Hi Assalamualaikum warga IIUM Confession.
Saya nak meluahkan dan mendapatkan pendapat dari semua. Saya dah tak ada tempat nak meluahkan.
Saya seorang perempuan berusia penghujung 20an. Sepanjang hidup saya tak pernah merasa kasih sayang dari seorang ayah mahupun ibu (kedua-duanya masih hidup dan tak pernah ambil tahu keadaan saya)
Saya dibesarkan oleh nenek dan atuk. Selama hidup nenek dan atuk yang bersusah payah membanting tulang untuk besarkan saya.
Dengan keadaan saya begini, dah semestinya nenek yang pertama untuk semuanya. Faham kan maksud saya?
Pada beberapa tahun lepas, saya nak bernikah dengan pasangan saya.
Sepanjang proses untuk ke hari penikahan, kami berdua yang uruskan semua sendiri tanpa bantuan dari siapa2. Dari segi naik turun pejabat/mahkamah. Saya cuma war2 kan saya nak nikah cuma belum ada tarikh, sebab saya perlu ke mahkamah (Wali Hakim).
Dalam perancangan saya, saya nak dapatkan tarikh pernikahan dari pihak pejabat baru saya akan memberitahu kepada semua (supaya dorang boleh atur untuk mengambil cuti dan sebagainya)
Dan akan tetapi ada masalah yang berlaku…
Selepas selesai urusan dari segi dokumen dan semuanya. Saya ada menghantar mesej kedalam group ‘whatsapp’ family yang saya akan bernikah pada sekian*****.
Selepas menghantar mesej tersebut, saya mendapat tahu dari salah seorang ahli keluarga yang ‘ibu’ saya terasa dengan saya, ‘dia nak kahwin pon aku langsung taktahu’ tahu-tahu dah bagi tarikh’.
Demi Allah, saya tak rasa nak ketepikan dia atau apa. Saya dah terbiasa, semua benda saya buat, saya buat sendiri.
Jadi, selepas saya mendengar kabar berita. Saya terus personal whatsapp ‘ibu’ untuk memberitahu tentang pernikahan saya. Dengan Harapan dia ‘happy’ tapi dia cuma reply ‘ok’
Saya tak tahu dia nak apa sebenarnya, saya biarkan benda berlalu.
(Ibu seorang yang ‘bila anak buat jahat, terus dilabel anak derhaka. Jadi sepanjang hidup saya, saya lebih memilih untuk tidak ada urusan dengan beliau’ bukan sebab tak sayang atau ada rasa benci. Tapi itu sesesuainya waktu sekarang ni)
Dan pada hari kejadian,
Diwaktu pernikahan ibu tak muncul, dia muncul setelah akad selesai dan kami semua telah berada dirumah. Saya pergi dan salam ibu sambil cakap ‘jomlah kenal2 dengan keluarga sebelah sana, tapi di langsung tak endah.
Majlis kecil-kecilan berlangsung macam biasa, walaupun hati ni dah berkecai sangat waktu tu.
Setelah majlis selesai, dan tetamu semua dah beransur pulang. Ibu juga sama nak balik, waktu ni saya sedang berborak bersama rakan2, suami dan nenek saya (emak kepada ibu).
Ibu datang kearah nenek untuk bersalaman, kemudian saya menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan beliau, akan tetapi ibu menarik tangan buat tidak tahu kepada saya.
Jadi dari situ berlaku pergaduhan antara saya dan ibu. Saya ada meninggikan suara pada ibu ‘kau jaga aku ke?’ berulang kali kerana ibu memberitahu dalam keadaan marah, ‘saya membelakangkan dia’
Kemudian kesemua orang menarik saya kedalam rumah untuk menenangkan saya, sambil sedara-mara yang lain pergi ke arah ibu dan memarahinya.
Adakah saya melampaui batas dari segi seorang anak?
Perjalanan hidup saya tak seindah orang lain, saya sangat struggle dengan hati perasaan saya hingga sekarang.
Pernah.. Pernah ayah cakap saya bukan anak dia. Paling pedih, paling sakit.
Saya tak benci dan tak marah. Saya sayang mereka.
Kalau ada pertanyaan, saya akan sambung kemudian. Maaf kalau agak kurang faham ya.
– ES (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit