Hi aku J, perempuan, sudah berkahwin dan sedang mengandung.
Aku sudah setahun bekerja di company “A” sebagai admin / typist.
Kerja aku memang banyak menaip dokumen dan lain lain berkaitan. Kadang bukan kerja aku pun aku ada buat.
Senang cerita multi task kalau kerja kat sini.
Kisah aku bermula dari awal aku kerja, hari pertama sudah dicop sebagai pemalas oleh bos aku.
Biasa lah hari pertama kita akan mula nak sesuaikan diri untuk bekerja. Tapi bos aku pulak cop aku sedemikian.
Aku anggap okay takpe mungkin salah aku. Aku terima.
Tetapi makin hari, makin banyak bos aku menganggap aku ni macam nothing.
Dia berikan kerja, dicampak je depan aku, ada masa kena kutip kertas tu kat bawah.
Bila salah sikit, habis dia melenting memaki tak ingat dunia.
Biasa la ibu mengandung memang sensitif, aku husnudzon, pembawakan budak ni aku jadi mudah kecil hati.
Tapi lama lama makin menjadi. Kesalahan orang lain dimarahnya saya, ibarat punching bag.
Tak dapat orang yang nak dimarah. Orang lain jadi mangsa.
Belum part, dia panggil staff lain awak saya, tapi dengan saya kau aku sahaja.
Eh sampai ada staf baru pelik dengan cara dia buat sedemikian yang terlalu garang.
Kadang fikir apa dosa aku kat kau sampai benci sangat ni.
Kita bukan nak dia layan macam permaisuri, sekurang nya layan sebagai manusia yang ada hati.
Bila kita buat kerja dia, untuk kepastian, saya suka tanya semula, eh dia marahhhh dengan nada yang eh kemain macam kita buat salah.
Belum part cuti, pasti dia akan aim kalau mc, cuti AL.
Hmm. Semua serba tak kena.
Makin hari makin tiada motivasi diri untuk kerja. Belum lagi dengan longgokan kerja yg macam tiada hari esok, di company ni beauty is everything.
Yang dahi licin takkan dapat kerja, walaupun kerja dia. Yang dahi kasar macam kertas pasir ni, dilonggokkan kerja selagi boleh.
Apa pendapat abang akak yang membaca luahan saya, perlu ke saya berhenti dan cari kerja lain?
Serius tawar hati, dah la fikir nak bersalin tapi hati dan kepala stress gara-gara kerja dan bos yang toxic.
FYI untuk para pembaca, dalam tahun ni dah lebih 10 orang keluar dari company ni sebab kan oleh BOSS tu. Sangat select dan pilih kasihhh.
Okay sampai sini je luahan saya. Harap korang boleh bagi motivasi kat saya untuk kekal positif, risau lama lama saya depress.
Terima kasih sudi membaca. XOXO.
– Ms J (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Carilah kerja lain. Mungkin rezeki puan bukan di tempat sekarang. Doalah agar dapat kerja baru yg lebih baik.
Saya rasa baik berhenti kerja. Penat la nak hadap orang macam ni hari-hari..
benti jela…kita keje ni…perlu ketenagan juga..
boss yang baik pon perlu…garang bertempat masih ok…
pergi la interview tempat lain…