Bos Yang Penat

Aku seorang penolong pengurus di usia muda 28 tahun. Rezeki Tuhan kurniakan meskipun aku serba serbi kurang dan masih banyak perlu ditambah baik.

Walaupun aku berlawan dengan “imposter syndrome” dalam diri aku, aku tetap cuba sehabis baik untuk jalankan amanah yang diberi.

Kisahnya aku mempunyai 4 anak-anak buah iaitu Joe, Man, Ali dan Mina. Setiap mereka ada personaliti yang berbeza yang aku kena “tackle”. Oh ya, mereka semua lebih tua dari aku. Ada yang sebaya dengan ayah aku pun.

Joe seorang yang muda dan cerdas. Tak banyak kerenah, dan aku yakin kebanyakan bos ada “favourite” dia. Jadi, joe ni adalah favourite aku disebabkan sikap dia hanya terima tugasan yang diberikan dan jalankan sehabis baik.

Ada juga anak buah aku yang tak puas hati dengan Joe sebab aku bagi markah KPI yang tinggi. Tapi Joe ni sedikit baran, berdasarkan sejarah dia yang aku pernah dengar, dia pernah bergaduh dengan bos dia yang dulu sebelum aku.

Man pula jenis banyak tak puas hati. Hari ini dia akan umpat orang ini. Esok orang lain pula. Kira semua orang dia pernah umpat dan termasuk aku.

Banyak yang dia tidak puas hati yang aku selalu dengar bila aku confront dia tetapi dari sudut seorang bos, dia juga tak banyak buat kerja berbanding Joe dan Mina. Susah juga untuk urus Man ni sebab dia pandai bercakap dan putar cerita.

Dia dulu department lain, dan bekas bos dari department tu dulu pernah warning aku tentang man ni sebab sikap dia yang batu api dan boleh rosakkan department. Aku sebagai bos bila dengar cerita tentang Man perlu neutral saje bila dan aku tak boleh bias.

Mina pula sejenis yang suka cuti dan banyak masalah peribadi. Joe dan Man memang tak puas hati dengan Mina ni sebab meskipun aku bagi tugasan yang banyak pada dia, dia tetap akan buat sikit. Last-last aku yang kena marah dengan manager aku sebab tak siap kerja.

Dalam seminggu ada la dia ambil cuti kecemasan sehari sebab hal-hal urusan anak. Aku pulak selalu remind dia tentang kerja dia. Jadi kerja lebih pula nak ingatkan orang tentang kerja dia. Habis kerja aku siapa nak remind?

Ali ada penyakit darah tinggi dan penyakit lain. Ali ni baik tapi dia tak rajin buat kerja. Jenis tak umpat orang tapi liat betul nak buat kerja.

Ramai dah penolong pengurus aku sebelum-sebelum ni cuba nak tukarkan dia ke department lain malangnya tak berjaya sebab dari segi disiplin dia tiada masalah. Jadi susah nak ambil tindakan tatatertib.

Selalu aku akan tekan dia buat kerja tapi dia ada sejarah masuk hospital disebabkan darah tinggi yang boleh menyebabkan stroke. Jadi bos aku pesan, jangan buat dia stress takut dia stroke haha. Last2 aku yang stress.

Inilah ciri-ciri anak buah aku. Disebabkan perangai mereka ni, aku jadi fed-up dan kadang kala aku buat tugasan sendiri walhal aku boleh delegate pada mereka.

Mereka juga selalu buat silap ye meskipun dah 10 tahun bekerja. Jadi aku asyik pantau mereka sahaja sampai kerja aku tak terpantau. Last2 aku buat silap.

Aku masih lagi belajar cara nak menguruskan mereka lagi-lagi isu ni berpangkal dari sikap. Kita sebagai bos yang muda, tak boleh berkasar nescaya kau akan dicop kurang ajar. Silap-silap boleh bergaduh. Terlalu lembut akan dipijak kepala.

Jadi aku kena belajar berjalan di atas “fine line” di antara menjadi terlalu tegas dan terlalu baik. Sebab aku ada pengalaman di tempat kerja terdahulu, menjadi terlalu tegas sampai ada orang ugut nak bertumbuk dengan aku ye meskipun aku perempuan.

Di tempat kerja dahulu pun aku pernah kena gangguan seksual. Tapi industri aku memang macam ni. benda yang aku perlu akur. Jadi aku lebih behati-hati di tempat kerja aku sekarang.

Aku pun burn out kadang kala melayan kerenah mereka dan buat tugasan pada masa yang sama. Hujung minggu aku masih buat kerja.

Mungkin aku belum biasa lagi jadi seorang bos sebab selama ni aku sebagai eksekutif sahaja, mudah sikit buat kerja.

Tetapi aku berdoa pada Tuhan semoga aku dapat tambahbaik kekurangan aku dalam mengurus mereka ini pada masa yang sama aku cuba jadi bos yang baik untuk mereka.

Untuk bos-bos muda di luar sana, cuba yang terbaik untuk menjadi seorang pemimpin yang baik, selebihnya kita serah kepada Tuhan.

Untuk mereka yang digelar anak buah, jalankan lah tugas sebaiknya juga. Sebab kerja kita ada amanah.

– Mentari (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *