Assalamualaikum warga IIUM confessions. Nama aku Shaz.Disini aku ingin bercerita pengalaman aku kerja di salah satu industri Takaful yang terkenal di Kuala Lumpur. Maaf penulisan aku tak berapa baik tapi aku ingin berkongsi pengalaman aku berkerja di company berlandaskan syariah. Aku berumur hujung 20 dan telah berkahwin hampir dua tahun tetapi masih belum ada anak lagi.
Sebelum ini, aku bekerja di industri conventional dan aku bertukar kerja di industri Takaful pada bulan julai lepas. Hampir 4 tahun aku bekerja dalam industri conventional dan aku rase tibalah masa untuk bertukar untuk bekerja di industri Takaful yang berlandaskan syariah (malay company). Ketika interview, semuanya manis2 belaka janji, aku difahamkan dapat claim ot jika stayback untuk bekerja lebih masa. Aku juga dimaklumkan akan selalu stayback. Aku terima sahaja ape yang dikatakan interviewer kerana aku masih belum ade anak lagi.
Julai lepas aku lapor diri bekerja dan pada hari pertama aku bekerja aku terus dimaklumkan oleh HOD yang aku akan buat dua keje sekali. Aku terkejut pd masa itu sebab ketika interview aku tidak dimaklumkan perkara tersebut. Tapi aku terima dan ambil sebagai sebagai cabaran untuk menjadikan aku lebih bagus dimasa hadapan (think positive).
Aku pon berkerja la mcm biasa dan tibalah bulan Ogos lepas dimana aku disahkan mengandung. Aku checkup di private hospital dan aku dapat claim dr company aku. Apabila aku ingin submit claim aku, HOD dan AM aku kne verified dulu then mereka tanye aku the claim is for what n y n bla bla… So penyibuk n aku baru sedar xde private n confidential dekat company tu.
Bila aku ckp aku mengandung, muke mereka berubah dan buat muke ta** dgn aku seolah xsuke aku. Sejak dr tu aku dah tau HOD aku n am aku xsuke aku. Diorg boleh ckp not sure company akan approve atau tidak. At last aku sendiri naik hr cite A to Z. Hr ckp claim approved xde masalah. Sejak kes ni aku menjadi lebih stress sbb dieorg xpuas hati aku mengandung dan aku dapat claim medical.
Baru2 ni aku dipanggil oleh HOD aku, die bertanye sama ada keje aku ok ke x sbb handle dua keje. Aku ckp ok cume kpi xtinggi mcm org lain kt situ sbb staff kt situ sume buat satu keje kecuali aku buat dua keje sekali. KPI akan half2 lah sebab buat dua keje.Die xpuas hati aku jawab mcm tu n ungkit ckp keje aku kt company lg lebih berat. Aku jawab lg di company lame mmg byk keje tp aku focus solve keje satu2 bukan kumpul keje n aku buat semua manually dekat company lame.
Di sini aku kene blaja sistem baru n product baru jadi aku perlukan masa untuk belajar dan menyesuaikan semua keje aku. Tibe2 HOD aku suruh aku stayback buat keje sampai lewat malam n bekerja ketika waktu lunch untuk kejar KPI. Aku terkejut dgr kata2 die dan aku diamkan saja sedangkan die tahu aku mengandung ketika itu. Aku sedar aku baru masuk dan masih dalam probation lagi…
Sejak dr aku jawab tu, HOD aku mmg xsuke kt aku siap bergosip dgn semua AM2 kt situ cakap aku menjawab dan dia siap cakap aku menipu pasal mengandung. Katanya aku telah mengandung dr company lame aku lg. Die cakap die mmg aim aku dan mungkin xbg aku confirmation. Aku terkejut dgn ape yg HOD aku katakan tentang aku, pdhal sebelum aku join company ni, aku telah pun buat medical checkup-ujian air kencing dan xray sume adalah negatif.
Aku seolah2 didera mental dan fizikal ketika berkerja disitu ketika aku mengandung. Sedangkan gov pon bg pekerja wanita balik awal sejam tapi aku disuruh stayback hingga lewat malam. Aku nak makan atas meja pon kene sound dgn AM aku sbb katanyer dilarang makan dlm ofis. Sejak aku mengandung, aku jadi cepat lapar dan perut mmg pedih kalau xmakan selang dua jam tapi mereka xfaham keadaan aku. Belum lagi aku nk minx cuti hari isnin diharamkan katenyer sbb xckup staff. Seksanya aku nk buat checkup ketika mengandung.
Sekarang aku sedar yang aku masuk department neraka dan aku dapat bos FIRAUN. Aku xfaham knapa mereka sanggup buat aku mcm tu sebab mereka pon seorang perempuan juga dan penah merasa mengandung dan bersalin. Sebelum ni aku fikir industri takaful berlandaskan syariah ebih baik dr conventional rupa2 nya sejuta kali lebih teruk tapi mungkin hanya dept aku sahaja. Company lame aku kalau nk cuti mmg senang walaupon kerja mmg byk. Aku happy disana sbb dpt bos kan kwn2 kerja yg baik.
Kerjaya aku dalam industri ni hampir 6 tahun dan aku xsanggup resign sebab aku sendiri pon ade komitmen. Setiap hari aku berdoa agar Allah berikan aku jalan keluar sbb aku xsanggup keje di neraka syariah itu lg… Aku berharap ade rezeki anak aku ditempat lain pd tahun hadapan. Aku ade terfikir nak report hr n minta tukar dept tp aku belum confirm lg.. aku takot die langsung xnk confirmkan aku.. aku buntu.. mohon pandangan dr warga IIUM…
– Shaz
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit