa berdepan dengan bos-bos berperangai t0ksik sebegini kot. Dalam fikiran mereka mungkin berkata kesah pulak aku.

Lantak engkau la, janji aku dah buat kerja aku dengan sebaik mungkin. Kalau ada kekurangan sikit-sikit sana sini tu biasa la. Mana ada yang perfect.

Kau ingat kau perfect sangat ke? Aku dah jalankan tanggungjawab aku. Bekerja tu kan ibadah. Engkau nak cakap apa sukati engkau la. Kalau kau nak cakap buruk maknanya kau dah tunjuk perangai buruk kau tu sendiri sebenarnya ok. Ha gitew la kot.

Seperti kata-kata renungan, hidup kita ini ibarat cermin. Apabila kita berkata yang buruk-buruk tentang orang lain sebenarnya yang buruk itu adalah dari kita sendiri.

Kita tak sedar mulut tiada tapisan mengata hal orang hingga tiada kebaikan pun yang dinampak. Kita ni sibuk menjaja hal orang adakah kita renung diri kita ini seolah-olah bersih tiada dosa.

Sebenarnya, walaupun bos t0ksik ni kita boleh jumpa kat mana-mana tapi masih ramai lagi bos yang ok yang kita boleh jumpa kat mana-mana jugak. Bergantung kepada rezeki kita la, kalau jumpa bos yang ok, syukur alhamdulillah.

Tapi kalau dah ditakdirkan jumpa bos yang t0ksik, anggap saja la Allah SWT nak uji kita. Bukan semua bos yang t0ksik tu teruk 100%. Tak banyak sikit mesti la ada kebaikannya. Begitu juga sebaliknya.

Buat staf yang selalu berhadapan dengan bos t0ksik ni, buat saja kerja sebaik mungkin. Tak payah nak hirau dengan perangai t0ksik sebegitu.

Yang penting sentiasa berhati-hati dan gunakan akal fikiran sebaik mungkin. Orang t0ksik ni kau buat baik pun kena, kau buat tak baik lagi la kena.

Ada saja la yang tak kenanya. Ada saja benda dia nak cari kesalahan, kekurangan dan kelemahan kau. Macam langau yang mencari najis. So lebih baik kau buat yang terbaik saja.

Selalu ingat bahawa layanan buruk orang terhadap kita tidak akan sesekali membuatkan kita memberi layanan yang serupa terhadap mereka.

Tak perlulah terlalu terkesan dengan sikap buruk orang lain. Akhirnya kita pun jadi buruk sama. Tak payah fikir sangat sebab orang t0ksik ni bukannya fikir pasal kita pun.

Kita susah ke, kita sakit ke, kita ada masalah ke, bukan dia nak peduli pun. Dia hanya fikir pasal kepentingan diri dia saja.

So, tetaplah bersikap baik dan memberikan yang terbaik walau apa jua keadaan pun. Selalu ingatkan diri bahawa sesuatu kerja yang kita buat tu sesungguhnya kerana Allah SWT.

Sentiasa berfikiran positif. Sentiasa berdoa semoga Allah SWT memberi petunjuk, taufiq dan hidayah kepada kita dan juga kepada semua orang disekeliling kita.

Semoga Allah SWT mempermudahkan segala urusan kita dan diberikan ketabahan serta kesabaran yang tinggi.

Biarkan masa dan keadaan saja yang menentukan. Lambat laun Allah SWT akan tunjukkan kebenarannya. Suatu hari nanti semuanya akan tersingkap jua. Sesuatu yang terjadi pasti ada hikmah yang tersembunyi.

Pasti ada sesuatu yang Allah SWT hendak tunjukkan kepada kita. Yang baik kita jadikan tauladan, yang buruk kita jadikan sempadan. Pilihan terletak ditangan kita. Yang mana baik kita ambil, yang mana buruk kita abaikan saja. Gitew..

– MIMI (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *