Assalamu’alaikum & Salam Sejahtera. Kat sini, saya nak kongsikan serba sedikit macam mana nak jaga perhubungan antara ahli keluarga, sahabat handai dan rakan taulan agar tak timbul perasaan tak senang terhadap mereka ni. Dalam segala perhubungan sesama manusia ofcourse la kita kena ikhlas kan. Dalam keikhlasan tu la kita kena hindari perasaan iri hati tu.
Sebab apa? Perasaan iri hati tu yang boleh merosakkan perhubungan kita. Senang kata, kita tak suka tengok orang lain bahagia. lagi-lagi laa time tu kita yang diuji dengan ujian, tengok kawan atau adik-beradik bahagia je. lagi rasa “tak senang hati” kat orang yang bahagia tuu. Bila timbul je perasaan tu, cepat2 istighfar tauu. Astaghfirullah Hal ‘Azim.
Iri hati ni pun boleh dikategorikan juga la sebahagian dari rasa cemburu / jealous. Ada pula orang cakap. “Ehh takpela rasa jealous dengan kawan bila dia berjaya, biar kita rasa bersemangat sikit”. Tapi ingatt, syaitan suka cocok2 hati manusia ni,, lama2 rasa jealous tu yg membuatkan kita rasa tak senang duduk.
Jadi kita tukarkan perkataan “Jealous atau cemburu” dengan perkataaan “Terinspirasi”. “Aku terinspirasi laa tengok kawan aku dah dapat beli sebiji rumah, aku pun kena berusaha lebih laa untuk beli rumah. Inshaa Allah moga ada rezki utk aku”. Haa, kann sejuk sikit ayat tu.
Kalau fikir logik laa takkan kita nak tepuk tangan bila tengok orang lain dalam kesusahan dan rasa “panas” bila tengok orang tu bahagia. Tapi tak dinafikan wujud manusia yang begitu. Harapnya kita tak tergolong dari kalangan orang macam tu.
Perasaan iri hati ni jika tak dibendung, boleh timbul terhadap kawan-kawan, tak ketinggalan pada adik-beradik. lebih-lebih lagi kalau adik-beradik kita dah ada keluarga masing2-masing. Yang paling ekstrim perasaan iri hati tu sampai ada yang sanggup gunakan khidmat bomoh/ kepercayaan khurafat untuk hancurkan kebahagiaan orang yang kita tak suka tu.
Lain orang kan, lain rezeki masing2, apa2 pun jangan pernah tinggal rasa syukur tu. Sentiasa sebut Alhamdulillah. Rajin-rajinkan buat Sujud Syukur lepas2 solat . In shaa Allah doa2 moga kita akan sentiasa redha dan ingat nikmat sihat, rezeki, suami yang baik, keluarga yang baikk dan apa sahaja yang kita dapat kat dunia dengan rahmat dan Kasih Sayang Allah.
Jika kita rasa down atau rasa sedih je, “Kenapa orang lain bahagia, tapi aku tak”. Ingatlah Allah sentiasa ada bersama HambaNya. Hidup di dunia ni hanya sementara je, Akhirat itu yang kekal abadi. Last but no least, Bahagia ni tak boleh diukur dengan wang ringgit dan tak dapat dilihat dengan mata kasar semata-mata. Rasa syukur hadir dalam diri ni, maka rasa tenang dan bahagia tu akan wujud.
Akhir kalam, Selamat Tinggal perasaan rasa iri hati dan Berbahagialah di atas kebahagiaan orang lain. Terima kasih kerana sudi membaca coretan ku ini. Semoga Anda Sekeluarga Berjaya di Dunia & di Akhirat.
– Tulips
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit