Boss Ada Kecelaruan Personaliti

Hai. Sebelum aku ceritakan pengalaman aku, meh aku kongsi apa benda narsisistik tu. Maybe ada antara korang yang baru 1st time dengar binatang ni.

Narsisisme ni perangai yang sangat mengagumi diri sendiri, rasa dia paling penting & berharga daripada orang lain. Orang macam ni kurang rasa empati, rasa orang lain tak berharga, percaya dia lah paling bijak (kononnya lah) & rasa dia ada hak & keistimewaan hingga semua permintaan dia perlu dipenuhi.

Aku hadap orang macam ni (bekas boss) dekat setahun juga. Dia punya mental torture tak boleh bawa bincang & nasib baik aku sado kalau tak mahu aku kemurungan seumur hidup.

Cerita tragis ni mula pertengahan tahun lepas bila aku dapat 1 whatapps mesej minta aku datang interview (iv) kat kilang dia yang terletak jauh nun di ceruk Selangor & aku ambil masa almost 2 jam untuk ke sana.

Dah travel 2 jam, kena tunggu lagi dekat 2 jam untuk boss datang iv. Dah bazir masa aku 2 jam semata duduk termenung tunggu dalam bilik meeting tanpa apa pamitan. Sebab bagi dia, kau nak kerja, kau tunggu ah. Lupa nak cakap, dia ni one of the directors yer.

To make it short, aku terima offer dari company tu & sign kontrak setahun which is tak boleh berhenti setahun & kalau berhenti, kena bayar compensation ikut amount gaji. Aku ingat ok lah sebab syarikat bumiputera kan, takkan nak dajal kita kan.

Pang pung pang pung kerja dalam 3 bulan macam tu dah mula isu pertama. Aku jenis lantang bersuara & bekas boss aku plak tak boleh orang lawan cakap dia. Ada 1 isu ni, aku tak habis cakap lagi dia dah potong. Dah lah kau potong, lepas tu salah faham then angin tak tentu pasal.

Aku bengang lah then aku tinggikan suara aku sikit, cakap apa yang patut dia faham. Start situ dia dah cop aku biadap & egois sebab aku lawan dia (katanya lah). Atas dasar hormat, aku minta maaf depan semua orang masa meeting & settle. Hinggalah isu kedua which aku mengaku ini salah aku.

Bekas boss aku ni ada beritahu benda yang dia pesan jangan cerita kat orang lain, aku pon gatal mulut pergi cakap kat sorang staff ni. Staff ni plak pergi share dekat si A & si A ni pergi sampaikan kat boss aku.

Cerita tu bukan besar mana pon, pasal ada staff nak resign je bukan rahsia kewangan company ke apa ke. Cerita staff nak resign ni, bekas boss aku inform semua orang tapi aku antara orang “terpilih” untuk di beritahu awal & aku plak pergi beritahu orang lain.

Sadly, nasi dah jadi bubur & things getting worse. Dia panggil semua orang 1st meeting & masa tu aku diam je sebab aku ingat nak biar dia untuk cool. Disebabkan aku diam, dia cop aku ni rebel, dominant, egois (ya lagi sekali) & tak boleh di percayai. Dia mula exclude aku dalam semua aktiviti, tarik kerja aku one by one & start cari pasal dengan staff yang baik dengan aku.

2nd meeting timbul isu pasal Instagram post aku. Si A ni stalk Instagram aku then cakap ada 1 post aku tuju kat boss padahal tak pon (butthurt pahal). Aku nafikan sekeras-kerasnya sebab memang aku tak tuju kat dia, dah pahal terasa. Masa tu aku minta maaf secara terbuka depan semua orang, mengaku silap aku pasal cerita kat orang lain & minta untuk di beri peluang.

Bekas boss aku ni tak terima & kata aku tak ikhlas minta maaf, aku terlalu dominant & aku dah tak boleh di selamatkan lagi. Nak selamat apo bukan aku buat jenayah ke minta dia kahwin dengan aku ke (tak ingin).

Dia tarik habis kerja aku & aku takde kerja dalam 6 bulan sampai aku resign. Yes guys, aku makan gaji buta 6 bulan. Aku fikir berkat ke tak berkat entahlah. Aku datang ofis, on laptop, online then balik. Dia start masuk campur private life aku, ceroboh privasi & sekat staff lain untuk kawan dengan aku.

Dia kata staff lain semua obsess nak berkawan dengan aku, kenapa nak breakfast & lunch sama-sama dengan aku & kalau keluar weekend, kenapa perlu keluar dengan aku. Kenapa bergelak ketawa dengan aku, kenapa sibuk minta pendapat aku, kenapa nak minta tolong aku. Pendek kata semua yang berkait dengan aku semua bermasalah bagi dia.

Staff yang rapat dengan aku akan di brainwash untuk jangan rapat dengan orang bermasalah macam aku & aku dikatakan bagi pengaruh buruk pada dorang. Majority staffs adalah fresh graduates & dorang jadi takut untuk borak dengan aku sebab bekas boss aku ni akan jadikan isu besar kalau dorang terlebih mesra dengan aku.

Sampai menangis-nangis budak-budak ni masa kena push dengan dia katanya aku hasut dorang semua. Kalau boleh dia taknak aku kawan sesiapa & biar aku rasa isolated teruk. Kat sini lah bukti yang dia rasa dia ada hak & keistimewaan hingga nak semua permintaan dia dipenuhi.

Paling tak boleh blah dia ajak semua budak office kecuali aku untuk jogging keliling kilang dia after working hours. Masa tu semua berkumpul depan meja aku (jauh sikit lah) untuk bincang pasal jogging ni sambil bergelak-ketawa & aku sorang je kat meja terkulat-kulat. Aku buat keras je, cukup time gerak balik. 2 bulan sebelum kontrak habis, aku hantar surat resign notis sebulan & aku kena bayar compe

nsation sebulan gaji. Few days before raya, bekas boss aku & konco-konco kesayangan dia paksa aku ambil cuti sehari sebab dorang nak tutup kilang awal. Semula orang apply cuti sebab terpaksa except aku. AL aku dah habis & kalau aku cuti, aku kena bayar gaji sehari aku dekat dia.

Apa jadah kena paksa cuti, kena bayar lagi kat dia. Aku taknak sebab aku memang takde duit then dia punya HR boleh cakap pergi lah minta kat abang awak. Yang aku tak faham asal kau tak announce company bagi cuti je senang, ni tak, paksa semua orang ambil AL sebab nak tutup production.

Time ni dah rasa mengarut sangat ni, tapi aku tetap taknak cuti & aku datang juga kerja. Haritu semua orang cuti, baik production, baik staff office. Aku sampai, main gate tutup & hujan lebat gila.

Guard buka gate, aku terus masuk parking berbumbung & aku nampak guard slowly datang kat aku. Dalam hati aku, apa lagi ni. Rupanya aku tak di benarkan masuk ke dalam office & kena stay kat parking kereta sampai habis office hours. Arahan orang atasan.

Kau bayangkan eh masa tu hujan ribut dengan petir, dia boleh suruh aku duduk kat parking berbumbung tu sampai pukul 5pm? Aku ni perempuan, masa tu bulan puasa plak tu, dengan takde kerja lagi. Kalau kena petir, tak mati terkujat aku kat sana. Kat sini dah nampak dia takde nilai empati langsung.

Dia kata sebab aku tunjuk keras kepala taknak apply cuti, kau nak datang sangat? Datang lah, tapi stay parking. Aku fikir apa gila aku nak duduk parking time petir ni, aku pon gerak lah pergi surau budak production & stay sana termenung berbuih sampai 4.30pm. Aku gerak balik setengah jam awal sebab memang sangat tak selesa & ambil kira aku tak keluar rehat 1 jam, aku balik lah awal.

Naik cuti raya, aku dapat plak surat tunjuk sebab balik awal setengah jam which is aku rasa mengarut tahap pokemon digimon semua lah tapi aku ambil je, malas nak cakap banyak. Orang nak resign lagi berapa hari lagi nak keluar surat tunjuk sebab.

Aku layankan sampai last day aku kerja, HR dia cakap lah kenapa aku jadi teruk macam ni. Dia kata aku ni tunjuk kepala, berselisih dengan boss tapi tak tegur, tak cuba nak ambil hati dia, tak hormat dia sebagai orang tua, boss always right, melawan dia semua lah.

Aku tanya korang lah, orang tua kena bagi contoh yang baik pada anak muda kan? So apa yang dia buat ni, elok ke? Dia tekan-tekan orang, underestimate kerja orang depan semua sebab dia kata dia boleh better, dia kata bapak dia buat kilang ni untuk buat dia happy, bukan buat staff happy, fresh graduates sekarang terlalu fragile tak boleh kena marah sikit & sindir-sindir orang masa dalam meeting.

Aku patut dah triggered ada something wrong dengan company ni dulu sebab takde langsung graduates yang kerja lama dengan dia, orang keluar masuk company tu ramai & dia selalu burukkan bekas staff dia kata dorang semua bermasalah.

Dia ada kata bekas staff dia main bomoh lah, menghasut orang lah & even ada yang syok kat dia. Lupa nak cakap, dia ni style memanjang buat meeting hari-hari berjam-jam padahal takde bincang benda pon. Balik malam tu biasa.

Aku pernah balik 12.00 tengah malam gerak dari ofis lalu latar gelap gila kau ghase? Lepas tu jenis yang ambil kesempatan melampau.

Contoh, staff cuti tapi panggil masuk office sebab takde PA masa dia tengah iv orang, suruh hantar ke sana sini macam tak boleh upah driver, ambil & hantar dia balik kerja (rumah dekat dengan kilang boleh jalan kaki je) & even masakkan untuk dia kalau dia teringin makan something macam orang takde bini plak.

Dah resign ni baru tahu yang bekas boss aku ni adopt extreme narcissistic leadership & untuk staff yang masih terikat kontrak dengan dia kat sana, aku harap korang bertabahlah.

Pesanan juga untuk fresh graduates yang tengah cari kerja, jangan cepat terpengaruh dengan ayat-ayat manis si penemuduga, alert dengan environment tempat kerja tu. High turnover rate means something wrong somewhere dengan company tu.

Sekian pengalaman aku. Babai.

– Sis Sado (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *