Boss

Aku Nana. Perempuan lah kalau dah nama Nana tu. Tahun ni aku dah berusia 32 tahun, menjadikan tahun 2018 ni tahun ke-9 aku dalam alam pekerjaan. Harini aku ada gaduh sikit dengan bos aku, so sebab tu lah aku buat confession ni. Haha (gelak hambar).

Nak cerita sedikit pasal personaliti aku; dari zaman sekolah lagi, seawal darjah 3 (seingat aku la), fighting spirit aku memang agak kuat. Secara luaran mungkin nampak aku seorang ‘easy prey’. Tapi siapa yang berhadapan dengan aku, atau yang kenal aku, tahulah aku macammana.

Contoh; masa semester kedua dalam darjah 2, aku tukar sekolah dekat dengan tempat tinggal mak ayah aku (sebelum tu aku bersekolah di kampung mak aku sebab ayah aku kerja laut). So, kau taulah, dalam bilik darjah pun ada main politik ok. Ketua kelas aku (perempuan-pelajar No.1) ada geng dia. Antara qualification nak jadi geng dia, kedudukan nombor dalam kelas 1 sampai 5 (No.1 tu dia lah, no.2 penolong). So, mungkin disebabkan keputusan aku yang teruk masa sekolah di kampung, mak aku hari-hari pantau aku, aku berjaya dapat nombor 2 masa peperiksaan akhir tahun darjah 2 tu. So secara rasminya aku jadi geng ketua kelas..haha. Buka sekolah tahun berikutnya (darjah 3), aku selaku geng ketua kelas mestilah keluar rehat dengan ketua kelas tu.

Pada suatu hari, dia baru potong rambut, pendek. Aku pun kekonon nak buat lawak tercakap macamni ‘Eh rambut kau macam cybercop lah (masa tu tengah famous la cybercop)’. Rupa-rupanya dia sentap dengan lawak aku, so dia umumkan dalam satu kelas dia tak kawan dengan aku..hahaha. So, kawan sebelah meja aku sound aku ‘Tu la kenapa kau cakap macamtu’. Dan aku rasa offended gila dengan member sebelah meja tu, aku bangun, aku pelempang muka dia. Dia nangis. Aku pindah sekolah lepas tu sebab kebetulan ayah aku kena transfer kerja, aku pun tak tau apa jadi dengan ketua kelas tu mahupun member yang kena lempang tu sampai harini, maaf kawan-kawan kalau masih ingat. Jangan risau, tu je satu-satunya mangsa lempangan aku setakat sehingga harini.

So berbekalkan fighting spirit yang agak kuat tu, aku menjalani kehidupan ni. Alhamdulillah aku berjaya score 5A UPSR, 7A PMR & 6A SPM. Masuk ke matrikulasi dan seterusnya universiti tempatan. Sedari aku zaman sekolah, memang aku bercita-cita untuk buka perniagaan. Aku memang tak target kerja kerajaan walaupun kad pengenalan aku tulis MELAYU. Dengan cita-cita tu, alhamdulillah aku dapat kursus yang membolehkan aku menjadi seorang practicing professional, aku pun fokus untuk habiskan ijazah aku. Semangat untuk buat bisnes sendiri dan dalam masa yang sama beri peluang pekerjaan kepada orang lain memang satu tujuan hidup aku yang utuh dan jitu gitu.

Setelah graduasi, dengan segulung ijazah tu, aku minta kerja. Alhamdulillah tak lama, aku dapat. Owh, antara sebab aku bercita-cita nak buka perniagaan sendiri adalah kerana aku nak cabar diri aku sendiri, betulke orang melayu harapkan kerajaan je? Betulke kalau tak ada bangsa lain dalam negara ni, Malaysia tak semaju harini? Hebat sangat ke cha ya nun alif? Sehebat mana mereka? Aku nak buktikan anggapan-anggapan tu tak tepat. Dan impian aku tercapai, aku dapat kerja dengan cha ya nun alif. Bos aku sekarang. Masa tu syarikat bos aku ni baru setahun jagung. Aku staf pertama dia.

Ya aku racist. Tapi aku racist in a positive way. Ya aku tak tahan tengok bangsa lain lebih dipandang mulia daripada bangsa aku. Dengan itu aku berusaha dengan belajar sebanyak mungkin daripada bos aku ni. 9 tahun bekerja, apa yang aku dapat? Aku dapat melihat, ya betul, bangsa bos aku ni memang bangsa yang bersungguh-sungguh. Sebab mereka berkiblatkan duit. Jadi mereka memang gigih cari duit. Sebab aku kerja dengan dia dari awal penubuhan syarikat dia ni, aku memang nampak kegigihan dia masa tu sampai dia jadi macam sekarang ni.

Cerewet. Ya ini lagi satu karakter mereka, cerewet. Mata aku nampak dah okay, tapi mata dia ada je yang tak kena. Ada je yang aku kena ‘tiaw’. Eh kalau ikut hati tisu lah, lama dah aku berhenti je dari sini. Tapi kan aku dah cakap dari awal, fighting spirit aku tinggi, so sampai harini aku masih bertahan.

Skeptikal. Ya, ni lagi satu sikap bos aku (dan aku percaya kebanyakan cha ya nun alif bersikap macamni). Kedengaran negatif, tapi penting dalam dunia bisnes. Kita memang tak boleh percayakan sesiapa. Percayakan sesuatu pihak akan menjadikan kita ‘ambil kesempatan’ dalam banyak situasi, yang kalau kau salah langkah, akan makan diri semula. Jadi penting untuk be skeptical supaya dapat kenal pasti masalah/kesalahan di peringkat awal dan akhirnya hasil kerja lebih kemas.

Berani. Berani untuk apa? Berani untuk jadi annoying. Haha. Kalau dia rasa tak betul, dia sound tepek. Kalau client cuba mainkan dia, dia boleh je gaduh dengan client tu. Apatah lagi kalau dia rasa aku tak betul, memang selalu je aku bergaduh dengan dia. Sebab dia pun takla sentiasa betul. Setakat ni kat pejabat ni, aku sorang jela yang berani melawan dia. Tu pun kalau aku ada point dan sebab untuk aku defend diri aku la. Heh, kata dah fighting spirit aku tinggi. Kalau aku betul salah, atau tak berjaya cari bullet untuk defend diri aku, aku diam la. Hadap je la hamun dia.

‘So, kalau kau kata bos kau bagus sangat, apebende yang kau gaduh pagi tadi ngan dia sampai nak buat confession ni?’ mesti kau orang nak tanya ni kan?.

Ok. Sebelum aku mula kerja dengan dia lagi, aku memang dah niat. Ala-ala semangat orang Jepun, once aku kerja dengan company ni, aku akan kerja dengan ikhlas hati sampai company ni berjaya. Itu tekad aku. Dan tekad aku tu tak lari pun sampaila harini. Tapi, sedari tahun kedua aku kerja sini lagi, aku sebenarnya dah start frustrated dengan bos aku ni. Aku rasa tak dihargai usaha-usaha aku. Lagi-lagi bila ada satu problem yang aku created. Ye lah, nevertheless, aku masih manusia biasa. Manusia yang tak lari dari kesalahan. Cara dia treat aku bila ada salah tu, ayat-ayat dia masa hamun aku tu, memang aku tak lupa beb.

Macam tak berguna pun aku buat kerja-kerja dia selama ni. So masa tu, 2012 aku tender resignation, sebab kebetulan aku dapat offer daripada tempat lain. Tapi masa tu, bos aku tahan aku, tak kasi aku berhenti. Dia tanya aku kalau aku tak jadi berhenti, apa yang aku nak? Aku minta gaji basic aku naik dua kali ganda, without much hesitation, dia setuju. Haha mesti kau orang ingat banyak kan? Tak la banyak pun, gaji aku masa tu RM1500, so naik jadi RM3000 (sebenarnya company lain tu offer aku RM4300). Tapi memandangkan kalau aku nak pursue professional certificate aku, aku kena jumpa semula bos aku ni, so aku decline offer company tu dan stay dengan bos aku ni.

Fast forward, 2 tahun berikutnya. 2014. Sekali lagi aku bergaduh besar dengan bos aku. Major reason aku gaduh dengan bos aku biasanya sebab aku rasa depreciated. Aku tak taula niat dia baik sebab nak aku improve ke atau dia memang skeptikal dengan kebolehan aku, tapi dia keep on comparing aku dengan staff-staff lain, membayangkan staff lain boleh buat kenapa aku tak boleh? Dalam masa yang sama, bila aku cabar dia bagi job aku tu pada staff lain, dia kata dorang tak boleh buat. So? Apa dia cuba nak aku rasa kat sini.

Masa tu memang aku emosi gila dengan dia, esoknya aku tender 2nd resignation letter. Tanpa ada back up kerja lain, aku resigned. 2 bulan notice. So selama dua bulan tu, dia cuba faham apa yang aku tak puas hati dengan dia, okla aku explained. Tapi aku tau, masalah ni bukan sebab kualiti kerja ke apa ke, tapi lebih kepada sebab cara kerja and problem solving aku dengan dia tak sama. Kau tahula, bila dah lama kerja, bos akan let go certain task pada staff untuk staff tu handle.

Macam kes aku, dah too much task memang aku handle sendiri, sampai dia tak faham dan taknak faham pun apa yang aku buat. Staff lain dia guide, tapi aku memang jalan sendiri. Tapi bila ada masalah, dia bambu aku. Yang kadang-kadang dia pun ada kredit ok dalam kesalahan tu. Tapi yelah, dia bos, takkan aku nak cakap, bos pun ada salah? Aku dalam pada melawan, aku pun ada limit.

Takdelah sampai aku nak rude pulak. So masa tu dia offer aku 10% commission untuk semua project yang aku handle. Mula-mula aku reject. Aku memang firm lah aku nak resign masa tu. Tapi fikir punya fikir, seminggu sebelum resignation aku affected, aku tarik balik resignation aku. Aku ada komitmen weh. Komitmen untuk diri sendiri. Mak ayah kat kampung . Adik-adik. 10% tu banyakla jugak. Haih memang mudah dibeli jugak aku ni pun. Haha.

Tapi dalam pada tu aku ada strategi. Memang aku tak bercadang nak lama dengan bos aku ni. Aku keep on pursue professional cert aku starting 2012 (sebaik sahaja aku tarik balik 1st resignation). 3 kali exam aku fail, akhirnya 2015 aku lulus semua paper exam aku. 2 kali aku seat interview. Alhamdulillah, pertengahan 2017 aku lulus interview dan January 2018 sijil dan cop profesional ada dalam tangan aku.

Sekali lagi aku discuss pasal resignation dengan bos aku. Memandangkan aku dah officially a professional dan dah boleh set up firm aku sendiri. Masa tu takde gaduh macam sebelum ni la..it just that, I’m ready to be independent. Tapi sekali lagi, bos aku tahan aku. Ayat dia macam ni ‘I nasihat you as an elder, an experienced, it will be hard to set up a company masa sekarang ni. Expected akan ada recession dalam setahun dua ni. Better you stay dengan I dulu, kumpul experience’.

So, aku terimalah nasihat dia tu. Aku tak nafikan apa yang dia cakap tu, betul. Cumanya aku sebenarnya memang dah tak tahan. Selalu aku gambarkan, tahap sabar aku kat dia ada limit, dan limit tu dah lama dah overflow, dah melimpah-limpah. Sehinggalah pagi tadi. Betullah. Aku memang kena berhenti. Enough is enough. Aku akan pecat bos aku hujung tahun ni.

Untuk adik-adik yang baru menempuh alam pekerjaan, nah aku bagi tips untuk kau orang plan perjalanan karier kau orang :

1. Kau kena ada target. 5 tahun lepas grad kau kat mana. 10 tahun kau kat mana. 20 tahun? Retirement at what age? 40? 50? 60? Hidup kau, kau kena plan. Anda merancang untuk gagal kalau anda gagal merancang. (Ni pun soalan favourite aku masa interview new staff..hehe)

2. Lepas kau dah ada target, kau kena plan kau kena kerja kat syarikat macammana supaya kau boleh capai target kau. Memang cari kerja susah. Tapi ingat, kita pun kena pilih kerja. Ramai kawan-kawan aku kecundang at their first job, kesudahan memilih untuk menganggur atau stagnant, tiada peningkatan dalam kerjaya mahupun takat gaji.

3. Ni point penting. Kalau kau kerja untuk kutip pengalaman, especially career yang perlu pursue professional cert macam aku, 1 syarikat paling lama 2 tahun je. Sebab, 2 tahun pertama je kau betul-betul akan dapat belajar sesuatu di situ, lebih lama kau stay, experience stagnant (meskipun ada kebarangkalian gaji meningkat) dan kau akan start kumpul workload syarikat di atas bahu kau sendiri. Worst case (macam case aku) bos kau tak sedar pun susah-payah kau malah tak appreciate kau.

4. Berani keluar dari comfort zone. Macam aku, ye, aku tak berani. Tu yang aku end up terperangkap 9 tahun dengan 1st job. Which is pada pendapat aku, tak sihat untuk career path aku. Walaupun aku tak puas hati dengan bos aku, tapi ini masih comfort zone aku. Office aku takde office politic. Sebab staff paling lama pun, aku. Dan aku tak minat nak ampu-ampu bos ni. Kalau tak, takdela aku boleh gaduh dengan dia. Haha.

5. Malaysia will always be Malaysia. We won’t be like Japan. So aku silap guna semangat orang Jepun tu. Haha. Company di Malaysia takkan sama dengan company dekat Jepun. So kau kerja je untuk diri kau sendiri. Tak payah susah payah fikir nak bangunkan syarikat tu sangat. Bila syarikat tu dah tough, kau tak dapat pulangan yang setimpal pun. Antara ayat bos aku ‘with or without you, we still can survive’.

6. Kalau kau orang Islam, ingat. Kerja dengan ikhlas. Kerja kerana Allah. Kau mudahkan urusan orang lain, Allah akan mudahkan urusan kau. Ni prinsip aku.

Okay cukupla 6 point. Nak lebih nanti aku buat seminar, kau orang join. Haha.

Kepada yang berjaya baca confession ni sampai habis, terima kasih. Itupun kalau admin sudi publishlah. Kalau tak, sekurang-kurangnya emosi aku yang membuku ni terluah juga dengan menulis. Kau orang kalau rajin nak mengomen tu, janganla bawang sangat komennya. Hiburkanla sikit hati aku ni. Haha.

Akhir kata, Kau orang doakanlah semoga aku murah rezeki dan dipermudahkan perjalanan aku untuk majukan syarikat aku sendiri. Dan doakan juga kalau aku jadi bos nanti, aku dapat jadi bos yang lebih empati terhadap pekerjanya. Aaminn.

– Nana

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *