Brittle Bone Disease

Assalamualaikum, terima kasih admin sekiranya cerita aku disiarkan, seperti yang kalian netizen iium confession baca di tajuk, aku nak share kehidupan aku sebagai seorang penghidap penyakit brittle bone disease atau tulang rapuh.

Aku ada penyakit ni dari lahir, ibu cerita tulang pertama yang aku patah adalah collar bone, semasa proses kelahiran. Taktahu la apa yang berlaku, tapi dari situ doktor bagitahu parents aku, aku lahir dengan kondisi ini.

Tulang aku serapuh iman korang, terlebih tekanan sikit patah hahaha. But as time passed by, adalah sedikit improvement. Sewaktu di sekolah rendah, tulang aku mampu tampung aku untuk berjalan, buat perkara lain seperti biasa tapi tak selincah kanak-kanak seusiaku.

Aku teringat satu benda yang pada aku kelakar semasa aku darjah 4, waktu tu aku nak ke dapur untuk cari jajan. Sekali tergelincir dan aku tahan badan aku dari jatuh ke dinding.

Hasilnya pergelangan tangan aku patah sebab nak tahan impak berat badan dari terjatuh, masa tu aku menangis sambil tergelak sebab aku rasa geli hati, mana ade orang patah pergelangan tangan sebab tahan badan jadi terjatuh hahah.

Penyakit ni jugak memberi kesan kepada aku dari segi kehidupan sosial aku. Rakan sebaya mula rasa aku sebagai beban sebab aku tak boleh berjalan laju, tak boleh bersukan, jadi aku selalu ditinggalkan kalau perlu ke makmal atau bengkel.

Meningkat remeja, aku jalani pembedahan tulang belakang, dimana doktor kata tulang belakang aku akan di support dengan besi, aku pun kurang arif tapi yang penting ada besi yang support tulang aku supaya tak mudah patah, hahaha.

Masuk zaman universiti, aku cuba rahsiakan perkara ni dari rakan-rakan, aku taknak ditinggalkan lagi. Tapi akhirnya kantoi sebab satu hari tu mereka ajak aku main bola jaring, dan salah langkah sedikit je terus kaki aku patah. Dari situ barulah dorang tahu.

Sejak dari tu aku dapat rasa ada distance sikitlah dengan dorang. Tapi benda tu tak halang aku untuk habis belajar dengan jayanya, baru sahaja bergraduasi tahun lepas dalam jurusan kejuruteraan loji.

Aku jugak ada pengalaman kelakar, waktu tu aku mengikuti program mobiliti ke Singapura. Dan sensor berbunyi sewaktu aku lalu airport, dengan selamba aku cakap “it’s probably my bone, i have fullmetal backbone”.

Pegawai tu terkesima hahaha. Raut wajah dia yang keliru masih segar dan mampu buat aku geli hati sampai sekarang.

Tujuan aku menulis ni sekadar perkongsian, harapnya disiarkan la eh. Walaupun banyak kesulitan tapi masih disulami dengan kemanisan. Bila ada penyakit ni, aku yakin circle aku adalah manusia yang pasti ada diwaktu susah senang.

Pada aku, seperti dalam surah al-baqarah 2:286 “Allah tidak akan memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya”

– Asma (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *