Boss Melayu Aku

Hai, assalamualaikum. harini nak cerita reality bos melayu. Hahaha terbaca kisah ni, https://iiumc.com/realiti-sebenar-boss-melayu/

So aku pun nak cerita kisah pahit yang terjadi pada aku.

Aku Damia. Berusia 20an, bekerja sebagai Operation admin di syarikat lama..

Kisah bermula apabila aku mula diterima disyarikat QQ (bukan nama sebenar, haha) syarikat enterprise yang dah 5 tahun macamtu.

Pada mulanya, kerja di sana sungguh baik, seronok environment best gila. Gaji tak besar tapi aku teruskan sebab seronok. Bermula dengan gaji aku yang agak rendah dan naik sikit2.

Alhamdulillah semua okay saja. Bos aku ni husband n wife, kadang2 nampakla wife dia ni mungkin perlukan teman kan, so staf ni dia layan baik saja.

Tempat aku banyak part timer, and amount yang diorang dapat pun agak banyak. Semua smooth saja sampailaa wife dia mula tak sihat and tak masuk office. So semua staff dan husband dia yang handle.

Sejak tu aku tengok ada kekurangan setiap income part timer ni. Setiap bulan berlarutan makin teruk sampai laa pkp haritu.

Kitorang yang staff ni tak nampak keluar masuk duit company, sebab kami tak de incharge bahagian akaun. Semua bos yang manage.

So masa pkp, dia kata company terjejas teruk sangat dan kitorang ada yang wfh dan unpaid leaves.

Gaji kitorang jadi makin sikit, benda semua pun tak jelas sampaila 1 tahap kitorang dapat tahu eis, socso & kwsp kitorang ni tak terurus.

Aku teruskan keje macam biasa, dan makin lama makin teruk lagi sampai gaji aku, claim aku semua tertunggak dan amount hutangnya pun banyak..

Syarikat susah, sepatutnya owner laa yang bersusah payah, tapi aku tengok lifestyle masih sama. Malas laa nak judge kot-kot betul susah. Tapi selalu jugak barang shopping dia sampai kat office.

Ada sampai 1 tahap kwsp contact aku maklumkan tak terima apa-apa caruman dah lama. Amount sehingga RM3 ribu. Gaji aku tolak kwsp, tapi tak bayar.

Kali tu aku naik angin sangat. Semua serba serbi hak kitorang ni dieksploitasi.

Maaf cakap, kalau kau tak mampu bayar satff, kau tak mampu jadi majikan. Semua orang ada masalah, tapi make sense ke kwsp sampai bertahun tak carum.

Sekarang bahagian kwsp ni aku serahkan pada pihak kwsp untuk uruskan. Kegagalan untuk bayar nanti, pandai-pandaila dia uruskan, naik mahkamah ke apa ke tak tahulah aku

Majikan level dihormati, ramai kenalan orang2 baik dan hebat. Pergi kursus sana, pergi kursus sini. Digelar ustaz juga kadang-kadang. Dipandang mulia juga.

Aku tak kisah dan aku tak sebut pasal bonus dan sebagainya. Cukuplah kebajikan kami staff ni dijaga.

Tak suruh bagi makan, cuma bayar hak kami dengan baik dan tak culas. Mana ayat yang dibawa-bawa konon bantu orang lain. Tapi anak team yang whtsapp selalu minta bayaran cuma dibalas dengan kata maaf sebab company tengah jatuh.

Yang paling aku tak sanggup, mak aku pulak kena tolong bayarkan komitmen sementara nak tunggu bos bayar lambat. Lambat sampai 3-4 hari.

Dah lambat pun masih tak cukup amount. Saving tak banyak, tapi at least ada sikit-sikit pun dah habis guna nak tampung waktu pkp.

Bukan aku saja, kami mengalami nasib yang sama.

Bukan sebab tak faham syarikat, tapi sebab faham staff bertahan walaupun gaji kena cut dan sebagainya. Faham syarikat tengah down, tapi kau sebagai owner kena buat apa? Tunjukla progress yang kami staff ni nak nampak.

Masuk ofis pun tak, tapi nak tahu customer yang mana yang buat bayaran. Tapi dalam masa yang sama berbelanja kehendak. Sempat la jugak pegi holiday walaupun time tu baru nak pulih tapi hutang masih banyakkkkk lagi.

Aku bukan staff yang baik, banyak kurangnya sini sana. Tapi tak berbaloi untuk buat staff macam ni. Aku faham sangat sebab family aku pun bisnes, pkp memang merudum.

Tapi kalau tak mampu boleh terminate staff dengan cara baik daripada staff kerja tapi makan pasir, sayur tukar dengan rumput.

Zaman sekarang rumput untuk kambing pun beli. Ni pulak kami manusia yang perlukan makanan dan komitmen untuk bayar.

Entahla, mungkin pembaca boleh share cara majikan enterprise urus duit atau perkara penting dalam bisnes supaya kita dapat sesuatu juga. Bukan sekadar confession. Terima kasih, salam.

– Damia (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *