Okaylah. Sebenarnya tak ada niat nak kutuk siapa-siapa. Ingatkan isunya dah habis. Rupanya-rupanya still ada cerita belakang yang aku dengar, yang aku nampak.
Story mula dengan aku yang datang dari kampung nak bekerja kat KL. Berbulan cari kerja akhirnya dapatlah kerja kat satu company yang aku tak nak mention field apa.
Bayangkan tengah IV tu terus nak amik aku bekerja. So, aku nampak dah sistem dia pelik tapi whateverlah time tu aku desperate nak kerja, mereka pun nampak desperate nak cari staf position aku.
Masa baru sebulan bekerja, okaylah. Company dia pun baru lagi. Baru setahun operate so boleh fahamlah berterabur sikit. Mind you, aku ni fresh graduate so tak boleh memilih.
Relationship boss dengan pekerja macam okay, gelak ketawa sama-sama. Tapi rupanya aku salah. Disebabkan boss taknak amik port pasal system, semua job description pekerja jadi berterabur.
Bayangkan aku yang kerja as Content Writer kena handle event, beli air masak, siap makeup boss aku lagi untuk event dorang.
Okay sebelum korang kecam, kenapa aku ikut? Jawapan dia, sebab baru dua bulan kerja, and duduk KL tak boleh nak main berhenti saja kerja, koyak aku nanti.
Boss dia muda, influencerlah kat malaysia ni. Orang kenal sebab dia banyak kali viral atas isu yang mengarut. So, nama dia kukuhlah. Orang kenal. Ada dua kepala company ni, satu CEO muda, satu lagi CFO perempuan. Dua-dua toxic.
Kisah toxic dorang terlampau banyak sampaikan aku rasa tak cukup nak luah dalam bentuk penulisan.
Staf kerja Sabtu Ahad setiap kali ada event, dari pukul 8 sampai 6.30, kadang sampai malam. And then cuti pun kena kacau. Tapi bayaran dia, aku kira 25 ringgit saja sehari. So, aku kerja dua hari dapat 50 ringgit saja.
Dahlah event online, tapi semua staf kena datang. Aku pun termasuk. Budak intern masuk, as Customer Service, tapi kena beli stoking kaki CFO tu, jadi cleaner.
CEO dia pula jenis budak-budak yang menyorok belakang mak. Kalau tak puas hati dengan kerja staf, bukannya nak tegur. Dia akan perli staff time event online tu.
Aku pernah kena marah sebab cakap perkataan “tolong” dengan Graphic Designer sebab aku nak mintak dia buat poster untuk event. Dia cakap, tu memang kerja dia, jangan guna perkataan tolong. Since when, jadi orang beradab is a wrong thing?
And, ada videographer yang kerja dengan dorang lama dah, kena layan macam sampah. Bila dorang ada pertelingkahan sikit, si CEO ini cakap “patutlah 26 still takde apa-apa.” Betapa riaknya dia.
CEO yang jenis tendang kerusi, angkuh, and marah staf lain sebab salah orang lain ni paling aku menyampah. Solat pungpang pungpang tapi kau still tak reti sabar.
Aku paling banyak kena kritik. Tapi bukannya kritik depan-depan, dorang mengata belakang aku.
Aku still tengah belajar sebab aku takde pengalaman nak jadi Content Writer. Dan posting dahlah kena 3 posting sehari. Tapi content tak pernah cukup. Nak kata aku buat kerja lambat, kerja aku selalu siap on time.
Tapi kalau, graphic designer ada sorang saja, dan itulah yang dorang ultilize, semua kerja design termasuk poster personal dorang dua kena buat, semua kerja akan tertangguh. Kerja company akan tertangguh sebab nak focus ig personal dorang.
Takde siapa tahan. Yang tahan dekat company tu cuma geng yang tak ada tempat nak pergi, ataupun kaki kipas.
Dahlah content yang dorang buat tu tak authentic. Buat social experiment tapi iv staff sendiri. Dah menipu orang. Aku tak pernah terbukak hati pun nak belajar ilmu dorang sebab ilmu dorang tu ilmu scammer.
Guna idea orang lain, plagiat content orang dan cakap benda sama berulang kali time event. So akhirnya aku decide aku tak boleh brain dah, aku hantar surat resign, padahal baru 3 bulan kerja. Alang-alang pun aku dapat offer kerja tempat lain.
CFO dia suka mengungkit. Hanya sebab dia bagi aku kerja, dia mintak aku bersyukur. Lepastu dia kata mana ada company nak bagi makan kat staff hari-hari.
Setiap kali dia bagi apa-apa, contoh, buat makan-makan ke, memang akan cakap “tak ada company yang bos dia dekat dengan staff macam ni.”
Tapi yang aku pelik, kau gajikan aku untuk buat kerja kan, bukannya nak jadi family kau. Jadi kenapa aku kena layan kau macam kau mak aku? Btw, aku still muda ok.
Tak professional lah kalau layan staff macam tu. Bila staff layan kau macam member kau marah. Dia cakap, kalau awak keluar dari sini, takde company yang layan macam ni.
Yang si influencer tu, semua benda nak dijadikan content. Pergi belajar ilmu agama pun nak post. Content selalu menipu. Sebab tulah client susah nak lekat join event dorang.
Company wujud sebab demand dari client. Tapi layan customer macam tu saja. Company dah nak masuk dua tahun, tapi policy baru ada.
Bila CFO tu panggil masuk bilik, kerja dia nak brainwash aku. kutuk staff lain depan aku. and ajak aku kutuk sekali. So tahun ni saja dah dekat 4 staff dia keluar. Semuanya talented tapi dilayan macam sampah.
Staff yang lama kerja dengan dorang pun sama saja. Ada sorang tu suka attention. Jadi dia buat macam dialah staff terpaling function. Ada sorang tu selalu acah busy tapi duduk scroll laptop saja.
Ada orang tu talam dua muka. Persekitaran company tu toxic gila sampaikan aku develop work anxiety. Tak pernah tenang bila buat kerja, tangan aku selalu shaking. Panic attack takpayah cakaplah, selalu kena.
Aku berhenti tapi dia buat macam dia yang berhentikan aku. Si influencer ni siap bagi feedback pasal perangai aku.
Bro, orang dah nak blah, tak payah acah sangatlah. You know, why I resign, so takpayah buat innocent. Baru ni aku nampak posting dia mengutuk si videografer.
Dia cakap perangai si Videografer ni teruk sebab itu dia diberhentikan. Ingatkan dah settle, rupanya ada dendam. Terlampau banyak office politic yang buat aku blah.
And aku rasa kalau aku teruskan kerja kat company instafamous tu aku takkan belajar apa-apa. Masuk-masuk mana ada dia ajar apa-apa. Aku belajar sendiri. Semuanya aku pulun sendiri tapi satu kata terima kasih pun susah nak dapat.
And alhamdulillah, aku dapat kerja yang tempat yang okay. Environment pun okay. Team pun okay.
Paling penting, rival syarikat lama aku.
So harapnya, dorang berubahlah. Walaupun banyak kena ubah. Aku tak ada dendam pun dengan company tu, tapi cara dorang yang tak sudah sudah salahkan orang tu buat aku menyirap.
So kat sini aku nak pesanlah jangan percaya sangat dengan imej influencers kat social media ni. Semuanya fake. Dorang cuma nak buat duit cepat. Kadang aku pun confuse tu perangai sebenar dorang ke atau berlakon sebab tak banyak beza.
Semoga mereka diberikan hidayahlah. Sebab kalau untung tapi tak berkat, semua benda tu akan hilang, redha Allah tak dapat. Aniaya orang sampai tahap tu.
Buat apa dengan harta kalau hidup tak boleh tenang?
Kan?
– Cik N (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit