Buah Pinggang dan Dialisis

Dua 3 hari ni, sedikit terganggu perasaan saya bila dapat tahu kisah sahabat2 yang ahli keluarga mereka mengalami masalah buah pinggang sehingga tahap memerlukan rawatan dialisis.

Sungguh perasaan tu jadi bercampur baur. Teringat pengalaman sendiri. Bila doktor cakap arwah mak perlu buat dialisis, luruh rasa hati ni.

Masa tu saya yang temankan mak dihospital. Darah naik terlalu tinggi pon mak dah tak rasa pening!

Sebab doktor kata, mak pon dah macam sedar tak sedar keadaan dia masa tu sebab keratin dalam badan terlalu tinggi mengakibatkan toksin terlalu banyak.. sebab buah pinggang tak berfungsi secara normal.

Entah berapa kali mak masuk keluar wad, dari makan ubat, sampai ke tahap tebuk paru2 untuk buang air berlebihan, hinggalah kepada pelbagai proses yang perlu dibuat untuk dialisis. Sampai akhir hayat mak pon akibat komplikasi semasa dialisis juga.

Masa mula2 mak sakit mak memang sangat lemah, 2 minggu dihospital. Keseluruhan tubuh badan membengkak dari muka hingga ke kaki, hampir dua bulan juga keadaan mak begini, sehinggalah mak buat dialisis baru keadaan kembali normal.

Walaupon tak sekuat dulu, masih memerlukan bantuan. Tapi pada saya.. kerana dialisislah mak mampu bertahan selama hampir 4 tahun.

Masih saya ingat, saat kali pertama doktor bagi tahu mak perlu dialisis, arwah abahlah antara yang paling kecewa. Pada abah, seakan gelap segalanya bila kena dialisis. Lama abah down.

Tapi mak kuat semangat. Dia tak nak kami semua susah hati. Dia usaha kuat. Dari hanya terbaring dikatil.. mak usaha boleh berjalan ke tandas sendiri. Suap makan sendiri. Memang mak seorang yang tabah. Semangat mak melawan penyakit memang sangat saya kagum.

Juga saya kagum dengan semangt abang long dan kakak ipar saya serta adik beradik yang lain.. yang sentiasa sudi menghulur hikmat setiap kali memerlukan. Tak kiralah dari segi wang ringgit mahu pon tenaga. Mungkin itu juga salah satu sebab mak lebih kuat.

Sokongan suami, anak2 dan ahli keluarga. Saudara mara juga banyak sangat membantu. Sentiasa datang melawat dan memberi sokongan dan semangat.

Terima kasih semua. Sokongan semua sangat2lah diperlukan, kerana bukan setakat pesakit perlu dijaga… emosi yang menjaga dan menguruskan pon perlu juga diberi sokongan.

Kawan2, jika ada ahli keluarga yang perlu melakukan dialisis, janganlah kita takut untuk memilih option tersebut. Ia ibarat peluang kedua buat pesakit buah pinggang meneruskan hidup dengan lebih baik, tambah2 jika umur masih muda.

Untuk mak mungkin tak nampak sangat peratus tu, kerana faktor umur mak masa tu. Tapi still dialisis tu antara yang membantu mak lebih sihat dari sebelum dialisis.

Banyak kali juga saya hantar emak dialisis, saya perhatikan ramai yang kembali sihat dan boleh meneruskan kehidupan normal, pergi kerja.. jalan2, bersos**l walaupon mereka perlu menjalani dialisis. Ada yang datang memandu kereta sendiri untuk dialisis.

Terima kasih sangat2 pada pencipta mesin dialisis.

Tak dinafikan, untuk dialisis memang memerlukan kos yang tinggi. Untuk buat tapak fistula saja pon menelan kos yang agak mahal. Proses dialisis itu sendiri pon melibatkan kos juga. Tapi jangan risau.. macam arwah mak.. guna GL dari adik yang bekerja dengan kerajaan. Buat di pusat dialisis swasta.

Bagi yang tiada GL, boleh buat di hospital kerajaan, minta bantuan pada pejabat zakat, baitulmal, perkeso pon boleh. Saya doakan bagi yang tidak berkemampuan, Allah permudahkan segala urusan kalian berkaitan dialisis ini.

Memang awal2 agak sulit nak membiasakan diri. Rasa kasihan tu membuak2 bila lihat mereka kena duduk dikerusi dialisis tu selama 4 jam. Bila selepas dialisis, kesannya badan akan jadi sedikit lemah. Masa inilah tugas kita bagi semangat.

Jaga pemakanan mereka. Sebab diet pemakanan insan2 dialisis ni sudah tidak sama seperti kita yang normal.

Air kena sukat.. samaada yang diminum mahupon dari makanan berkuah. Sayur hijau sudah tak boleh makan. Buah seperti pisang, nangka, terutamanya durian sangat2lah tak digalakkan.

Macam arwah emak masih kena makan ubat darah tinggi dan kencing manis. Adakala terlebih makan manis… kencing manis naik, ada masa sangat kurang makan.. jadi hypo pula.

Dari sinilah kami dapat pengalaman macam2. Mula tahu jenis ubat. Mula tahu simptom2 kesan dari darah tinggi dan kencing manis semua tu.

Bila jaga dihospital, dah mula faham alat2, term2 digunakan oleh doktor dan nurse pasal rawatan mak ni. Pengalaman yang sangat berharga.

Moga apa yang saya kongsikan ini dapat memberi manafaat pada pembaca. Maaf andai ada kekurangan pada penulisan saya kali ni.

Pada yang sedang diuji dengan masalah dialisis, sama ada diri sendiri atau ahli keluarga atau sahabat andai, teruskanlah beri semangat dan bantuan bagi pesakit2 ini untuk terus sabar dan tabah dengan penyakit yang dihidapai.

InshaAllah dialisis adalah sinar terbaik bagi pesakit buah pinggang kronik selain dari pemindahan buah pinggang.

– Makcik Kola Bear (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *