Bermula kisah hidup aku yang tidak seperti keluarga yang lain.
Pada tahun 2004 masa tu aku berumur 7 tahun dan ibu sedang mengandungkn adik aku.
Saat tu paling sakit trauma untuk keluarga aku ayah aku ditangkap polis akibat mengedar ganja.
Rasanya saat tu lah hidup kami semua musnah.
Masa tu nenek dan atuk kami iaitu ayah dan ibu kepada ayah aku habis bergadai tanah untuk lantik lawyer buat sehabis baik untuk ayah aku.
Tapi hanya penjara seumur hidup sahaja dapat diringankan daripada hukuman mati mandatori.
Sebelum ayah aku ditangkap polis pon hubungan dia dan ibu aku sudah musnah kerana orang ketiga.
Ayah aku ada perempuan lain dan ibu aku meroyan macam2 ubat yang ditelan sampai kan satu tahap ibu aku baring di atas jalan raya sebab nak mati.
Masa tu aku dah dapat memahami keadaan keluarga aku wlaupon baru berusia 7 tahun. Aku dan kakak sulungku saksi semua derita ibu ku yang berpunca dari ayahku.
Selepas dibicarakan, ibu ku meminta cerai untuk balik ke kampung (kelantan) dan bekerja untuk sekolahkan aku dan kakakku.
Hanya berbekalkan tulang 4 kerat tanpa sebarang harta ayah yang tinggal ibu membawa kami ke kampung untuk meneruskan hidup.
Selepas kejadian itu, kakakku mula memberontak dan menyalahkan keadaan dia selalu ponteng sekolah dan sebagainya.
Dan aku hanya memendam ape yang aku rasa masa tu kerana macam tidak percaya sudah kehilangan kasih seorang ayah.
Ibuku telah berkahwin dengan ayah tiriku dan kakak aku tidak setuju dengan keputusan ibu.
Kami terpaksa akur keputusan tersebut sampailah kakak aku berkahwin. Ayah tiri aku nak cakap baik tu tak de lah baik sangat nak cakap jahat pon tidak.
Sudah hampir 19 tahun ayah aku berada di penjara aku ade lah sesekali pergi jenguk tu pon tak selalu sebabkan aku kerja payah nak ambik cuti.
Adik aku pon sekarang dah anak 2, tu pon hasil luar nikah sungguh aku pilu mengenangkan nasib keluarga aku.
Mungkin adik aku jadi macam tu sebabkan tidak pernah dapat kasih sayang dari seorang ayah dan tidak dapat didikan dari ayah. Adik aku mula memberontak waktu umor dia 15 tahun.
Sekarang alhamdulillah ALLAH bagi aku amanah untuk aku jaga iaitu anak adik aku. Anak sedara aku la.. aku berjanji aku takkan sia siakan amanat ini untuk aku..
Kadang2 aku menangis seorang diri kalau lah ayah aku tak masuk dalam penjara mungkin keluarga kita akan lengkapkan ayah..
Kita orang rindukan kasih sayang seorang ayah yang aku ade sekarang hanya lah ibu aku dunia dan akhirat aku sayang sangat ibu aku sampai sekarang aku tak kawin sebab nak jaga ibu.
Aku hanya bekerja sebagai kerani sebab aku tak lanjutkan pelajaran aku hanya ade spm je tak pelah rezeki belajar aku setakat tu je nak buat macam mane.
Aku redha dengan keadaan cuma aku sedih kenapa keluarga aku tak lengkap macam keluarga orang lain?
Semoga tuhan berikan kesihatan yang baik untuk ibu aku tak sanggup kehilangan ibu. Semoga tuhan juga merahmati keluarga kalian aamiinn …
– Ila (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit