Bos Yang Old-School

Assalamualaikum. Terima kasih siarkan confession saya. Tujuan saya nak kongsi ni untuk minta pendapat pembaca semua. Saya akan baca komen-komen anda nanti.

For surelah nak tulis confession mesti dengan penuh perasaan kan. Hati tengah berat baru lah laju nak menulis.

Cerita saya pasal BOS saya. Saya ni dah bekerja di syarikat swasta selama 6 tahun. Sistem tempat kerja saya ni ada banyak layer bosses yang nak kena hadap. Tapi yang paling problematic pada saya ni adalah bos yang saya direct kerja dengan dia.

Sistem swasta, biasa lah kan tiap tahun nak kena improve cara kerja kau. Tambah scope macam-macam untuk naikkan “value” diri kita.

Saya tak nak mention pasal benefit / reward yang saya dapat sepanjang kerja di sini. Cuma saya rasa macam tak adil bila anak buah je kena improve tapi bos masih di takok lama.

Antara perkara yang nak diceritakan kat sini:

– Bos ni tak minat guna whatsapp. Alasan dia, dia old school. Apa2 nak kena call. Kalau sekadar call tu nak cakap 1 bnde yang tak sampai 5 minit baik tak payah kan. Sebabnya perangai dia kalau kte call berpuluh2 minit kat situ. Masa bekerja da lebur nak melayan dia cakap.

– TAK PERNAH nak reply / respon pada email yang kita hantar. Jadi kita tak tahu part mana nak kena amend / bos dah review ke belum. Cara nak tahu, kena call.

Bila call jawapan dia “mana email you/ I tak baca lagi la” padahal saya dah set read receipt kat situ. Dia akan marah kita untuk EXPLAIN segala mak nenek dalm report. Jadi pe guna email tu wujud?

– Buat apa2 diam seribu bahasa. Tak de nak whatsapp kata “I dah check kerja you, please tengok file tu balik”. Kalau saya tak open file tu saya pun tak tau la bos dah review.

– Suka menambah kerja. Balik pada cara dia suruh call tu kan. Kita call nak bincang hal A. Dia akan tambah hal B, C, D. Jadi penyudahnya kerja A tu krik2 je.

– Bos banyak idea, tapi 1 pun tak bergerak. Macam2 idea nak buat. Bincang bagai nak rak. tapi execution tak de. Bila anak buah tanya bila nak buat program A ni. Boleh dia kata “ha you lah fikir, set time meeting semua. I jadi kn ni extra mark pada you”. What the FISH.

– Menyerahkan tanggungjawab pada anak buah. sebagai bos perlu la ambil tahu, banyak mengurus, tapi tidak. Lepas je la kat anak buah. Alasan dia anak buah ni la tangan kaki dia. Dia dah banyak kerja. Eh! Meeting pun lepas tangan.

6 tahun saya bertahan. Dah cuba cari kerja lain tapi bukan rezeki. Peluang kerja pula banyak di KL kan. Bila interview, company tak pilih saya sebab lokasi kerja sekarang lawan arus dengan orang ke KL.

Kebanyakn company akn persoal “sanggup ke you travel ke KL? Selama ni tak hadap jem”. Soalan ni membunuh. saya dah boleh baca ni penamat sesi interview saya sebab saya rasa candidate lain ramai lagi dah terbiasa dengan kerja dalam KL.

Tujuan saya mencari kerja tu pun bukan la semata kejar gaji, tapi nak mencari BOS baru yang saya boleh rasakan lebih terarah dalam kerjaya.

Disebabkan semua permohonan kerja saya ditolak, saya kena lah redha yang kerja sekarang ni dah cukup baik. 6:00 petang sharp dah cau balik, hujung minggu rehat sepuasnya. Yang penting balik rumah lupakan segala hal.

Moga cerita saya ni akn membuka mata BOS lain yang sedang membaca. Bukan saya tak pernah slow talk dengan bos, tapi dia masih rasa dirinya BOS.

Sepatutnya kena la sama-sama seiring bergerak & berubah. Bukan segala tindakan tu datang dari anak buah, tapi jugak ketua yang menyokong & faham tanggungjawab.

Sekian cerita saya. Doakan semoga saya terus kuat bekerja di sini. Aim saya sekarang adalah untuk kumpul modal berniaga. Bila sampai waktunya, saya akan letak jawatan & fokus pada impian saya.

– Rara (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *