Assalamualaikum, selepas membaca kisah EX- Employer kaki belit aku pun nak menulis kisah aku tentang Ex Bos berlaku zalim. Kisah aku ni berlaku lebih kurang 2 minggu yang lalu. Untuk lebih memudahkan anda faham tentang isi kandungan aku akan cerita daripada awal bagaimana aku bekerja di tempat itu.
Aku seorang lelaki yang menganggur, tinggal di johor. Pada satu hari aku ditawarkan untuk berniaga online oleh partner aku. Aku ditugaskan untuk menjaga marketing dalam bahagian online dan dia pulak akan aprroach customer yang nak membeli. Oleh kerana sedang menganggur maka aku telah bersetuju. Tetapi partner aku mengalami masalah, dia mempunyai sebuah kedai yang sedang nazak sales nya. Namun begitu, dia tetap mempertahankan kedai nya kerana telah menginvest banyak untuk kedai nya. DIa juga telah memanggil seorang lagi orang yang pandai baiki handphone untuk membaiki handphone di kedainya. Tetapi partner dia tidak dapat datang mengikut masa yang ditetapkan, partner dia selalu datang pukul 3 petang ke atas. Aku yang merasa perkara ini akan merosakkan bisnes kami berdua mengambil langkah untukmembantunya menjaga kedai secara free. Oh kenapa FREE sebab dia tak mampu nak hire staff.
Pada hari pertama aku telah membuka kedai dia pada masa yang dia selalu buka dan membuat promosi melalui telefon bimbit aku. Petangnya partner dia datang dan terkejut berjumpa dengan aku, aku menjelaskan kenapa aku berada disitu dan dia telah faham. Dia terus duduk ditempatnya dan mula membaiki handphone customer. Aku dengan penuh minat mencuri pandang cara dia membaiki handphone, dia perasan akan kelakuan aku dan mengajak aku untuk bekerja dengan dia. Dia kata dia akan ajar aku cara membaiki handphone dan bila aku sudah pandai membaiki, aku perlu menjaga kedai dan repair hp customer.
Aku mengajak adik aku untuk turut serta membaiki handphone kerana dia juga minat untuk membaiki eletronik. Pada hari kedua adik aku berada di kedai, adik aku telah belajar cara membuka handphone lenovo. Ok yang ni quite complicated sikit, dia tidak ajar cara nak buka tapi dia sendiri suruh kita cari cara nak dissaseamble handphone lenovo. Adik aku telah berjaya dissaseamble semua part kecuali LCD. Ketika sedang mengeluarkan LCD, dia langsung x ajar step nak buka LCD. Step nak buka LCD ni
1. Panaskan Bahagian LCD dengan Blower atau Hair Dryer( untuk melembutkan gam yang berada di Bawah LCD
2. Tuil tepi LCD dan tarik keluar LCD
Dia perasan akan kesilapan adik aku sebelum membuka LCD tetapi langsung tidak menegur dia hanya memandang dengan senyuman puas. Selepas adik aku berjaya remove LCD didapati bahagian RIBBON LCD telah terkoyak. INi adalah kesan tidak memanaskan bahagian tepi LCD dengan hair dryer. Lalu dengan senyuman puas dia minta adik aku bayar ganti rugi RM 200.
Setelah seminggu berlalu, dia telah memberitahu aku yang dia akan mengupah aku melalui komisyen dan dia tidak akan membayar gaji basic. Oleh kerana aku faham keadaan ekonomi kedai dia, dimana customer hanya datang 3 hari sekali untuk baiki sebuah handphone aku bersetuju kerana hendak membalas budi baik dia kerana mengajar aku baiki handphone. Untuk menambahkan income kedai, aku telah mempromosikan bisnes baiki handphone menggunakan branding nama aku. Namun begitu, setiap kali customer bertanya pada aku untuk baiki hp aku akan suruh customer datang ke kedai. Aku buat begini untuk menambahkan ekonomi kedai walaupun aku boleh baiki nya sendiri.
But one day, aku dapat customer hasil aku advertising lagi. Namun begitu customer ni mengalami kerosakan handphone di bahagian Software. Aku memaklumkan Ex- Boss aku tentang aku dapat customer lagi hasil advertising dan aku syak kerosakan yang dialami mungkin software atau motherboard. Jika rosak bahagian motherboard aku akan beri kedai untuk further repair. Then malam tu aku repair menggunakan internet rumah aku dan telah berjaya merepair handphone itu. Aku telah menerima bayaran RM 50 daripada customer dan aku memaklumkan pada dia hp telah selamat di elokkan.
Korang nak tahu tak reaksi dia lepas dapat tahu aku berjaya repair? Yes mesti lah dia nak komisyen, dia nak komisyen 40% hasil aku repair!!
Aku membalas mesej dia dengan berkata, tak boleh lah bang sebab nya handphone ni:-
1. Hasil aku advertising dan customer jumpa aku face to face bukan di kedai dia
2. Aku repair hp tu luar waktu bekerja iaitu waktu malam
3. Aku guna semua barang aku(internet dan laptop aku) dan tak guna barang dia pun untuk repair
4. Dia tak pernah ajar aku cara nak elokkan software tapi aku belajar sendiri
5. Dan dia tak pernah sentuh pun hp tu, kenal customer pun tidak
Well, dia balas mesej aku dia kata aku pesaing dia. Aku ok bila dia cakap mcm ni, tapi dia tambah aku makan bisnes orang(makan duit syarikat) dan potong bisnes dia. Dia tak nak cari penentang tapi nak cari pekerja. Dia cakap apa guna dia ajar aku free2 kalau nak potong bisnes dia, dah lah kedai dia tak ramai orang repair untung dia sikit je. Apa aku boleh bagi bila dia ajar free. Aku balas aku akan jaga kedai dia mengikut masa yang ditetapkan dan juga repair hp customer. Tapi dia balas lagi, aku pekerja partner dia(owner kedai) memang aku kena jaga kedai. WAktu ni aku maklumkan pada dia aku langsung tak dapat gaji senang2 cakap aku pekerja.
Then dia buang aku dengan perkataan hina mcm tu. Tak cukup pulak semalam dia ganggu adik aku nak RM 200 kerana kerosakan lenovo yang telah dilakukan. Ketika adik aku menarik diri untuk baiki hp, dia cakap dia akan bayar hutang LCD tu, means dia memang akan bayar walaupun exboss aku terlupa pasal LCD tu. Kerana kekurang ajaran dia, Aku cakap dekat adik aku, aku akan belikan terus SPAREPART dekat supplier dan bagi pada dia. Jangan bayar satu sen pun pada dia. Dia mengamuk kata aku masuk campur urusan dia, dan dia cakap jangan masuk campur urusan dia. Dia mesej adik aku dia guna kan perkataan SIAL dan bermacam ayat yang mengatakan adik aku nak lari dari dia.
Untuk makluman reader, harga barang sparepart dan harga nak elokkan sangat jauh berbeza, Contoh ni harga sebenar LCD aku harga repair RM 230 tapi harga modal LCD hanya RM 80 sahaja. So kalau aku belikan terus sparepart pada supplier dia tak dapat buat untung daripada adik aku. Sebab tu dia bertegas nak RM 200, tapi aku halang dengan sekeras2 nya. Itu lah kisah daripada aku. Aku harap pembaca tidak akan ditipu dengan orang. Mak aku nasihat kalau tak nak ditipu perlu belajar dapatkan ilmu
-Staff Dizalimi
– Anonymous
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit