Assalamulaikum, terima kasih jika cerita ini disiarkan. Apa aku nak ceritkan kat sini tentang tanggapan Boss kepada Fresh. Ini apa yang yang Boss bagi tau aku Harini. Aku disini sudah hampir 3 Bulan bekerja dan akan berkonvo pada bulan 11 nanti di Utara.Aku bekerja di bahagian construction sebagai Engineer.
Aku mendapat gaji basic di Sini sebanyak RM3200 tiada elaun lain2. Semasa iv aku memang mintak rm3200 dan dia terus setuju dengan apa yang aku minta. Aku pun terkejut juga lah diterima terus, dalam hati pun tak senang, kenapa dia terus terima. Aku pun fikir balik, sebb rezeki dan doa2 mak,ayah, kawan2.
Dan Harini, sembang2 kopi dengan Boss kat Mamak. Boss aku ni Cina. so, Bermulalah nasihat2 yang diberikan pada aku. dan kenapa terus terima aku.
1. Masa sesi iv apa semua, mcm2 soalan aku dapat jawab dengan betul. dan dia amek fresh sebab dia boleh train, guide aku mana yang salah, sebab dia kata dia tak nak amek orang yang berpengalam 5,7,10 tahun tapi cara kerja macam kurang 1 tahun. yelah,, dia boss kan,, ada pengalaman lah ambil pekerja.
2. Ini yang paling terkesan jugalah apa dia nasihat. Dia suruh aku berdikari, jangan tunggu dia apa semua, semua atas keputusan aku, maksudnya.. dia cakap, company bayar kita untuk kita buat kerja,kita manage,selesaikan masalah, company dah tak ada masa nak ajar kita. So Fresh mmg kena berdikari. Buat apa dibayar tapi masih nak diajar? Itulah yang diceritakan. Dia cakap 14tahun belajar dari darjah satu sampai degree, semua sendiri yang labur, bayar yuran kita di beri Ilmu,di ajar. Tak kan kita nak anggap Company bayar kita, company,boss nak ajar kita? Itulah yang mesej yang paling terkesan.
maksudnya, kalau Boss boleh direct cerita pasal kehidupan, target, Aku rasa tu Boss yang perihatin.
3. Dia cerita jugak, apa2 kena ada target, dia tanya aku bila target mau jadi Manager? aku jawab 5 tahun lagi .Dia ketawakan aku, dia cakap.. dia berharap ..saya nak you jadi manager 2 tahun, U ambil saya punya tempat, yang penting kena belajar sendiri. Dia cakap, kalau org lain tak tahu, siapa lagi yang kena tahu? so, diri sendiri,, apa ilmu, belajar sendiri. Aku pun kadang2 terasa benda ini malas lah nak ambil tahu, tapi hakikatnya memang kena belajar sendiri, sebabnya siapa? siapa lagi mahu tahu.
kepada rakan2, kena sentiasa berdikari,
Jay
– Jay
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit