Aku Hani (bukan nama sebenar). Aku dah lama baca confession dekat sini.
Sejujurnya aku suka baca story2 yang ada dekat sini. Kekadang bagi aku inspirasi. Kekadang bagi aku perasaan sedih mahupun bahagia.
Aku mula menjinakkan diri membaca cerita-cerita dekat sini sebab aku ambil bidang kaunseling dan psikologi.
Setiap sem, kitorang kena bentangkan kes ataupun isu untuk dibentangkan dalam kelas. Sebagai assignment kami la lebih kurang.
Dan setiap kali aku buka tiktok. shaz the shopaholic dj. Aku rasa terinspirasi untuk kongsikan cerita hidup aku. Aku tak tahu nak bagi tajuk apa untuk story aku. Perkataan broken je yang ada dalam pemikiran aku sekarang.
Dulu aku dibesarkan dalam keluarga bahagia. Mama aku kerja sebagai penjawat awam. Papa aku kerja secara shift di kilang. Setiap tahun, pada akhir tahun, kami sekeluarga akan bercuti di dalam negeri sahaja, sama ada Selangor, Pahang, Kelantan ataupun lain-lain.
Sampai satu masa, mama dan papa selalu bergaduh. Masa tu aku di sekolah rendah dalam lingkungan umur 8 atau 9 tahun. Aku tak pasti sebab apa. Sebab aku masih kecil.
Tapi semuanya berubah ketika aku berumur 10 tahun. Pada satu hari, aku pelik la kenapa mama tak pergi ke sekolah. Aku pun tanya mama.
Mama cakap dia nak pergi ke jabatan agama islam untuk buat permohonan perceraian. Aku macam terkejutlah, tak sangka. Hari berkenaan adalah hari guru.
Jadi, aku pun pergi sekolah. Tapi pemikiran aku kosong time tu. Banyak benda aku fikir. Kenapa mama & papa nak bercerai? Kenapa keluarga aku tak macam keluarga orang lain. By the way, aku anak tunggal. Jadi aku takde adik beradik yang lain.
Hari itu, aku duduk dalam kelas dan menangis bersendirian. Dan hal ini disaksikan oleh Halisya, kawan aku. Aku pun cakap kat dia. Mama dan papa aku nak bercerai.
Dia macam faham, cuma dia tak tahu nak respon apa. Yelah wey, apa je budak umur 10 tahun macam kitorang faham perasaan itu.
Aku suruh Halisya pergi sebab aku nak sendirian. Aku tak nak orang ramai tahu berkenaan perkara ini sebab aku rasa perkara ini aib keluarga. Bila balik, aku tanya mama. Jadi ke bercerai?
Mama cakap papa tak nak bercerai. Tapi setelah berbincang dengan ahli keluarga papa serta mama merayu dekat maklang (adik papa), akhirnya papa lepaskan mama setelah dipujuk oleh maklang.
Aku sedih. Impian aku untuk membesar dalam keluarga yang sempurna musnah. Waktu tu, aku macam salahkan takdir. Kenapa uji aku macam ni? Aku dahla takde adik beradik se ayah dan se mak. Lepas tu, mama papa bercerai pula.
Tak lama lepas tu, aku tanya kenapa mama bercerai? Mama cakap dia penat tanggung ‘biawak hidup’. Duit gaji mama selalu sahaja papa minta.
Lepas tu aku tanya, habis tu duit gaji papa mana? Mama cakap, dia bayar kereta, bagi kat nenek dan selebihnya sedekah dekat masjid.
Aku terkejut + terkaku. Sebabnya rumah yang kami duduk tu rumah mama. Mama yang buat pinjaman. Senang la nak lulus sebab dia kerja kerajaan. Tapi serius, tarikh hari guru still aku rasa aku tak boleh lupa kejadian itu walau sekarang umur aku dah 23.
Mama cakap lagi, duit papa habis sebab sedekah dekat masjid. Jadi duit makan seharian dia tak ada. Jadi dia minta duit mama.
Cuma aku nak pendekkan cerita, papa ni bukan seorang lelaki yang bertanggungjawab. Aku pun tak pasti kenapa dia utamakan sunat, sedangkan nafkah aku dengan mama yang wajib dia abaikan.
Selepas mama bercerai, kami duduk berdua sahaja. Dan selepas tempoh iddah, mama berkenalan dengan seorang lelaki ni. Rupa-rupanya masalah rumah tangga mama papa, papa sebarkan dekat facebook.
Aku terkejut, sebab bagi aku. Perempuan je yang jenis suka play victim dan kecoh satu dunia masalah mereka. Tapi kali ni tak, papa yang kecoh kan dekat sosmed (social media).
Dan semua kawan-kawan papa rasa mama ni isteri yang tak baik sebab minta cerai. Diorang cakap yang mama ni tak bersyukur sebab dapat papa yang kuat pegangan agama.
Entahlah, mama dan aku sahaja yang kenal sebetul-betulnya papa tu macam mana. Papa memang pemurah dengan kawan-kawan dia.
Tapi dengan kami, tak pernah pun dia keluarkan duit. Makan kat luar? Duit mama. Bil air? Duit mama. Bil api? Duit mama. Boleh dikatakan semualah duit mama.
Tak lama lepas tu, kawan papa nak berkenalan dekat papa. Aku tak tahulah macam mana nombor telefon mama pakcik tu dapat. Sejak itu, aku selalu nampak mama selalu call dengan pakcik tu panggil ‘abang’.
Aku tak sangka, kenapa mama berubah? Aku macam tak kenal perwatakan mama masa tu. Setelah 1 bulan diorang berkenalan, diorang pun decide nak jumpa.
Kami duk kat kuantan. Pakcik tu pula kerja dekat Gebeng. Kerja bawa lori tak silap. Aku tak pasti sangat. Walau masa tu umur aku 10 tahun, tapi serius kejadian itu takkan aku lupa. Waktu tu, aku teman mama jumpa pakcik tu.
Cuma aku tak sangka, mama berani drive sampai Gebeng. Takdela, mama jarang drive. Dia drive dari rumah ke sekolah sahaja. Memang la takde jauh sangat. Sebab waktu tu kami sesat dan tak familiar dengan jalan. Tu yang lama sikit.
Aku tak pasti pakcik tu umur berapa. Tapi yang pasti lagi tua. Dia cakap dia dah bercerai dan sekarang nak berkenalan dengan orang lain.
Tak lama lepastu pergi dekat laut. Ye kot laut, aku saksikan sahaja mama dan pakcik tu duk sebelah menyebelah sambil ketawa macam orang dilamun cinta. Aku saksikan perkara itu dalam kereta sambil menangis weyh.
Serius waktu itu, aku terkedu dan tak sangka. Aku rasa tu bukan mama aku. Aku rasa macam someone else. Dalam 2 atau 3 jam juga la spend masa dekat Gebeng tu, kami makan + borak. Sampai sekarang aku tak boleh lupa.
Rahsia ni aku simpan dan aku rasa mama pun tak ingat. Harini baru aku luah. Takde sape tahu hatta adik beradik mama sekalipun. Selepas jumpa dengan pakcik tu, mama buat solat sunat istikharah + tahajud. Dan lama-lama, pakcik tu hilang dan mama pun tak on call dah dengan dia.
Setelah mama dan papa bercerai, banyak kali juga la keluarga papa ajak aku keluar untuk brainwash aku untuk tolong perbaiki hubungan papa dan mama. Aku okay sahaja kalau mama dan papa tak bersama-sama dah. Sebab aku selesa berdua dengan mama, tanpa ada orang ketiga.
Selepas setahun mama dan papa bercerai, mama berkenalan dengan seorang pakcik ni. Tapi ini bukan kawan papa. Ada cikgu sekolah mana entah recommend dekat mama.
Selepas beberapa bulan, mama akhirnya setuju untuk berkahwin dengan pakcik tu. Dia ada 3 orang anak, 2 lelaki dan 1 perempuan.
Awal-awal aku okay jela. Tapi waktu itu aku dah kurang spend time dengan mama. Serius aku sedih part tu. Aku dahla tak rapat dengan papa. Dan selepas mama kahwin, papa berhijrah kerja entah mana-mana. Aku pun tak pasti. Sebab aku memang lost contact dekat papa.
Aku macam tak bersedia nak jumpa papa. Sebab papa sayang anak lelaki. Aku kan anak perempuan. Jadi nampak la bias gender dalam segala tindak tanduk papa. Anak perempuan tak boleh ni tak boleh tu.
Sebab keluarga papa pun memang agungkan anak lelaki. Papa lah anak kesayangan mereka. Sebab papa satu-satunya anak lelaki.
Selepas mama berkahwin, setiap malam aku menangis secara sendirian. Serius aku tak tahu nak express feeling tu. Sedih, kecewa, loneliness dan pelbagai.
Selepas 2 tahun, aku pun masuk sekolah menengah, dan Halisya kawan sekolah rendah aku pun masuk ke sekolah yang sama.
Tapi Halisya budak bijak dan memang famous sebab dia anak cikgu sekolah menengah aku. Tapi yang aku paling jealous sebab family dia ‘perfect’. Ada mama, papa, adik beradik yang lain. Kiranya tak sorang-sorang macam aku.
One day, aku cari pasal dengan Halisya sebab aku jealous hidup dia ‘perfect’. Lama juga kitorang gaduh. Dan akhirnya Halisya minta maaf dulu dekat aku, sebab dia tak sanggup nak bermusuh dengan aku kawan se sekolah rendah dia.
By the way, Halisya memang da bijak dari sekolah rendah. Dia top 3 ya. Bila masuk sekolah menengah dia jadi top 1. hahaha. (bijok nok mapuh! Hahaha)
Alhamdulillah, perbalahan kami terlerai jua akhirnya. Tapi aku teringat ayat dia “Hani, kau duk kat tempat aku. Belum tentu kau boleh hadap apa aku hadap. Macam tu la juga dengan aku. Belum tentu aku boleh hadap apa kau hadap. Allah da susun cantik da perjalanan hidup kita”.
Kata-kata dari Halisya betul-betul menyentapkan aku. Aku pun cuba membayangkan andaikata aku duduk dekat tempat dia, haah. Aku tak boleh hadap apa yang dia hadap.
Ya, setelah itu, hubungan aku dengan Halisya makin rapat dan kami jadi bestfriends. Tapi aku dengan dia takde la berkepit 24 jam. Kami still jalankan rutin harian kami. Tapi kami tak tinggal each other sampai sekarang.
Masa aku form 4, aku ada masuk satu pertandingan, wakil perempuan. Dan senior aku wakil lelaki. Awal-awal tu kami biasa sahaja. Tapi sebab dia best student sekolah kitorang, aku saja la tanya beberapa soalan untuk tahu jalan penyelesaian.
Dan semua yang dia buat tu memang betul. Jawapan yang dia dapat, sama dengan jawapan yang ada dalam buku. Serius, aku tak jatuh cinta pun pada awal perkenalan.
Cuma aku suka dengan cara dia yang selalu ingatkan aku pada Allah. “Hidup bukan selalu nak ada pelangi. Belajar lah terima takdir Allah sekali sekala. InshaAllah, adala hikmahnya”
Dan makin lama aku makin jatuh cinta dengan ayat jiwang dekat status dia. Aku tak tahu dia tuju dekat siapa. Dan akhirnya aku biarkan sahaja. Kami save nombor each other sebab aku nak tanya pasal pertandingan yang kami jadi wakil.
Oh by the way, papa aku dah kahwin pada tahun 2017 dengan orang yang lebih tua dari dia. Aku ingat aku boleh ada adik sebapa. Tapi impian aku tu tak dapat. Hahahaha. Mama pun tak ada anak lain walaupun mama kahwin lain.
Aku bersyukur. Haha. Bukan apa. Aku sedih taw bila mama kahwin lain. Mama jarang da spend time dengan aku. Banyak benda aku kena lalui sendiri. Aku terpaksa berdikari dari kecil sedangkan aku takut.
Aku jealous kot dengan orang yang ada ayah atau abang yang melindungi. Sekurang-kurangnya, kau ada hero yang lindungi kau girls. Dunia ni menakutkan. Nak cakap kejam tu aku rasa masih ada orang baik.
Tapi kau akan jumpa pelbagai jenis karakter orang. Dan kau tak sangka pun dia macam tu. Entahlah aku tak tahu nak explain. Tapi aku harap korang faham.
Sejak mama kahwin lain kan, aku rasa kesunyian itu. Mama banyak spend masa dengan suami dia. Kekadang aku rasa macam third wheel dekat situ. Serius aku selalu memberontak, sebab aku nak mama bagi perhatian dekat aku.
Aku bukan budak sekolah asrama. Tapi aku budak sekolah SABK. Malam-malam, aku ada kelas ngaji dekat sekolah. Aku balik sekolah pun lambat, dalam pukul 4 p.m macam tu. Malam tu pula pergi kelas mengaji.
Hujung minggu, mama akan keluar dengan suami dia berjalan. Kadang sampai kelantan takpun terengganu. Yang aku paling sedih, apa yang aku nak. Selalu mama tak bagi. Aku pun tak ingat sangat.
Bagi aku, cara mama faham aku, tak sama seperti apa yang aku mahu. Dan cara aku faham mama pun, tak sama seperti apa mama mahu. Kami makin renggang. Dan aku selalu exhausted dengan loneliness.
Kakak tiri aku, aku panggil dia kak lily memang rapat la dengan mama. Aku jealous juga la, apa yang dia nak, selalu mama penuhi. Tapi kalau aku, selalu mama bangkang dan tak peduli.
Aku kekadang rasa la mental breakdown. Aku pernah cerita dekat kawan-kawan yang aku rapat pasal keadaan aku dan isu yang aku hadapi, tapi mereka pun tak faham.
Mama tak suka keluar tengok pantai, pergi jalan-jalan berdua dengan aku. Aku pun tak faham. Aku cuba nak rapat dengan dia. Aku pernah cuba peluk dia dari belakang, tapi dia tepis aku. Dia tak suka.
Masa aku sekolah menengah, aku selalu doa untuk cepat-cepat jadi dewasa masa aku sekolah menengah. Dan aku banyak kali pergi ke bilik kaunseling untuk ceritakan isu yang aku hadapi. Tapi aku tak tahu nak mula dari mana. Sebab ia complicated.
Penat sebenarnya jadi anak sulong perempuan, kau ditekan dengan keadaan. Kau yang perlu lalui jalan-jalan yang sakit, berduri untuk kau terus bertahan. Kau perlu kuat untuk kau!
Aku tak pernah cerita apa-apa dekat mama sebab aku tak rapat. Dia kan rapat dengan keluarga belah suami dia. Suami dia baik sahaja, tak pernah pun nak apa-apakan aku. Cuma aku takut sebab banyak sangat baca berita pasal sumbang mahram.
Dulu aku anak yang taat. Aku ikut je apa mama cakap. Sampai ambil bidang agama pun aku ikut, tapi bila aku cakap aku tak mampu. Aku taknak ambil bidang agama.
Mama tengking aku cakap Bahasa Arab ni kan dari sekolah rendah lagi ambil, takkan la tak reti lagi? Lepas tu selalu compare aku dengan Halisya.
Sikit-sikit, halisya tu boleh je buat. Asal kau tak boleh? Penat la dibanding-bandingkan. Itu yang buat aku sedikit kecewa dengan perangai mama. Mama terlalu kejar perfectionist. Itu juga la sebab utama kenapa aku gaduh seminggu ke sebulan entah dengan halisya masa F1.
Sikit-sikit sebut nama halisya. Aku ambil diploma pengajian islam ni dalam keadaan menangis. Hafal je nangis. Masuk kelas dengar syeikh-syeikh cakap. Ya Allah, serius aku tak faham satu habuk apa dia cakap. Vocab aku kurang dalam bahasa arab.
Dan aku teruskan habiskan dalam bidang agama ni dalam keadaan terpaksa + menangis + sedih. Sedih sebab aku tak pernah pun luah ketidakpuashatiaan aku dekat mama. Aku diam sahaja. Tu first time kot aku luah aku tak nak teruskan ambil bidang agama.
Setelah tamat diploma, aku terus terang dekat mama aku tak nak sambung degree dalam bidang agama. Tapi mama nak juga aku sambung dalam bidang agama. Sakit weyh, aku jadi the only one ni rasa penat.
Macam semua benda atas kepala kau. Aku tak faham, mama yang nak sangat bidang agama, mama jela sambung belajar. Aku tak nak! Tapi mama still berkeras untuk suruh aku ambil syariah tak pun usuluddin atau bahasa arab.
Weyhh! Syeikh cakap dalam kelas pun aku tak faham. Kitab pun aku tak pernah baca. Macam mana nak baca kalau tak faham. Aku tak reti baca tulisan arab yang betul, lagi-lagi yang takde baris tu. Tak faham langsung!
Dan waktu tu aku penat, segala yang pendam aku luahkan. Aku cakap mama berubah sejak kahwin lain. Mama lebihkan kak lily berbanding aku! Sedangkan aku anak kandung mama, kak lily tu anak tiri je.
(Tapi bila berbeza layanan ni, aku selalu fikir aku ni anak orang buang takpun anak angkat je, tapi surat beranak aku memang nama mama papa)
Cuma aku sedih bila rasa perbezaan layanan tu. Walaupun aku dah meningkat umur, aku still anak yang dahagakan kasih sayang dan perhatian. Mama pun cakap, anak sendiri takpe marah ke tengking ke pukul, sebab at the end, akan balik juga dekat mama.
Entah la, aku dah tak rapat dengan mama, bila rasa perbezaan macam ni, aku lebih nak hidup sorang sahaja. Kekadang aku rasa nak tinggal everything dan mulakan hidup baru dekat tempat orang tak kenal aku. Tapi aku takut jugalah, sebab aku perempuan.
Kalau lelaki, memang dah lama aku buat. Ayat yang paling aku ingat aku cakap dekat mama. “Secara fizikalnya ya, kak lily tu nampak loneliness, mami dia dah takde. Tapi hani? Hani loneliness secara dalaman mama. Secara mental”
Mama aku pun tak percaya dekat penyakit mental-mental yang telah ada di dunia. Sebab dia cakap, mesti kurang bergantung dekat Allah. Aku tak berani nak judge macam tu. Sebab aku pernah rasa macam tu, solat + mengaji + berzikir hampir 4 jam tanpa henti. Tapi perasaan kosong.
Rupa-rupanya aku tak letak kepercayaan seratus peratus dekat Allah. Aku tak letak keyakinan. Sebab tu kemanisan tu takde. Ni aku kaji sendiri.
Dan akhirnya mama benarkan aku ambil kos lain. Ya, aku sambung dalam kaunseling dan psikologi. Sebab aku rasa aku kena treat diri aku dulu, aku kena tahu isu aku dulu. Baru aku boleh tolong orang lain. Masa aku luah dekat mama, aku ingat mama boleh faham aku.
Tapi tidaklah seratus peratus, mama still ada perbandingan antara zaman aku dengan zaman mama. Sikit-sikit, “mama dulu boleh je buat, mama dulu pandai je buat”. Kekadang aku rasa la mental aku downgrade sebab kata-kata mama.
Cara mama buatkan aku rasa aku nak cari partner yang boleh tenangkan dan damaikan dalaman aku yang sedih dan retak. Dan pada tahun ni, aku confess dekat Hilman (senior F5 masa aku F4), sebab aku penat ditekan oleh keadaan.
Selepas aku confess, aku harap Hilman balas dengan cakap “maaf, saya sudah ada calon lain. harap awak faham”. Tapi Hilman diam seribu bahasa. Dia diam tak cakap apa, tak balas apa-apa.
Aku ingat aku boleh biarkan semua itu berlaku tanpa apa-apa yang terbuku. Rupanya tak boleh, aku terfikir apa kurangnya aku? Kenapa Hilman tak balas? Aku sampai tak tidur menunggu mesej dia untuk balas, tapi tak. Dia tak balas apa-apa.
Aku ceritakan hal ini dekat Halisya. Halisya pun jadi orang tengah aku, pergi chat Hilman, tapi Halisya pun dia ghosting + ignore. Sakit jugala perasaan ni.
Dah hampir 6 bulan daa aku cuba pelbagai cara untuk move on dari bayang-bayang Hilman. Tapi setakat ni, aku beransur-ansur untuk pulih seperti dulu.
Doakan aku ya semua. Sebenarnya panjang lagi. Tapi aku takut korang penat nak baca. Kalau ada sebarang persoalan, tanya la. Ada part yang curious ke apa. Cuma sekarang hati aku masih broken lagi.
Terima kasih Halisya kerana selalu ada untuk aku walau kita dah jarang bertemu. Dan kepada pembaca semua, ni semua cerita betul dari A sampai Z.
Cuma aku harap, mak ayah diluar sana, tolong lah jangan hukum anak-anak please. Jangan paksa mereka kalau mereka da sampai limit. Mereka da try, tapi mungkin tak sesuai.
Apa yang aku terasa dengan mama ialah mama selalu memahami orang lain, tapi tidak pada aku. Sebab mama cakap, dia nak suruh aku berdikari.
Ajar aku berdikari sampai aku hati mati? Kekadang aku selfish sebab aku lebih fikirkan diri aku berbanding orang. Aku pernah berkorban tapi tak dihargai. Yang tu buatkan aku sedih.
Aku selalu doa supaya mama lembut hati untuk tidak menghukum aku dari mana-mana keadaan. Serius aku penat dengan semua ini. Tapi aku teruskan sebab tiada pilihan lain.
Aku harapkan Hilman jadi pelangi untuk aku selamanya, ternyata dia tak sudi.
Doakan aku dapat suami yang sabar, baik dan memahami aku serta bertanggungjawab. Supaya aku menjadi orang yang lebih positif, tenang dan sabar. Dan aku kecewa jugala dengan papa sebab tak bertanggungjawab.
Selepas mama dan papa berpisah, mama sahaja tanggung aku. Aku akui keperluan fisiologi aku cukup. Cuma keperluan psikologi aku macam lack sikit. Doakan Allah permudahkan urusan aku seharian ya semua.
Terima kasih..
– Hani (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit