Aku Sara, sudah berkahwin dengan Henry (bukan nama sebenar) selama 6 tahun & Alhamdulillah dikurniakan 2 cahaya mata baby N & baby Z. Aku dan Henry kenal di festival sewaktu kami wild young & free.
Selepas setahun kenal & Henry tamat pengajian kami bernikah. Kitaorang bersefahaman tentang masa silam because we both have past. So we don’t judge based on our past. We both jenis yang have fun masa muda pergi konsert & festival.
Aku dulu category hot girl, friendly & selalu socialize dengan kawan2. Tapi yang buatkan aku suka dengan prinsip & attitude Henry dia selalu solat & pesan suruh aku solat juga. Dulu aku ni culas. Lagipon belum menutup aurat lagi kan. Fikir nak have fun je.
After nikah aku slowly solat and cuba menutup aurat sepenuhnya selepas bersalin baby N. Faham2 la postpartum ni banyak dugaan. Aku busy dengan kerja di office & balik rumah jaga anak je lagi2 baby N breastfeed. Waktu aku socialize pon dekat office je kejap.
Henry sejenis tak melepak dia luar tapi dia melepak di rumah kawan dia yang bujang walking distance je dari rumah kitorang. Aku sejenis open minded as long as pandai jaga batas aku okay.
First year dapat baby N, Henry belom dapat kerja tetap walaupun kelulusan dia MBA lagi tinggi dari aku. Lepas dapat kerja Alhamdulillah we both pindah ke rumah yang lebih selesa dari studio apartment.
Selepas 5 tahun aku baru lahirkan baby Z memang aku decide nak jarak demi menjaga kewarasan mental & fizikal aku. Bila baby N dah masuk 3 tahun aku dah start buat activity dgn kawan2 balik tapi activity sihat la since kitorang dah in our 30s. Marathon, hiking, bbq & travel.
Alhamdulillah i have supportive circle of friends. Pastu back to postpartum period now dengan new baby.
Recently aku entah macamana aku baru find out Henry ni ada message dengan perempuan lain (aku kenal la masa zaman social dulu tapi just as acquaintance). Perempuan tu pon tahu yang Henry dah kahwin ada anak. Sama gatal. Aku baca the whole message including the voice note.
I am so shocked terus la meletup. Aku baca message dia dengan Maria tu lovey dovey masa first two years of our marriage. Masa N baby. Ntah macamana message lama tu bole terkeluar, Allah nak tunjuk.
Padahal aku bukan sejenis check phone dia cuma masa tu aku tengah guna phone dia untuk urusan. Aku rasa seperti kena tikam. Selama ni aku memang percaya dia and very open minded. Aku takkan jelous kalo dgn kawan2 perempuan yang memang aku kenal and kitorang masih rapat.
Tapi prempuan tu, aku rasa macam jijik. Memang message tu dah lama 4 tahun lepas tapi dia berlaku masa dalam perkahwinan kami. Aku je yang lalai baru tau.
Aku sejenis yang open and telus. Kawan2 aku lelaki ke perempuan ke semua dia kenal. Aku tak pernah message lelaki lain lovey dovey or cuba luah perasan kat lelaki lain. I know my limit as a married woman.
Walaupon masih ada skandal2 zaman bujang yang cuba message aku. Aku dah mak2 tak koser nak layan. Kita focus on raising kids & family. Masa aku meletup tu aku menangis & nak keluar rumah bawak anak2 dia tak benarkan & block pintu. Aku minta dia ceraikan aku.
Aku lagi la geram since dia pergi delete zip file conversation yang aku sent dari phone dia. Tak sempat aku nak save to document from my phone. Aku perlukan bukti untuk failkan penceraian. Aku tak boleh terima infidelity.
Dah la masa tu aku struggle dengan postpartum all alone takda tempat mengadu. Dia boleh pulak busy melayan and take care perempuan tu manja2 konon nya. Wife ni sendiri la pickup herself trying to feel like herself again.
Masa tu aku struggle after a year baru start exercise and active balik. Aku terasa diperbodohkan.
Benda ni baru jadi masa kitorang ada baby Z and tengah on going. Dia taknak ceraikan aku, taknak aku keluar rumah bawak anak2 duduk asing walaupon aku request.
Aku sempat lari satu malam pergi tido rumah aunty aku. She just thought misunderstanding & tak tanya ape. Aku pula sejenis simpan n suka handle sendiri. Henry janji dia takkan buat lagi and benda tu dah lama dia dah berubah sekarang dia kata.
Memang la sekarang dia tak buat dah aku je yang tahu lambat. Tapi hati aku dah tak boleh terima. Aku rasa jijik tengok message tu. Aku ni sejenis yang social pon still ada common sense untuk letak limit because kita kan dah kahwin.
We are moving forward for our future. Kenapa nak buat perangai macam belum kahwin. Aku confess kat sini sebab aku stress every two days aku akan meletus kat rumah. Aku minta dia lepas kan aku sebab aku tak rasa staying here with him will be good for my mental health.
Anak2 terkesan. Lagi2 baby N dah pandai & faham since dia dah kat kindergarten. baby Z yela baby lagi. Aku still takleh terima since dia buat benda tu semasa dalam perkahwinan kami.
So untuk yang senior2 dalam perkahwinan tolong bagi opinion. Patut ke aku bagi peluang or terus perjuangkan penceraian.
Aku ada bagitau mil aku jugak pasal ni and request dia convince anak dia ceraikan aku. Memang aku akan directly cakap kat Mil je kalo pape pasal husband aku. Biar dia tahu anak dia tu sapa. Mil minta aku bagi peluang kat anak dia demi anak2 aku.
Aku dah la sejenis allergic dengan penipu. Emo tau. Tak stabil mental kalau duduk serumah dengan dia. Aku tak kisah nak besarkan anak sendiri or co-parenting tapi aku memang taknak jadi wife dia dah. I wanna walk alone.
Family aku taktau lagi pasal ni sbb aku malas nak serabut and buat dorang risau. Aku just cakap kalau nak aku stay sanggup ke nak sabar bila aku emo and meletop. Aku dah maafkan dia tapi benda tu bukan senang nak lupa. Bermain dalam fikiran. Nak buat kerja pon tak fokus.
Aku baru tau dalam dua minggu. Macam2 drama la dua minggu ni. Aku dah malas dah nak hidup macamni. Kadang aku pergi la jogging petang2 dari aku duduk rumah tengok muka dia rasa nak mengamok.
Tapi dia pulak sekarang terhegeh2 nak ikot aku. Siap bawak anak2 pergi park ikot aku jogging. Dia babysit. Tapi hati aku menyampah. Maafla kalau bahasa luahan aku bercampur aduk.
Harap admin publish this and bole dapat postive feedback for broken trust. Things cannot be undone. Aku hanya mampu doa pada Allah untuk bagi yang terbaik sebab aku tak mampu nak stay dalam rumah ni.
I want my peace of mind and focus on my life with kids. Malas nak drama2 dah bukan nya zaman bercinta.
Sekarang ni zaman nak focus besarkan anak2, kerja cari duit untuk travel and make memories with the kids. Menyampah tau nak hadap dia. Better berpisah secara baik dari aku benci dia nanti jadi lagi ugly.
Itu saja lah luahan dari hati yang tengah geram. Maaf andai terkasar bahasa. Doakan saya jadi lebih penyabar & isteri solehah :)
Salam. Thank you..
– Sara (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Awak bagi la peluang kt suami awak tu, klu ikut kan cerita awak, dia memang ada letakkan usaha untuk kekal perkahwinan dengan awak, manusia ni memang melakukan kesilapan, lapangkan dada awak, positif dan maafkan suami awak, mungkin awak boleh letakkan term & condition untuk perdamaian, penceraian adalah jalan terakhir, lagipun dia dh mcm insaf atas apa yg berlaku
for me, better u teruskan untuk divorce. sbb kalau tak kantoi takde nya dia nak mintak maaf apa bagai,. dah la jd time dah dpt baby. eh cannot la rasa betrayed gila. amek je AL senyap2 and pi mahkamah. then balik umah time dia kerja pack baju2 barang2 yg penting and keluar dok umah family or kawan. mental health kita sgt penting untuk anak anak kita membesar jadi anak yg happy.
Bila baca kisah you. In my opinion, better you angkat kaki la sis, bcs once a cheater always a cheater. Lelaki akan guna anak sebagai weapon utk cairkan jiwa kita. Yang pasti, jgn stay sbb anak tapi you kena fokus dekat diri you sis. Mental health is important.
Dear Sara,
Bincang dengan suami untuk minta berjauhan buat sementara waktu. Bagi tahu dia yang you perlukan ruang untuk berfikir dengan tenang dan mencari diri you sendiri. Boleh buat syarat duduk berjauhan tapi masih boleh call@WA untuk update pasal each other dan anak-anak. I rasa you tengah serabut, so tak boleh fikir dengan menggunakan akal yang logik & rational. Memang susah untuk luahkan apa yang you rasa sebenarnya, sebab you saja yang tahu apa yang you rasa. You ada hak untuk marah dan benci tapi perlu letak kan limit. Fikir masak-masak, pertimbangkan semua faktor dan pilih apa yang you rasa terbaik untuk you dan anak-anak. Bagi ruang untuk diri sendiri dulu, fikir anak-anak then baru decide apa yang you nak & apa yang you nak buat. Bahagia untuk setiap orang itu berbeza. Ambil ler sebarapa masa yang you perlukan untuk buat keputusan asalkan tidak terburu-buru. Sekurangnya you dah buat yang terbaik untuk kebahagiaan you & anak-anak.
Divorce bkn lah penyelesaian utk semua msalah.. this fact is based to some of my friends’ true experience.. memangla hati rsa geram n ‘tertipu’, tp lps divorce, lg bnyak msalah yg timbul.. cth : dlu bole la ‘share’ income utk rumahtangga n also ank2.. tp bla dah cerai, kna ‘split’ income.. mmg la ada nafkah utk ank2, tp slalu x ckup, then gaduh lg, & sometimes kna mintak tlg dari family n friends, scara x langsung diorang pon tahu msalah kita n ada yg ‘sembang blakang’, mmg diorang kesian n ada yg tolong, tp sampai bla.., klau skali dua diorang tolongla, tp klaw evry month, irg pon akn menjauhkn diri, or at least nasihatkn u, untuk kawin lain, or likewise.. ndak2 pulak your x kawen lain n nmpak lg bhagia n senang lenang, lgi la u akn jd ‘tension’.. slalu nya lelaki bla dah ada family baru, dia akn jd ‘less’ kisah dgn ank2 from previous marriage (tak semua la), sbb yg ke dpn ni nt, dia akn ada ank lain plak dari isteri baru, so maybe dia akn lebih ‘focus’ dgn d existing family.. n klau u pon x kawin lain, you akn emotionally depressed.. klau takdir dpt jodoh baru yg ok, takpe la, dpt mulakn hidup baru, but wat if yg baru plak x sesuai or buat ‘hal’, xkan nk cerai lg, klaw ye, then org akn kta, mmg u la yg ‘salah’ dari first marriage lg, mulut mnusia ni mmg x boleh ditutup, n bole bwat xtau je, tp lma2 boleh jd ‘trauma’ n at d end, u will blame yourself again.. so my advice is, klau dpt, pertahankn ur marriage, lg pon perkara tu dh lma berlaku n ur hubby pon mcm dh brubah, give him 2nd chance n also ‘ultimatum’, klaw jd lg next time, then no maaf for him.. if possible, forgive n forget, like when we ‘flush’ d dirty things from th bowl.. mngkin juga Allah nk uji, sbb kita dlu pon ada juga buat perkara yg mcm2 mse muda.., minta petunjuk Allah, build a new era in life n go straight fwd.. Wallahua’lam