Untuk part I (https://iiumc.com/break-up-
Hai Assalamualaikum semua, terima kasih kepada semua yang sudi baca confession Aliya. Aliya berminat nak jawab soalan-soalan yang ditanya di ruangan komen facebook untuk jelaskan situasi Aliya.
Macam yang Aliya tulis sebelum ini, cerita yang Aliya tulis ini diringkaskan dan mungkin ada yang keliru tentang penyampaian Aliya terhadap sesuatu situasi.
1. Kata satu office takkan tak jumpa Luq? Macam mana Luq boleh ghosting Aliya sedangkan kerja sama-sama?
Aliya dengan Luq memang jumpa hari-hari sebab kami satu team. Aliya kadang-kadang kerja bawah Luq kadang-kadang bantu team yang lain, ikut lah task kerja tu.
Jadi dia tak mesej saya langsung ke? Pasal kerja? Kalau pasal kerja memang Luq ada mesej saya, itupun dalam group.
In fact, dari fasa flirting hingga lah “bercinta” whatsapp kerja dekat group je. Jadi kalau Luq whatsapp saya personally itu bukan soal kerja.
Luq memang sangat-sangat professional. Dia memang mementingkan image yang dia bawa. Bayangkan lah, lepas dia ghost saya dia buat macam kami ni tak pernah ada apa-apa.
Dia sembang pasal kerja seperti biasa macam dia tak pernah sakit kan hati saya langsung. Sangat-sangat professional. Sebagaimana lakonan dia buat saya suka kat dia, begitu jugalah lakonan dia pura-pura kami ni takde apa-apa.
2. Betul ke dia single? Yakin? Kot-kot suami orang.
Saya yakin dia single. Walaupun dalam penulisan sebelum ni Aliya mention yang dia seorang yang mysterious tapi dia berkongsi hal-hal family dia dengan Aliya. Sebab tu saya kata saya rasa special.
Mula-mula memang saya rasa dia too good to be true, tapi bila dia banyak berkongsi tentang hal-hal peribadi yang hanya saya yang tahu membuatkan saya rasa special dan buat saya jatuh hati dengan dia.
Status dia memang single. Macam saya cakap, dia private person tapi saya tahu hal-hal dia sebab kami follow each other punya social media.
Dalam penulisan sebelum ini, memang Aliya tulis seringkas yang mungkin. Aliya tak tulis detail macam mana dia flirt Aliya.
Tapi memang betul komen yang mengatakan Aliya di love-bombing oleh Luq. Awal-awal tu memang Luq make sure saya rasa penting, rasa dihargai, rasa special.
He treats me like a princess. Dia memang yakinkan dekat Aliya yang dia serious dengan Aliya. Saya banyak kali tanya dia, dia serious ke dengan saya, waktu tu dia memang tunjuk effort memang betul dia nak kan saya.
Lepas tu selagi saya tak tangkap cintan dengan dia, dia memang usaha sungguh-sungguh, mula-mula dulu punyalah clingy with me. Bila Aliya tunjuk minat kat dia terus buang Aliya camtu je.
Ada orang tanya saya ni budak-budak ke senang dipergulakan oleh dia. To be honest, Luqman memang konsisten ngorat saya even saya layan tak layan je pada awalnya. Bayangkan berbulan-bulan konsisten ngorat, confirm saya suka dia balik.
Saya pada mulanya tak suka lelaki lebih tua, Luq lebih tua 4 tahun dari saya. Saya tak pernah bercinta dengan lelaki lebih tua, sebab saya tak suka bila dia lebih dominant dalam perhubungan.
Tapi waktu awal-awal bersama dengan Luq, dia memang tak tunjuk yang dia dominant.
Kebanyakkan dia ikut semua apa saya nak. Tapi lama-lama tu situasi hubungan kami dah berubah, dia jadi macam saya lebih memerlukan dia. Saya rasa saya nak dia sentiasa.
Dan bila saya start lebih clingy dia mula dry dengan saya. Untuk pengetahuan pembaca semua, Luq bukan sekali dua kali ghost saya. Banyak kali dengan alasan “busy”, tentunya.
Jadi he’s keep coming back and forth. Jadi bila dia datang balik everytime dia ghost saya, dia akan bagi alasan yang dia busy and all lah.
Saya to be honest, everytime dia left me hanging saya dah jadi perempuan gila but dia tahu macam mana nak pujuk saya waktu tu. But mind you, dia tak pernah minta maaf kalau dia ghost saya. Dia bagi reason sahaja.
Jadi bila dia datang balik, saya pulak akan buat lebih tolerate dengan apa yang dia nak dengan harapan dia tak ghost saya lagi. Ini silap saya.
Saya ikutkan saja apa yang dia nak, saya nak make sure yang dia tak lari dari saya. Dari situ, saya rasa dia dah tak nampak value saya. Dia dah hilang effort.
Saya jelah yang ajak dia keluar. Dulu dia yang call saya dulu, sekarang saya call dia dulu. Dia memang buat saya memerlukan dia, crave for his attention.
Dulu saya tak perasan, tapi lepas kena tinggal saya rasa sepanjang saya dengan Luq, Luq ni seorang self-centered. Semua pasal dia je. Nak makan mana? Ikut Luq punya selera. Luq tanya saya nak makan mana tapi akhirnya pasti ikut kedai yang dia suka.
Lepas tu, dia tak boleh terima kalau saya reject dia. Contohnya dia ajak saya ke suatu tempat tapi saya letih dan tanak ikut mula lah buat ayat guilt trip saya. Most of the time, saya rasa dia tak respect saya. It is all about you.
Kadang-kadang (silap saya), saya always make time for him. Sampaikan mungkin dia rasa bila-bila dia nak saya, saya sentiasa ada. Saya jadi terlalu available untuk dia.
Walaupun kadang-kadang when I needed time with him dia takde pun. Saya sanggup cancel plan dengan my friends just in case dia nak ada masa dengan saya.
Sejujurnya, bila Luq dah tinggalkan saya ni walaupun saya sedih saya tetap ada rasa bersyukur yang hubungan kami tak panjang. Saya tak suka apa yang dia buat kat saya, dia tak hormat saya. Dia jadikan saya pilihan.
Kawan-kawan saya pun validate lah saya kata saya ni cantik (saya cantik tu yang Luq suka saya sejak first tengok muka saya lol) dan banyak lagi lelaki baik kat luar saya yang boleh nampak nilai saya ni.
Sepanjang saya dengan Luq, saya selalu makan hati sebab ada beberapa sikap Luq ni kadang-kadang memperkecil-kecilkan saya.
Bila dengan Luq saya rasa confident saya jatuh menjunam. Luq tak pernah nak consider perasaan saya, tak pernah nak faham saya. It is all about him him him.
Entahlah, saya tak nak doa yang tak baik tapi kalau Luq ni rasa apa yang saya rasa entah dia boleh survive ke tak? Entah dia boleh tahan rasa sakit dirobek hati. Rasa hancur rasa sakit ni entah berapa lama masa nya nak pulih.
Saya memang takde mesej Luq lagi dah lepas dia ghost saya tu. Saya hormat diri saya dan Luq tu tak layak dikejar-kejarkan. Banyak lagi lelaki baik kat luar sana tu.
Luqman, apa yang awak buat kat saya ni JAHAT! Saya rasa Luq ni masa kecil mesti mak dia ni bagi je apa yang dia nak.
Akhir sekali, saya nak ucapkan terima kasih kepada yang mendoakan saya. Semoga doa-doa yang baik tu dimakbulkan.
Kawan-kawan saya pun cakap mungkin Allah temukan saya dengan Luq sebagai pengajaran dan insyallah jodoh yang lebih baik akan dipertemukan untuk saya.
– Aliya (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit