Bridesmaid? Yes Or No?

Hi, nama saya confirmlah rahsia. Umur 26 dan sudah berkahwin. Saya ada terbaca post pasal Bridesmaid vs Servant.Honestly ada part yang saya setuju, tp ada jugak part yang saya rasa mcm ok ok je.

Saya juga pernah merasai pengalaman menjadi bridesmaid beberapa kali. Dan honestly saya xberapa setuju concept bridesmaid2 ni, bukankah perkahwinan ini pada basicnya buat mana yang perlu sahaja atau more to bersederhana? yang mana mampu, terserah pada eloe. Tetapi, pada saya umur mcm ni adalah umur yang mana saya dan rakan2 baru habis belajar atau baru nak start membina kerjaya atau baru sahaja memulakan kehidupan. so kalau nak kawin tu, errr kena berjimat jugak la? xpun kalau family orang ada ada, bukan masalah.

Tapi masalahnya bilamana yang nak kahwin ni baru sangat lagi habis belajar. Kami tumpang gembira, dan dilantik menjadi bridesmaid. Tapi, guess what, kena beli kain sendiri. Okay xpe, sebab kawan. Tapi cuba fikir sejenak kos beli kain dah berapa? kos tempah baju dah berapa? nak kena beli shawl lagi dah berapa? Kami ni bukan kaya sangat sobb sobbb. Rasanya kalau beli baju siap murah lg. Tp tulah kang shades lari. Ada juga pengalaman saya menjadi bridesmaid tapi pengantin sponsor kain, haa cantek dah tu. sebab apa? sebab dia mampu. so yang xberapa nak mampu ni, dahulukan yang perlu boleh tak? Eh sorry, akak emo.

Saya juga ada terbaca komen pada post bridesmaid or servant tu yg bgtau function2 bridesmaid ialah tolong mak pak bagi bunga teloq, tolong rewang2, assist pengantin and pengapit dia, tolong bagi goodies dll? TAKDE MAKNA. Hampa ingat diorang ni bila dah pakai segak2 nak ka buat semua reja tu? Saya seriously rasa ada certain bridesmaids ni kerja dia yang glamour2 ja, seperti? tolong selfie ramai2 atas pelamin sampai dpt shot yang puas hati. seperti ikut pengantin photoshoot supaya dapat masuk album lawa2. tolong angkat dulang hantaran. Tolong jangan bash eh, ni berdasarkan pemerhatian dan pengalaman. Tak semuaa, tapi ada certain. ok? certain. haa keluaq dah loghat utagha.
Ada juga kakak kepada kawan saya yang berkahwin sponsor kain bridesmaid dengan harapan, menghuloqkan bantuan seperti format bridesmaid yg sepatutnya, tapi? hmmm pilih port baekkk tang kona, selfiaq reramai. last2? pengantin berasa tidak berpuas hati sebab xtolong family dia buat kerja kerja basic tu.

Yes Yes, saya rasa ada ja orang yang xsetuju dengan saya. And mmg tak semua yang suka dok selfie. Tapi bila fikir-fikir balik. apa motif bridesmaid ni sebenarnya, awat, xpakai baju sedondon xbuleh tolong bg bunga teloq ka? xbuleh selfie?

Ini pula pengalaman saya semasa menjadi pengantin, saya habaq awai dah kat depa. Kain untuk bridesmaid tidak di provide, dan tiada bridesmaid, ok? TAKDAK. Korang kena datang meraikan hari and moment bahagia kami, duduk dan makan pun saya suka sangat dah, luang masa datang jauh2 pun okay sangat dah ingat senang ke nak luangkan masa amik cuti bagai nak dtg meraikan kita? Tapi kawan ni degil satu hal, nak jugak set color theme, saya hanya mampu pesan supaya jangan membazir, pakai baju yang mana ada sahaja. Tapi hmm macam ayiaq dicurahkan pada daun keladi, diorang set satu warna and pakat2 beli baju and tudung warna sama. Sis terharu sikit awat korang ni effort sampai lagu tu? Sampai rasa bersalah xbelikan kain untuk depa, Sorry kengkawan! Duit tu ada, tp nak belanja kot lain yg lagi memerlukan =( tu baru satu geng. geng hat lain, pun lagu tu jugak, set warna sama. So kenai dah warna pink ni geng hat ni, warna purple ni geng hatni. lagutu. Tp the bright side is, diorang xterikat dengan kerja2 bridesmaids, sbb diorang hanya literally my bridesmaid. suka2 ja nak pakai warna sama-sama dengan kawan-kawan.

So, pesanan pada bakal-bakal pengantin diluar sana. Jangan la bebankan kawan2 baik anda dengan meminta diorang jadi bridesmaids lepastu kain kena beli sendiri ok? kalau baju beli siap xpa lagi, ni kain kena beli kat jaquel nu, pasai takut shades lari so kena beli semua sama. Kalau kawan yang berduit sikit ni xpa la xkisah, kalau kawan tu hat yang susah sikit?? mana nak korek duit? ada yang cakap, xikhlas ke jadi bridesmaids? kalau xikhlas say no awal2. weh, ni kawan kot. xkan nak tolak jadi bridesmaid? ni bukan mengutuk kawan sendiri, takk. cuma nak minta jasa baik kepada pengantin untuk ukur baju dibadan sendiri dan ada sikit common sense. haih. Tu belum masuk mintak kawan yang dah ada baby, yang dah berlaki jadi bridesmaid jugak jugak. common sense mana? tp xmau ulas la, pasai topik pun pasal bridesmaid kan? So… beringatlah. Jap nak kena letak disclaimer ke, ni bukan semua okay? mcm yang saya cakap, certain ok, CERTAIN.

Tapi paham laa, orang lain kawin ada bridesmaid. Hampa pun nak la jugak merasa betui dak? Ok bye. Assalamualaikum w.b.t

-Kakak Bridesmaid

– kakak bridesmaid

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit