Boss Yang Terbaik

Assalamualaikum..

Aku Ma umur awal dua puluhan. Aku sudah tamat penggajian peringkat degree dan akan mula bekerja di ibu kota awal ogos nanti. Sebelum mula bekerja aku kerja sebagai pembantu jualan di sebuah butik. Aku sudah bekerja separuh masa di butik ini semenjak tamat SPM. Pada hari pertama bekerja, aku rasakan kerja ini tidak sesuai dengan aku kerana aku perlu serve customer dan buat sales. Tapi aku fikir baru sehari bekerja, aku dah give up. Macam mana aku nak hadap kehidupan yang lagi besar cabaran dia. Jadi aku bekerja di sana sehingga aku melannjutkan pelajaran ke peringkat matrikulasi. Habis je belajar di matrikulasi, aku dapat mesej dari boss aku untuk sambung kerja di butiknya.

I said, why not. Aku pun penganggur terhormat sekarang sementara menunggu panggilan ipta. Jadi aku bekerja dengan dia sehingga aku dapat tawaran ke universiti yamg berhampiran rumah aku, which mean dekat juga dengan butik boss aku. Dia ada pesan, kalau nak kerja datang je butik dia. Dan itu yang aku buat selama aku belajar empat tahun di ipta. Kalau kelas aku pagi, petang aku bekerja di butik dia sampai malam. Sehingga aku habis belajar, aku minta nak kerja selama sebulan sahaja sementara masuk kerja baru. Dia benarkan. Aku yang terharu. Sepanjang aku bekerja dengan boss aku, tak pernah dia maki atau kata buruk pasal aku. Kalau aku ada silap dia akan tegur dan aku akan tak pernah rasa malu dengan teguran dia, bahkan aku akan try hard untuk ubah.

Ini mungkin kali terakhir aku kerja dengan dia. Yerlah lepas ni, aku dah kena bina kehidupan baru. Dalam sebulan ni aku banyak throwback momment aku kerja dengan boss aku. Ada sekali barang boss aku hilang dalam kedai, dan dia minta aku check barang tu dalam boot kereta. Dia bagi aku kunci kereta ada sekali kunci rumah dia. Time tu aku gelabah sebab barang penting hilang kan. Dengan gelabahnya aku buka boot kereta dia guna kunci. Pap! Patah. Kunci patah. Rupanya aku buka bonet kereta guna kunci rumah. Boss aku geleng tengok aku. Aku tambah serabut dia. Sampai sekarang aku bersalah.

Kalau bab patahkan barang, serah pada aku. Banyak barang dalam kedai aku patah dan pecahkan. Cuai. Kerusi kayu depan kedai aku patahkan, sampai sekarang aku gelak ingat momen tu. Aku juga pernah pecahkan barang yang memang khas untuk satu kain ni. Kalau barang ni pecah, kain ni mcm x ada guna la. Hahaha tapi alhamdullilah laku jugak kain tu even, features dia yang penting dah aku pecahkan.

Selama aku kerja, aku ada dua boss. Sebab dorang pasangan suami isteri dan ada anak sorang. Dua2 boss aku selalu belanja aku makan lagi time aku puasa, siap suruh aku ambil duit sales sikit buat belanja hari-hari. Mana aku sanggup weh. Aku tahu macam mana susah nak buat sales. Nak dapatkan rm50 sehari pun sangat susah. Tak akan aku nak guna duit sales buat belanja aku. Tapi disebabkan pemurahnya dorang ni, aku nampak bisnes diorang lancar. Ini apa aku nampak. Even kawan aku kata, butik yang aku kerja ni masih bertahan di tempat kedai lama sedangkan banyak kedai lain dalam mall tu dah tutup.

Another things pasal boss aku ni, diorang tak lokek kongsi ilmu bisnes. Aku ada la menyatakan hasrat nak berniaga jugak. Tapi diorang relek je nasihat aku, bagi tips. Terharu weh! 6 tahun aku kerja dengan diorang, dari akward sampai aku dah rasa macam family. Dari boss aku berdua dah ada anak besar dah. Dari butik biasa, sampai butik yang oranh ramai dah kenal. Aku terharu!!

Aku nak kerja dengan orang senang je. Orang tu kena percaya aku. Then, aku akan letak tanggungjawab aku sepenuhnya kat kerja ni. Terima kasih tuhan bagi aku minggle dengan orang yang baik-baik. Nasihat untuk orang kat luar sana, kalau nak cari kerja janganlah sesekali memilih. Mana punkau kerja, kat situ ada hikmah dan ilmu yg menanti kau. Adios!

– Ma

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *