Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terima kasih pada admin jika sudi siarkan luahan saya.
Saya berusia 30an dan sudah berkahwin.
Sebelum ini saya pernah bekerja bahagian ‘management’ dan sekarang menjadi suri rumah sepenuh masa.
Rutin saya hari-hari kemas rumah, siram tanaman dan memasak untuk suami.
Selepas tu saya cuma melayari laman sosial.
Itulah rutin saya dan saya berasa sangat la bosan.
Nak kerja macam dulu suami saya tak benarkan. Sebab Alhamdulillah gaji suami saya lebih dari mencukupi.
Nak jadi content creator saya ini bukan la jenis yang begitu. Nak menjual apa-apa pon bukanlah kepakaran saya.
Cuma rindu jugakan la nak kerja macam dulu. Buat ‘production planning’, uruskan anak buah buat ‘report’.
Jadi demi menghilangkan kebosanan sudikah pembaca cadangkan apa-apa jawatan ‘work from home’ atau secara ‘remote’ yang boleh saya mohon.
Sekian, itu saja luahan saya.
– Puan A (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Jum crochet. heheh kita boleh self learn dari video kat youtube. Best taw, cubalah.
try cari hobi tengok , yang awak betul minat