Bridezilla Yang Penuh Penyesalan

Hello readers. This is my first confession. Ini sedikit panjang. Harap ini yang terakhir juga. Oh. Maafkan bahasa rojak dan tatabahasa saya yang teruk.

Anyway, musim kahwin dah mula kan. Seronok tengok kawan kawan single dah mula hantar undangan.

Kenalkan, Amber, dah berkahwin. Jadi, macam pengantin yang lain, saya selalu doa yang waktu majlis saya, saya la pengantin terbahagia dan majlis saya lah yang terindah.

Saya sangat berharap saya boleh buat bridesmaid saya happy juga. Tak pernah ada dalam bayangan saya, saya akan jadi BRIDEZILLA yang semua pengantin takutkan.

Oh sebelum tu, mungkin ada yang tertanya nanti kenapa banyak sebut pasal bridesmaid(s). Saya dah jadi bridesmaid banyak kali sebelum kahwin, layanan yang saya dapat sangat la baik. Jadi, saya pun nak beri layanan terbaik pada bridesmaid saya.

Pada saya, mereka yang akan melengkapkan lagi hari istimewa saya, plus mereka orang yang penting dalam hidup saya. Kalau awak tak nak bridesmaid, tak pe. Tak ada siapa pun marah. Hehe.

Persiapan perkahwinan? Alhamdulillah. Hampir semua plan jadi macam yang dirancang. Baju pengantin. Baju families. Baju bridesmaid. Venue. FnB. Eh semua lah mudah dicari dan diurus.

Sehingga lah. Dua hari sebelum majlis. Awan hitam dah mula kejar saya. Dugaan pertama. Dianiaya owner homestay, last minute suka hati dia je tukar homestay yang saya nak dengan homestay lain which LEBIH JAUH dan tak sesuai.

Sedih! Waktu tu dah mula panic attack sebab risaukan ‘bridesmaids’ tak selesa dan susah. Sampai sekarang i never recommend this guy.

Walaupun kononnya tuan homestay terbanyak kawasan ni. DISLIKE. Nauzubillah. Tapi tak apa. Not the main topic.

Satu hari menjelang majlis. Last minute dapat tahu, ada volunteer videographer (VV). READ AGAIN. VOLUNTEER. Bukan tak bersyukur, saya bersyukur.

Tapi. Tak ada dalam plan. Menganggu plan asal dan telah cuba sedaya upaya sesopannya untuk reject. Cubaan reject, gagal.

Tragedi bermula pada malam berinai. Seperti yang sudah dirancang, saya berniat untuk raikan families (wanita) & bridesmaid dengan henna art. Tanpa pengetahuan saya, VV muncul.

Okay. Baik. Cuba bertenang tapi gagal. This was supposed to be very intimate night for ladies from my party. Not even one from the other party or someone else should attend this night.

Entah lah kenapa tak boleh kawal emosi waktu tu, i cried ya waktu impromptu interview yang saya tak mahu dan tak tahu menahu.

Letih agaknya cuba dapat content dari saya, Bridesmaid pulak mula ditanya soalan soalan yang saya tak mahu jawapannya dirakam selain dari memori sendiri.

Seperti mendesak. Apa yang cuba dikorek ya? Sebenarnya sampai sekarang masih tertanya tanya. Bernasib baik waktu tu bridesmaid seakan faham signal yang dibagi. Sedaya upaya mengawal bicara masing masing. Bukanlah terlalu berahsia.

Cuma ini bukan pilihan saya, bukan juga pilihan pihak lelaki. Kami tak pernah setuju untuk kongsi apa apa kisah bercinta. Bukan juga sombong atau diva. Ini privasi yang kami tak nak kongsi apatah lagi dirakam.

Oh paling sedih, families yang sepatutnya ada dalam majlis waktu tu mula beransur asbab dari VV yang kononnya perlu guna ruang banyak untuk lighting dan toolsnya.

Sedih. Rumah kita ni size size pondok awak. Berbudi la sikit dengan tuan rumah dan tetamu tuan rumah. Sedih sangat bila selesai berinai families tak ada. Tidurlah pengantin dengan hati gundah memikirkan kalau kalau ada families yang kecil hati.

Tibalah hari majlis yang dinantikan. Mulut ni tak berhenti doa supaya semuanya lancar. Sayang seribu kali sayang.

Untuk makluman, Majlis nikah pada sebelah pagi. Sampai je venue dah dihidang dengan camera dari VV. Eh. Ni video kahwin ke video kat mahkamah.

Tapi sebab waktu tu hati dah debarkan lafaz yang ditunggu, kelibat VV tu kita buat buat la tak pandang. Sementara menunggu tok kadi sampai, saya cuba duduk dengan tenang atas pelamin. Tak juga tenang sebab busy membaca mata mata yang di bawah pentas pelamin.

Hehe. Seperti yang diduga, photographer rasmi (OP) tercengang pandang camera yang tak diundang. Lebih sudu dari kuah gayanya.

Bersyukur OP senyum dan minta saya ambil nafas panjang sambil bagi isyarat senyum. Eyes do speak kan!

Macam luka yang disimbah air garam, saya sangat sangat terganggu waktu khutbah nikah dibaca. Bayangkan. Dari ekor mata kita boleh nampak VV sedang menghimpit sisi kita sebab nak dapatkan shot video yang saya tak tahu apa hasilnya.

Dan OP yang berdiri bertentangan dah mula geleng kepala. Waktu tu mesti lah saya dah panic. I want this VV away. Another signal dihantar pada bridesmaid. Syukur they understand.

One of them berjaya curi tempat di sebelah saya. Sekurang kurangnya, OP pun lebih tenang untuk dapatkan shot sepatutnya.

CHOP! Videographer memang perlu sedekatnya dengan pengantin ke? Memang macam tu ke gaya semua videographer? Sorry saya tak tahu.

Because i never hire one.

Btw, Selesai lafaz. Tamat ke peranan VV di situ? Mestilah tidak.

Kami pengantin ada gap lebih kurang 3 jam sebelum majlis bersanding pada waktu tengahari. Alhamdulillah OP tak buang masa. Shoot attire nikah atas pelamin. 15 minit. Selesai.

Belum sempat kami larikan diri, VV naik ke pentas pelamin untuk sesi interview dan video lagi.

Saya gelisah lagi. Both of us cuba terangkan pada VV yang kami mengejar masa. Ada pakaian dan makeup yang perlu diganti. Ada tetamu yang masih perlu disantuni. Katanya tak apa, sekejap je. Mengucap panjang.

Lebih setengah jam kami stuck di situ not enjoying anything at all. Entah apa yang dirakam. Saya berkeras minta izin untuk tinggalkan pelamin dan mengejar tetamu yang menunggu. Terlalu sesak untuk bernafas dalam marah.

Oh! Tak boleh lupa. Selesai lafaz nikah, waktu bersalaman sambil menerima tahniah ringkas dari ahli keluarga, VV sedaya upaya menyelit di celah ahli keluarga dengan camera dan mic.

Mengucap lagi dengan sabar. Saya jadi tertanya tanya. Waktu tu saya menangis bahagia usai pernikahan atau menangis fikirkan VV yang buat saya tak selesa. Hehe.

Waktu keluar dari venue untuk bersiap sebelum majlis sanding, emosi dah terlalu koyak. Bridezilla dah mula merasuk diri. Tak tahu nak explain macam mana.

Saya masih ingat sampai sekarang kemarahan yang saya rasa waktu tu. Itulah punca penyesalan yang saya tak boleh nak baiki sampai bila bila.

Dari marahkan satu benda. Saya mula menyoal mana bridesmaid. Kenapa tak ada di rumah bersiap dengan saya, sedangkan waktu briefing sebelum majlis, saya sendiri yang pesan untuk mereka rehat di homestay. Saya mula tak tentu arah marahkan orang lain.

Adik yang setia menunggu dalam kereta pun terpalit tempias marah. Kumpulan kompang yang sebenarnya tenang menunggu dan tak kisah kalau saya lambat pun saya jelingkan. Menyesal sampai sekarang. Malu dengan tingkah BRIDEZILLA.

Paling memalukan. Pengantin yang sepatutnya tersenyum manis berjalan solo menuju pelamin, sebaliknya jalan berhempas dengan amarah, muka mencuka sambil dikejar bridesmaid yang masih sabar melayan walaupun selepas dijerkah tak tentu pasal.

Malu. Malu kemudian bila tahu ada tetamu yang menegur ‘masamnya muka pengantin’. Waktu dirasuk bridezilla tak pula fikir.

Sampai je atas pelamin, kononnya mahu bertenang dan enjoy. Terpandang satu camera kecil & mic diletak betul betul pada bahagian belakang kerusi pengantin menghadap arah tetamu naik. Allah.

Waktu tu dah rasa nak lempar barang barang tu. Sesuka hati tanpa bincang dengan sesiapa dari pihak kami. Apa keperluan letak tu disitu.

Perlu sesusah itu ke untuk dapatkan satu klip video?

Terus sekali lagi saya menangis atas pelamin tanpa segan segan atau sayangkan makeup yang saya tahu cukup untuk naikkan seri pengantin.

Bahagian inilah saya akan bersyukur sampai bila bila. All the bridesmaid sedaya upaya untuk tenangkan saya dan kepung this bridezilla dari dilihat tetamu waktu menangis.

Walaupun waktu tu diorang sebenarnya sangat terasa dengan marah yang saya lepaskan. They are still there for me. Thank you bridesmaid.

Bridezilla dah bertenang. Majlis bersanding pun berjalan hingga selesai. VV? VV hingga akhir majlis masih dengan tingkah menyakitkan hati cuba untuk dapatkan petikan petikan soal jawab dari tetamu, keluarga dan pengantin sendiri. Entah apa agaknya info yang ditunggu VV.

Syukur dia tak menganggu OP.

Diam diam. dah tiga tahun berlalu. Yang kelakarnya, sampai sekarang kami tak pernah tonton apa apa video perkahwinan dari VV. Wujud atau tak video tu tu pun saya tak tahu. Tak nak. Saya trauma dan tak nak tahu pun apa content dalam tu.

Saya tak bercakap dengan sesiapa pun tentang majlis perkahwinan tu. Sedangkan saya seorang yang suka buat post-mortem untuk baiki apa yang boleh baiki selepas itu.

Dengan suami sendiri pun tak bercerita, dia pun tahu traumanya saya waktu saya jadi bridezilla. Sedih. Tengok gambar atas pelamin pun saya teringat camera dan mic yang ada belakang saya waktu tu.

Bridesmaid? Saya berharap mereka dapat maafkan saya. Saya sangat menyesal sebab gagal kawal emosi. Saya hampir hilang persahabatan yang lebih dari 20tahun gara gara bertukar jadi bridezilla.

Pengajaran? Terlalu banyak. Sejak dari majlis saya berlalu, saya selalu diam diam pesan pada kawan yang minta pendapat tentang majlis perkahwinan diorang. Saya akan pesan banyak kali. Jangan biarkan orang lain rosakkan tentatif asal.

Tetapkan pendirian, kalau tak suka, mesti cakap awal awal yang awak tak suka. Kuatkan mental. Banyakkan istighfar dan pilih peneman yang terbaik untuk bantu kawal emosi waktu jadi pengantin.

Bye semua. Untuk yang bakal berkahwin. Selamat pengantin baru.

Terima kasih sudi baca.

– Amber Bridezilla (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *