Terima kasih jika ia dipublish. Intro aku perempuan bujang, akhir 20-an, anak ke dua dari lapan adik beradik. Saat aku taipkan confession ini, dah dua minggu aku berhenti keje. Atas sebab yang aku tak jangkakan. Aku sayangkan keje tu tapi aku kena redha. Dah tertulis semuanya.
Aku namakan syarikat tu sebagai Syarikat B. Aku keje dengan Syarikat B dah dekat dua tahun. Sebelum ni aku dah keje dengan Syarikat A enam tahun. Dalam tempoh lapan tahun tu, banyak pengalaman yang aku dapat. Sebab beralih kat Syarikat B, nanti aku ringkaskan pasal Syarikat A. Oh ya, lupa bagitau aku kat Syarikat B tu sebagai admin merangkap bahagian akaun. Semua akaun pasal syarikat tu aku jaga dari cash flow sehingga la part audit.
Syarikat ni majikan dia melayu dan dimiliki oleh sepasang suami isteri. Boleh dikategorikan mereka ni orang berpengaruh jugakla kat tempat aku. Syarikat tak besar sangat. Pekerja ada dalam lima orang. Semua pekerja yang berpengalaman. Dalam kata lain, bila keje kat syarikat ni susah nak resign sebab enjoy dengan keje dan persekitaran. Itu apa yang mereka bagitahu dengan aku. Lagipun aku baru lagi kat syarikat tu, tak banyak sangat tahu pasal persekitaran syarikat tu.
Antara sebab aku berhenti keje kat situ sebab Syarikat B takde kwsp dan socso. Kenapa dua tahun baru aku buat keputusan nak berhenti? Bukan soal aku sayang syarikat tu, tapi lebih kepada aku enjoy dan sayang keje aku. Lagipun aku ada tanggungjawab dengan keluarga, sekarang keje susah nak dapat. Sebab tu aku ketepikan kwsp dan socso asalkan gaji yang aku dapat tu aku boleh bantu keluarga. Aku tersepit. Pahit macam mana pon takde potongan tu, aku kena telan jugak. Ramai nasihatkan aku suruh berhenti awal-awal, aku degil. Dalam bekerja kat syarikat tu, ada jugakla aku submit resume secara dalam talian kat syarikat lain. Mungkin takde rezki lagi. Aku redha. Aku teruskan keje macam biasa. Kawan-kawan sekerja yang lain aku tak tau lah dorang boleh bertahan lama camana. Aku tak pernah share pon pasal potongan kwsp dan socso ni dengan mereka. Risau nanti banyak tokok tambah cite plak.
Sekitar November tahun lepas, ada sorang pekerja berhenti tanpa notis. Dia berhenti sebab kantoi songlap duit syarikat dalam 3k. Aku tau pon bos bagitau kat aku. Cane dia tau pon aku sendiri tak tau. Kes tu aku malas nak amik tau sebab nak elakkan untuk ‘negative thinking’ kat tempat keje. Aku usulkan kat bos amik pekerja baru, bos taknak. Jadi semua keje dia aku cover buat masa tu. Aku taknak ungkit part gaji aku bos tak naikkan. Takpe la, takat tu je rezki gaji aku. Aku redha. Tengah kemas-kemas dokumen kat meja pekerja yang berhenti tu, aku jumpa satu balutan kain kuning dalam laci meja tu. Kat pembalut kuning tu ada tulis ‘pelaris’. Pebenda tu. Gila. Syarikat ni pakai pelaris. Sejuk seram badan aku, aku tak sentuh. Aku tinggal camtu je meja. Panggil kawan keje laki suh dia tengokkan benda tu, dia sendiri buka balutan tu, terkejut. Dalam tu ada duit syiling besi tulisan siam.
Cam tak caya, panggil plak kawan-kawan lain tengok. Semua terkejut. Call bos suh datang pejabat cakap urgent, tunjukkan benda tu bos plak terkejut. Cam cite Villa Ghazara tu, semua orang kena marah,tapi syarikat ni semua orang terkejut, kihkihkih. Bos amik benda tu bagi kat ustaz. Balik rumah, aku cite kat abang. Abang cakap dalam dua kemungkinan samada bos sendiri yang letak dalam meja tu then berpakat dengan pekerja yang berhenti supaya tak bagitau orang lain atau pekerja tu sendiri yang letak then lupa nak amik balik. Bulan berganti bulan, jualan makin merosot. Akaun syarikat berada dalam paras berjaga-jaga. Silap langkah sikit boleh jadi zero. Bos bagitau aku adakah jualan ni ada kaitan dengan pelaris tu? Aku blurkan diri, aku tak jawab sebab penat sangat cover keje orang. Wallahualam. Moga baik-baik aje.
Julai 2018, bos ada bagitau dah tak boleh nak bayar gaji pekerja sebab jualan tak sampai target. Gaji aku pon dah banyak tertunggak. Lebih 1k. Kami keje seakan tak boleh nak tuntuk hak kami sebagai pekerja. Gaji yang tertunggak kami terpaksa diamkan walau pada zahirnya, kami perlukan sangat duit tu. Nak usulkan kat pihak berkenaan, risau kalau prosedurnya perlukan duit yang banyak. Mana kami nak cekau duit, bos takpe lah duit dia banyak, confirm dia menang kes. Kami abaikan je pasal tu.
Untuk aku sebagai bujang, mungkin aku boleh tahan sehingga dapat gaji walaupun dah lebih masa tapi untuk mereka yang berkeluarga, agak terkesan. Nak bagi anak bini makan, keperluan dapur dan sebagainya lagi. Kat syarikat tu, aku je yang bujang. Yang lain dah bekeluarga. Bila gaji lambat dapat, mereka akan luah dekat aku. Aku tahu aku bahagian jaga akaun syarikat, awal-awal aku dah mintak maaf dengan mereka, aku tak boleh nak buat sesuka hati dengan duit syarikat. Aku keje kena ikut arahan bos. Bila bos dah bagi arahan, baru aku boleh buat. Aku mengaku, aku jadi lurus bendul bila masuk part jaga akaun.
Sedangkan gaji aku sendiri pon tak dapat jugak lagi. Aku mampu dengar luahan mereka dan pujuk untuk bersabar. Aku ada iman, kalau aku takde iman dah lama aku buat keje gila dan bodoh tu. Korang paham sendiri la keje ape yang aku maksudkan tu. Jualan bukan takde langsung, takat nak bayar yang mana penting tu cam bil utiliti, gaji pekerja tu boleh je. Tapi bos tak bagi aku arahan tu. Aku diamkan jela. Bos boleh tipu pekerja lain tapi dia tak boleh tipu aku. Aku yang jaga duit keluar masuk syarikat, aku tahu takat mana jualan bulan-bulan.
Bukan tak sampai target langsung, tapi duit tu bos dah amik buat enjoy dengan keluarga dia. Makan lobster, pegi oversea, beli barang mewah. Sampai kesudah aku tak bagitau pasal ni kat kawan-kawan lain sebab aku nak mereka nampak sendiri. Lama-lama mereka boleh hidu kelakuan bos Aku tak marah dorang guna duit tu sebab tu duit dia, tapi aku sedih gaji pekerja mereka tak bayar lagi, sampai tertunggak dah pon. Mereka boleh plak guna duit tu pegi enjoy. Sumpah aku terkilan dilayan sebegini rupa.Ni sebab aku berhenti keje.
Persekitaran syarikat tu pon dah tak happy. Kami pekerja dah tertekan sebab orang asyik datang mintak hak mereka dengan syarikat. Asbabnya bos dah terima satu tender untuk projek pembinaan bangunan, dia dah setuju untuk bekalkan stok bahan binaan. Duit bos dah amik, tapi bahan binaan tu dia tak hantar, jadi kontraktor yang terlibat datang pejabat tanya pasal bos. Sebagai pekerja memang tertekan dengan keadaan macam ni, rasa cam dah tak selamat. Jadi sebelum jadi pape, aku buat keputusan untuk berhenti keje walaupun aku tak dapat lagi backup keje lain. Aku redha, perjalanan hidup dah tertulis. Dengan rasminya September 2018 aku berhenti keje. Dan baki gaji masih lagi belum dijelaskan sampai harini. Lepas aku berhenti, ada lagi sorang berhenti jugak. Pastu aku tak dapat berita pape lagi takat ni.
Oh ya, ni ringkasan Syarikat A. Ia adalah syarikat Isteri bos, means mereka suami isteri ni banyak bisnes. Syarikat A, B dan C. Aku berhenti keje kat Syarikat A sebab syarikat tu lingkup. Then isteri bos offer keje kat syarikat suami dia iaitu Syarikat B. Syarikat yang aku baru berhenti ni la. Pastu bos plak offer aku keje kat syarikat C mereka, tapi aku taknak. Rezki aku dengan mereka takat lapan tahun tu je kot. Alhamdulillah untuk semua pengalaman.
Sekarang aku jadi peneman setia mak ayah je kat rumah dan tunggu orang masuk mintak even takde calon pon lagi, hihi. Mana mereka nak pergi, aku bawak. Teman mak pegi pasar, beli barang. Teman ayah amik angin. Tengok tv. Abang dan adik-adik yang keje lah sekarang ni hulurkan duit belanja. Doakan moga aku diberi kekuatan untuk kelangsungan hidup.
Dan untuk mereka yang jadi bos, janganlah aniayai kami pekerja sebegitu rupa. Kalau kami orang berada, kami dah tak keje. Dok umah goyang kaki je. Risau doa orang teraniayai ni tiada hijab dengan pencipta. Apa yang keluar dari mulut akan jadi doa. Aku harap semua baik-baik aje.
– Pekerja malang
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit