Harini aku cuti, jadi seperti mana tajuk aku di atas. Aku nak cerita yang sesungguhnya aku amat-amatlah bosan pada ketika ini.
Entah berapa kali sudah aku sudah mundar-mandir di dalam rumah ini. Nak buat apapun aku tidak tahu. Hanya yang aku rasakan pada ketika ini amatlah kosong, sekosong-kosongnya hidup aku ini.
Ingin aku luahkan kekosongan hidupku pada ketika ini, pada pandangan manusia, mungkin ramai manusia sangat mengimpikan hidup seperti aku. Tetapi bagi aku, hidupku hanyalah biasa-biasa sahaja. Yang aku rasakan hanyalah kekosongan hidup.
Tahun ini umur aku sudah 26 tahun, aku direzekikan dengan pekerjaan yang sangat baik dan selesa bagiku, gaji tinggi dan cuti banyak (boleh balik kampung setiap minggu @ bulan lagi).
Gaji alhamdulilah mampu memenuhi kehendak dan keperluan ku atau mungkin melebihi segala keinginanku.
Kadangkala gaji yang aku dapat pada dua tiga bulan lepas pun masih tidak tersentuh lagi, kerana aku bukan lah seorang yang suka berbelanja mahal-mahal sangat.
Cukup sekadar tiga ratus ke empat ratus sebulan pun sudah memadai untuk memenuhi keperluan ku untuk sebulan.
Rumah yang aku duduk pada ketika ini juga tidak perlu aku biayai kerana sudah disediakan ibu bapa ku (ibu bapa ada rumah lain dan tidak tinggal sekali), kenderaan pula hanya perlukan duit minyak sahaja. Jadi sememangnya aku tiada masalah duit.
Aku bersyukur kerana mempunyai kemewahan yang di impikan semua orang pada ketika ini. Namun, sejujurnya aku ingin katakan yang aku mula bosan dengan hidup aku.
Aku dulu sangat aktif di universiti. Selalu join bermacam-macam program, sambil kerja part time dan tidak ketinggalan aku sememangnya menerima banyak anugerah termasuklah yang menjadi kebanggaan sedara mara aku adalah mendapat pencapaian first class. Seronok sangat!
Aku pun tidak tahu kenapa aku boleh pergi sejauh itu. Ikutkan memang aku aktif kan diri sebab bosan sahaja. Biasalah aku tidak reti berkawan berpuak-puak atau berdua-duaan ni.
Aku suka berkawan dalam kelompok besar yang lebih ramai berbanding berdua atau berkumpulan kecil-kecil ini.
Namun setelah bergraduat dan hanya bekerja semata-mata ini. Aku dapat rasakan aku punya tenaga semakin berkurang. Aku jadi seperti tiada stamina, kosong dan bosan sahaja hidup aku.
Aku keluar jalan-jalan sorang-sorang pun rasa kosong sahaja hidup aku. Aku pergi mana-mana pun rasa kosong sahaja hidup aku. Aku makin tidak aktif, badan aku rasa semakin lemau dan hidup makin bosan.
Aku tengok orang lain keluar dengan kawan-kawan aku jadi sedih, aku tengok orang keluar dengan pasangan aku rasa rendah diri.
Entah lah. Aku sunyi rasa hidup aku sekarang. Aku nak macam dulu kembali. Tetapi aku buntu, aku tidak tahu mahu mula dari mana.
– Aku perempuan (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
kena kahwin ni
Join kelas yg opposite to your interest. Kelas bahasa ke.. kelas masak ke.. Jahit ke.. Pergi gym ke.. Beruntungnya banyak masa terluang ni.
Hmm bestnya ada masalah mcm ni…
Cuba cari hobi baru. Muda lagi 26 belom 30an dah hilang stamina. Apooooo?
Duit ada pergilah buat activity.Google berlambak tempat seronok nak bersukan. Macam jenis ada
Pelik luahan macam orang Tua pencen.
Berduit ada cuti ada masa muda tapi di sia sia kan