Breast Cancer Fighter

“Dr, ada patient call nak jumpa dr. Katanya dulu dr pernah bagi tahu pasal antibiotik untuk breast cancer.”

Antibiotik? Breast cancer? Hai.. betul ke ni. Tak boleh nak hubungkait antara antibiotik dengan rawatan breast Cancer. Salah doktor barangkali.. fikirku.

Akhirnya, pesakit misteri itu muncul hari ini. Setelah beliau perkenalkan diri dan cerita sejarah penyakitnya, ternyatalah doktor lain yang beliau jumpa sebelum ini dan info antibiotik yang diceritakan pun adalah salah faham. Breast cancer tak boleh diubati dengan antibiotik..

Dan. Apa sebenarnya tujuan pesakit tersebut datang? Klinik swasta adalah primary care yang tidak sediakan rawatan breast cancer.. Macam mana saya nak ubati pesakit breast cancer?

Saya ringkaskan begini.

2 tahun 6 bulan lepas beliau didiagnose Breast Cancer dengan asbab kehadiran ketulan kecil di payudara kanan dan rawatan pada ketika itu ialah pembedahan dengan membuang sebelah payudara. Beliau menolak dengan alasan suami beliau tak sokong.

Beliau seorang suri rumah, anak-anak 4 orang dah menginjak dewasa. 7 bulan selepas itu.. suami minta nikah lain, buat rumah khas untuk beliau bertenang dan buat rawatan sendirian di sebuah hospital Pantai Timur.

Baik. Silalah bertenang. Tarik nafas.. hembus nafas.

Beliau kecewa dengan suami. Sakit dengan ujian penyakitnya. Lemah tubuh dan mental diasak dengan pelbagai rasa.. menyesal dengan tindakan nak ‘simpan’ breast untuk suami.. alih-alih.. itu pula yang jadi.

Sejujurnya.. pesakit ini sebenarnya datang untuk berkongsi rasa, mencari semangat baru untuk teruskan kehidupan.. maka kaunseling diberikan untuk membantu pesakit tersebut agar terus bersemangat untuk hidup dan teruskan kehidupan yang berbaki.

Apa yang saya kongsikan pada beliau sehinggakan beliau bangun melangkah keluar bilik rawatan dengan air mata dan semangat yang baru?

Saya nasihatkan beliau setulusnya dari hati.. memandang wajah beliau seolah beliau adalah saudara kandung saya. Saya nak beliau terus kuat untuk hidup demi menambah bekalan amalan pada usia yang ada.

Ringkasan point nasihat saya kepada pesakit tersebut adalah seperti dibawah ;

1- Redha.

Kunci utama dalam hidup untuk ketenangan hati adalah redha. Yang lepas telah berlaku, dan semuanya adalah taqdir.. jika kita berdamai dengan takdir, insyaAllah hati akan tenang.

Beliau menyesal menolak rawatan pembedahan semasa kanser masih diperingkat awal.. amat menyesal. Namun, inilah takdir Tuhan dalam hidup beliau.

2- Beruntunglah pesakit kanser.

Sejujurnya, pesakit kanser amat merasai bahawa kematian itu sangatlah dekat dan real berbanding kita yang hidup sihat walaupun dah tahu mati itu tidak mengenal siapa.

Kita yang sihat, tidak diuji dengan penyakit, sangatlah leka dengan nikmat sihat tersebut. Merasakan mati itu masih jauh dan leka dari berbuat amal..

3- Carilah redha Allah, suami hanya pinjaman.

Sayang mana pun isteri pada suami, sampai masa Allah akan ambil semula.. sama juga isteri. Sama ada kematian, berpisah dan sebagainya.

Carilah kebahagiaan dengan mencari cinta Allah dahulu. Mudahan Allah akan hantar manusia yang kasih dan penyayang dalam hidup kita walaupun bukan dalam bentuk seorang suami.

4- Usah takut untuk hidup dengan sebelah payudara. Teknologi pembedahan zaman sekarang dah canggih.

Walaupun breast dibuang, akan ditampal semula dengan kulit dan isi dari tempat lain agar bentuk breast masih ada dan cantik. Dalam pembedahan kita panggil reconstructive.

5- Emosi dan keinginan yang kuat untuk pulih sangat memainkan peranan dan keberjayaan rawatan. Jadilah insan yang bersemangat untuk pulih, yakin pada rawatan yang ada dan paling penting tawakal pada Allah.

Jika ditakdirkan mati dalam usaha membuat rawatan, yakinlah bahawa kematian tersebut adalah kematian dalam kemenangan, bukan kematian dalam keadaan putus asa.

6- Ramai wanita yang bertindak cepat boleh hidup bebas kanser setelah buat rawatan awal. Kita nak tengok anak-anak dan cucu kita sempat bermain dan meluangkan masa bersama.

Maka bangkitlah kuat untuk sihat dan teruskan kehidupan yang ada agar kebaikan kita melalui mereka dapat diteruskan.

Beliau menitiskan air mata, menggenggam jemari saya dengan erat.

Berjanji bahawa akan teruskan pemasangan chemoport untuk rawatan chemotherapy dan saya minta beliau untuk suarakan hasrat bedah terus sebelah payudara tersebut jika doktor bedah boleh usahakan memandangkan beliau amat sakit melalui rawatan chemotherapy.

Semoga pesakitku Breast Cancer fighter terus kuat dan tabah harungi liku-liku rawatan dan dapat hidup sihat untuk terus berbuat amal selagi bernyawa!

Semoga suami pesakit tersebut diberi hidayah dan faham bahawa isteri ini adalah anugerah untuk dijaga semasa sihat dan sakit, bukan ditinggal tatkala terumbang ambing dalam lautan emosi mencari jalan kesembuhan!

Saya sayang pesakit saya.

– Dr NH (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *