Boss Kata Belakang

assalamualaikum.

aku disini hanya untuk memperingatkan majikan majikan diluar sana untuk menghargai pekerja staff staff.kerana mereka la tulang belakang kejayaan anda.tanpa mereka (dan keberkatan allah ye aku tahu),belum tentu anda akan maju berjaya macam sekarang.

pesanan aku hargai la titik peluh setiap staff itu.aku tahu korang bayar gaji,tapi kalau kerja yang setimpal dengan gaji okay good.but kalau tak,kau jawab dengan allah nanti.

kisah pasal ayah aku.kawan dia bisnes man. dari awal dia start bisnes ayah lah yang support dia. kerja dengan dia (part time). weekend takda masa dengan family sebab keja.ayah bukan la perlu sangat duit tu sebab ayah mampu,tapi sebab kawan.kesian. support jugak.semangat ayah pada kawan ayah memang la tiada bandingannya.ayah support betul betul sampai bisnes tu maju.

pernah ayah nak berenti.tapi kawan dia a.k.a boss dia merayu jangan.sebab?sebab ayah orang penting dalam bisnes dia.kira ayah ni orang harapan.takda ayah,susah bisnes tu.ayah memang tolong banyak,kira kalau ayah aku kerja tu macam ayah aku ketua.ha gitu.takda ayah susah la kawan dia tu.lagi satu ayah tempat dia luah masalah dia.pasal personal matter pasal bisnes semua lah.

ayah tak jadi berenti.sambung kerja.bertahun tahun.sabtu pukul 9 pagi balik pukul 7.30 malam.ahad keluar pukul 6.45 pagi balik pukul 6 petang. penat tak penat ayah waktu tu.

banyak kenduri ke balik kampung ke apa ke ayah hold,ayah tak pergi.demi kawan dia.

berapa banyak masalah kawan ayah tu ayah tolong.tak terkira tak terjangkau dah. dari bisnes sampai ke personal.kira ayah memang rapat dengan dia.

ada satu hari tu,ayah dapat tau kawan dia mengata dia.his boss was back stabbing him.allahu,sapa tak sedih? ditambah pulak dia dapat tahu dari kawan dia si A.si A ni dapat tahu dari si B yang bercerita di kedai kopi time tu ramai ramai orang. malu ayah waktu tu,sebab ramai orang luar tahu.geng geng tu mana rapat dengan ayah pon. dah la benda yang dia cerita tu tak betul.

ayah geram.ayah memang nekad nak berenti.ayah bagitau kawan dia guna wasap.tak jumpa face to face.pastu kawan dia ajak jumpa.ayah mengelak.

lama gak ah ayah menyepi.kawan dia a.k.a boss dia tu anak nak kahwin.so dia minta tolong merayu pujuk ayah untuk tolong dia handle bisnes dia.ayah berat hati.waktu tu dah la nak dekat dengan tarikh family vacation kita orang. ayah cancel weh percutian tu,demi kawan dia.tak sanggup nak biar kawan dia hadap sorang sorang.pastu semua orang semua cancel.tak pergi.

pastu ayah selalu gak datang tapi takda la setiap minggu.saja ayah melawat tapi bukan kerja.ayah berenti dah.

ada satu hari tu,dia terdesak sangat dia pujuk ayah tolong dia settlekan problem bisnes dia.ayah tolong. tolong tanpa merungut (kami anak anak yang merungut)

pernah boss dia hina adik aku sebab dia taktahu orang yang dia hina tu adik aku.dia hina adik aku depan ayah aku.ayah aku sabar senyum lagi.padahal anak dia kena hina.takpa ayah senyum

kau fikir banyak ke ayah dapat hasil kerja dari situ? kalau untuk dua hari tu ayah hanya dapat BELOW RM100. yes below bawah seratus.tak banyak pon.masa bekerja banyak.gaji ciput.sebab tu aku taknak ayah aku kerja balik penat.kadang sampai demam demam.takpa dia kata.demi kawan.

pastu ada lah selisih faham lagi.kau tau,kawan dia fitnah dia.tokok tambah cerita.sebar kat orang lain.padahal semua ni bermula dari salah faham je.habis semua benda dia cerita kat orang luar.bayangkan lagi sekali.ayah malu.ramai la orang pandang hina family kita orang.

aku nampak ayah nangis,waktu solat.mungkin dah penat sangat.

hancur hati aku tengok ayah aku macam tu.padahal segala pengorbanan dia untuk kawan dia,kawan dia balas macam tu.

aku bukan apa.i dont think he deserve all of this.segala penat lelah dia dibayar macam ni????

aku tahu mesti korang rasa.ala simple je benda kecik.

tapi tak bagi aku.aku tengok sendiri macam mana dia tolong kawan dia from zero till now.

tapi semua tu dibalas dengan fitnah yang mengaibkan keluarga aku.

aku tak benci.aku tak marah. cuma aku terkilan.kenapa ayah aku dibalas sebegini rupa.ayah aku kerja tolong dia.dapat gaji ciput.

oh ye,untuk pengetahuan korang.ayah aku ni memang ringan tulang.sebab tu kawan dia harap sangat kat dia sebab staff yang lain banyak curi tulang.tapi korang tahu,gaji ayah paling sikit.staff yang lain gaji lebih banyak dari ayah.ayah tak pernah merungut.padahal bisnes berkembang maju tapi gaji ayah ciput.dia aniaya ayah aku rasa

sebab tu,aku nak tekankan kepada majikan diluar sana.tak puas hati dengan staff,settle depan depan.kata belakang tak guna.dah besar panjang dah tua dah pon takpayah buat perangai macam budak budak.

hargailah staff tu sebab mereka lah yang sebenarnya menghempas pulas.

the end.oh semua ni ayah aku tak cerita kat aku,tapi aku curi dengar.ye aku tahu aku sangat tak beradab,tapi aku nak tahu.sebab aku nak tahu kenapa ayah aku lain sikit.

to his boss if you’re reading this (even i know its impossible),i am so sad for everything.you take him from us when we grew up,we even have no time with him on the weekend just bcs of you.at last awak bagi/balas/bayar macam ni kat ayah :( may allah bless you always.

– a.

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit