Boss Kaki Pusing

Hai kepada yang sudi membaca cerita saya.. based on tajuk pon dah tahukan saya nak cerita pasal siapa, yer boss yang kaki pusing. Kenapa saya cakap macam itu? sebab pusingan cerita dia mesti gempakkan diri dan salahkan staff.

Okay ceritanya bermula macam ini, saya ni masuk kerja (TA) dekat tempat ni dalam bulan 12/2024 (baru je masuk) cumanya makin lama makin nampak laa flaws nya. Bulan pertama okay je, masuk bulan kedua dah macam-macam perangai dia tunjuk.

First, ada salah seorang staff letak jawatan sebelum boss saya fly ke Europe (berjalan or TL saya tak pasti) yang penting perangai dia berubah. Sejak dari itu, dia aim kesalahan yang bukan jadi masalah pon diperbesarkan.

Syarikat ni family oriented jadi memang management semuanya family dia, so ikut dialaa nak tukar syarat and terpaling nak ikut akta.

Kenapa saya cakap dia terpaling ikut akta? sebab masa bekerja kita orang pon ada perubahan TAPIII bayaran gaji kami lambat sampai melebihi 7hb Februari ni, masih tiada caruman EPF Socso untuk bulan 12 kerana dia asyik bagi alasan yang tukar management, itu ini yadah2..

Ada je alasan yang complikentut laa sebabnya alasan paling simple ialah company dah takde duit..

Kenapa takde duit? sebab dia sendiri yang buat masalah and rolling duit tu kemana, hanya dia sahaja tahu.. nak cakap company ni takde generate income, ada je customer yang fly sana sini..

Ada satu time, cust nak terbang petang, pagi tu dia baru cakap dengan cust yang kena delay esok.. lagi kelakar, time tu dia gunakan staff suruh reply group padahal dia ada je dalam group tu.. nak selamatkan diri punya pasal, sanggup dia buat apa sahaja as long nama dia tak buruk..

Thenn time dia dah kat Malaysia, mula laa perangai dia.. kami mostly berhubung pakai teams, so dia post dekat situ dan menyatakan gaji ditunda sehingga 7hb sebabkan tiada income untuk Januari dan sampai sekarang ada yang masih belum dapat gaji lagi.. padahal staff taklaa ramai mana..

Reason dia? sama je.. director tukar, daftar itu ini, bank laaa apa laaa.. satu perkataan maaf dari dia pon takde..

Sepanjang dia kat europe, kami reply je whatsapp untuk enquiry macam biasa, itu pon dipertikaikan kenapa tak reply. Right now dia only handle customer service dah tak jadi manager, tapi we still respect dia as manager sebab kerja bawah dia.

The time dia jadi custservice pon hauk yer, banyak gilaaaa enquiry tersidai macam gitu walaupun kami dah buat quotation untuk pakej itu ini..

Lepastu dia marah2, untuk benda tak penting pon sampai keluar ayat common sense laa sikit, pikirlaaa.. but dia? dia pon sama je takde common sense and tak pikir.

4am 5am dekat teams masih condemn kerja orang, hantar enquiry tapi tak lengkap pon info2 nya.. sama je dia pon takde common sense..

Hari isnin masa tu dia ada datang ofis, tanyalaa saya berkaitan nak sambung official or tak sebabkan saya masih dalam probation.. saya dengan jujurnya cakap nak berhenti sebabkan inilaaa epf socso tak carum, gaji lambat bla bla..

Bila turnover staff tinggi tanya kenapa padahal masalah semua dari dia juga. Tapi dia masih tak nampak salah itu, and cakap hire staff ramai2 kalau takde progress nak buat apa.. before ni saya sorang semua boleh je, sales pon tinggi..

Keputusan saya untuk berhenti tu memang betul sebab dia dah boleh buat kerja sendiri tanpa staff.. dari sales, marketing operation semualaa dia nak buat sendiri.. terpaling serba boleh tapi kerja dia pon carca marba.. salah dia, memang suruh staff yang tutup..

Lagi satu, dia nak suruh staff operation buat sales & marketing tapi taknak bagi komisen. itu pon janji lebih2, tapi habuk takdeee.. memang dia takkkan bagi pon..

Saya paham banyak je boss macam gini, setakat komisen tak bagi takpelaaa pejam mata,, kalau sampai epf socso tak carum, gaji pon delay sampai melebihi tarikh dalam Akta nak jadi apa..

Takpelaaa, itu saja saya nak meluah.. Semoga saya dan rakan-rakan lain dapat kerja yang better, ada orang nak appreciate, tegur kesalahan yang memang jelas salahnya dsb..

Terima kasih yang membaca, saya doakan yang membaca dapat kerja yang baik, environment, gaji semualaaaa.. takkan ditindas oleh majikan sendiri..

Doakan saya dapat tempat kerja yang baru dan tidak tindas yang sememangnya hak pekerja..

– Suria (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *