Bread Winner

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Nama aku Teh Bunga, aku seorang isteri dan ibu kepada 4 orang anak. Aku seorang usahawan yang membanting tulang mencari rezeki untuk keluargaku setiap hari walaupun waktu cuti.

Suami ku bernama Kopi Pahit juga bekerja sendiri. Aku tidak berniat untuk mengaibkan sesiapa cuma aku mengharapkan pendapat dari anda semua.

Aku dah berbelas tahun mendirikan rumahtangga dan selama itu jugalah boleh dikira berapa kali suami aku beri aku duit nafkah untuk keperluan dapur, diri sendiri dan anak2. Semua aku bayar sendiri guna pendapatan dari hasil aku berniaga.

Suami aku kata aku perlu belajar buat sendiri supaya jika jadi apa-apa pada dia satu hari nanti, aku tiada masalah dan boleh survive dengan anak2.

Semua bil, hutang, dan perbelanjaan juga keluar dari poket aku sendiri. Boleh dikatakan semua aku yang bayar. Kalau pergi holiday atau mana2 pun memang dia akan suruh aku yang bayar.

Kalau aku teringin nak beli apa2, dia akan suruh aku aim and work for it. Usaha sampai berjaya. Tapi untuk parents dia, senang je dia spend guna duit dia sendiri.

Kalau mood dia baik dia akan suruh aku ambil apa-apa yang aku nak beli dan dia bayar (guna kad kredit dia), tapi masalahnya kad kredit dia tu pun aku jugak yang bayarkan tiap2 bulan. Pi Mai Pi Mai Tang Tu.

Kalau aku perlu bekerja seorang tapi dia bantu dirumah, aku masih boleh terima lagi tapi kat rumah pun setakat satu dua je yang dia tolong itu pun ikut mood dia. Aku juga yang menguruskan rumah dan anak2.

Makin lama aku jadi terlalu penat, disuruh mencari duit untuk bayar semua monthly commitment serta menguruskan rumah dan anak2, sedangkan duit dia tersimpan rapi dan balik rumah banyak dihabiskan tengok hp dan layan wasap group.

Aku selalu rasa sunyi sebab dia jarang berborak dengan aku mengenai apa2 isu semasa ke, throwback bercinta ke, anak2 ke, berbual2 kosong ke.

Perbualan setiap hari hanya mengenai perniagaan. Berapa sales, macam mana nak tingkatkan jualan, kenapa business tak naik dan banyak lagi yang berkisarkan tentang kerja.

Kalau business tak ok, memang dia akan membebel dan bising pada aku dan menyalahkan aku sebab tak berusaha lebih gigih.

Ditambah pula sikap dia yang selalu mendahulukan ibu bapa dan keluarganya berbanding aku dan anak2.

Kalau sebelah keluarga dia semuanya boleh, diturutkan je segala kehendak walaupun keputusan dia banyak kali buat aku kecewa dan rasa dipinggirkan. Aku selalunya jadi orang terakhir yang tahu.

Tidak cukup dengan itu, sikap mertua pula yang terlalu memilih kasih dengan mempunyai anak menantu cucu kesayangan. Aku dan anak2 bukan dalam list tersebut.

Walaupun macam2 aku buat untuk ambil hati mereka. Kami anak beranak tetap orang luar. Maka, selalulah dibeza-beza dan dipinggirkan. Layanan yang berbeza menyebabkan aku dan anak2 terasa jauh walaupun dekat.

Bila aku suarakan ketidakpuasan hati ku, walaupun bincang cara baik, selalu sahaja berakhir dengan pergaduhan kerana suami akan marah bila sebut pasal keluarga dia, dia akan mula mengungkit.

Dari situ, aku mula jadi seorang pendiam dan semua aku telan sendiri tanpa diluahkan pada sesiapa kecuali pada Yang Maha Esa. Sekarang, aku tak mahu meluahkan lagi pada dia, aku penat. Sentiasa kalah dan akhirnya menjadi orang yang bersalah.

Tanpa aku sedari, situasi ni membuatkan mental dan emosi aku rosak teruk. Dalam duduk diam aku boleh menangis, dalam tandas dalam kereta tengah kerja semua aku boleh nangis, aku dah tak mampu tersenyum.

Aku depressed, sakit dada setiap hari. Aku seolah patung yang bernyawa. Tiada perasaan. Hati aku mati. Apa sahaja yang mereka buat pada aku, aku diam sahaja tiada respond. Aku penat menjaga hati orang tapi tiada siapa yang menjaga hati dan menghargai aku.

Memandangkan keadaan aku seperti tiada suami kerana semua aku yang buat dan bayar sendiri, aku terfikir untuk berpisah. Tapi aku takut keputusan aku ni akan memberi kesan mendalam pada anak2. Kerana anak2 aku masih kecil.

Aku takut dia akan jadi seorang suami yang berdendam atau menjauh selepas berpisah. Tapi jika tidak berpisah, semakin hari aku semakin sakit. Aku buntu. Tolong bantu aku dalam membuat keputusan yang betul.

Suami aku bukannya orang yang tidak baik, cuma dia tersilap langkah dalam menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang suami dan ayah.

– Teh Bunga (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

10 Comments

  1. Puan Teh Bunga.. Seolah-olah hidup sendiri. Baik hidup sendiri. Tinggalkan orang toksik! Dia tak menghargai puan pun. Hidup sendiri lagi bahagia.

  2. Salam Puan. kalau benarla cerita puan ni tak payah la tunggu lagi dalam perkahwinan yang tidak mendatangkan kebaikan. (mungkin ada juga baiknya sbb ada laki teman tido – tapi setakat tu je la function dia pun. laki org lain bagi ‘money’ laki awak bagi mani je) jangan sekali-kali beranggapan anak masih kecik kesian kalau berpisah. Masa anak masih kecil ni la puan kena fikirkan kesihatan mental puan sendiri. Kalau puan tak stabil nanti kesannya ke anak. Nak marah laki tak boleh anak la jadi mangsa. Anak2 akan faham kalau diterangkan elok2 InshaAllah. Kalau dah semuanya atas puan lebih baik la hidup sendiri.

  3. Salam puan,

    Puan tak perlu berpisah hidup a.k.a bercerai. Puan perlu pulangkan kembali pada yg hak, pulangkan hak suami untuk menafkahi puan dan anak2. Agak zalim anggapan sy tp sy syak suami puan pun tak jalankan tanggungjawab dlm mendidik anak kan? Belum terlambat untuk minta suami buat semua tu, kalau suami berdegil puan hidup atas duit suami beri shj, tak perlu topup, tak perlu tanggung separuh2. Duit puan guna dlm keadaan darurat shj. Segala perbelanjaan dr puan TOLONG REKOD untuk rujukan pihak agama. Perceraian mungkin solusi terakhir tp PUAN DAN SUAMI KENA BERUBAH.

  4. Aku cdgkn kau jumpa ustaz.. rawat diri. Perempuan ni kalau siuman tak mudah ditindas dan dibodohkan. Serius aku cakap laki kau tu manusia paling tercilaka sekali dlm hidup kau. Kalau kau kuat.. kau tinggalkan dia. Jangan toleh2 belakang lagi. Aku berani jamin.. bukan kau yg akan bermasalah kalau dia jadi apa2… tapi dia yg akan bermasalah kalau kau yg jadi apa2.

  5. Elokla upah maid dari ada suami yg sekadar berfungsi sbg penyumbang air mani. Love yourself dulu teh bunga. Jgn meranakan diri sendiri, anak2 perlukan suasana yg positif utk mbesar. Contoh yg baik utk anak2. Smoga dipermudahkan urusan teh bunga.

  6. Hantarkan pada suami video tanggungjawab suami untuk memberi nafkah selepas itu teh bunga senarai kan semua yg Teh bunga telah belanja…dan please stop bayar kad kredit dia dan stop bayar semua perbelanjaan suami hargai diri sendiri bangkit lah dan sedarlah jgn menyeksa diri …untuk hubungan yg toksik ni simpan duit untuk diri sendiri byk cerita bila lelaki lepaskan tanggungjawab pada isteri dia rasa duit dia byk dia rasa dia layak untuk beristeri dua …masa ini teh bubga akan lebih merana…
    Cuba keluar dari rumah untuk tenangkan diri bagitau suami teh bunga akan pergi tenangkan diri dan rahsiakan tempat persembunyian hati kena kuat tinggalkan anak2 dgn dia biat dia rasa macam mana penat nya teh bunga jaga anak sorang2…3 hati pun cukup untuk Trh bunga tenangkan solat berdoa pada Allah berikan petunjuk untuk buat keputusan yang sebaiknya…semoga keinsafan pada suami utk bertanggungjawab selepas Puan “hilangkan ” diri dan berhenti bayar semua perbelanjaan.

  7. Kalah perbelanjaan campur rumah kete semua puan bayar lebih dari suami, minta putus ja la… ni jadi biawak hidup dah ni….

  8. Suami tu cacat atau oku ker. Sampai begitu sekali tak beri nafkah. So apa fungsi dia kawen dgn awak? Sekadar mencari babu/org gaji/bibik? Sedap betul makan ditanggung berak dicebok. Biawak pun malu kalau hidup macam ni. Awak ‘mua’ kan dia dari awal, sampai dia tak tau apa function dia. Manjakan sangat. Kembalikan semua tugas dan tanggungjawab dia. Jadikan dia lelaki . Bukan awak yg jadi laki .

  9. Puan..sekarang ni apa beza hidup sekarang (Masih bersuami tapi serupa tak de suami) + sakit hati+ penat yg tak dihargai dengan (berpisah hidup tanpa suami) + kurang rasa sakit hati sbb tak payah hadap suami dgn mertua + penat hanya untuk diri sendiri dgn anak2. Nampak tak beza di situ. Apa2 yg nk jd kedepan tu.. tak payah fikir lagi..percayalah puan boleh. Yang penting puan kena mula first step tu dulu…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *