Terima kasih jika sudi siarkan tulisan ni . Sorry nak tumpang kongsi cite gak walau tak lah best mana aku menulis .
Apa yang aku nak cuba sampaikan ni ialah kisah pengalaman tak seberapa aku sepanjang pemerhatian dalam hidup , dari zaman waktu kecik hinggalah ke alam kerjaya , bermakna usia aku sekarang pertengahan 20 an la..tak lah banyak mana makan garam..
Apa yang aku nak cite ialah sifat berlagak manusia serta hebatnya rahsia Allah . Jenis aku , aku suka memerhati manusia – manusia yang singgah di hadapan aku , dan dari mereka aku suka belajar sesuatu serta mengambil iktibar .
Diantara ramai manusia yang aku temui aku dapati ramainya manusia yang terkena penyakit ” berlagak ” , rasa diri hebat , pendek kata lagi takabur dengan kelebihan yang Allah beri ” pinjam je pun ” , tapi mereka lupa .
Mereka lupa dengan kelebihan yang Allah pinjam kan sehinggalah Allah uji mereka .
Cerita pertama sifat ” berlagak” ibu saudara aku sendiri .. Ibu saudara aku ni anak dia semua cerdik pandai masa zaman sekolah , 8A 6 A atau banyak A A tu biasalah result masa sekolah .
Dari situ buatkan tabiat dia suka rendahkan anak2 saudara dia yang sama umur dengan anak dia , maklumlah anak saudara dia tu result exam cukup2 makan aje , lepastu adalah sikit2 masalah disiplin rokok ..ponteng apa semua tu..
Kadang2 dengan mak ayah budak tu sekali di sindirnya…
Kurang perhatian jaga anak lah.. Tak peka lah.. hingga terasa hati mak ayah budak tu..bila tiba musim result exam keluar mula la bertanya sana bertanya sini ..yelah nak umum sekali result anak dia..
Pernah sekali aku dengar dia pesan kat anak dia supaya jangan berkawan dengan sepupu dia yang nakal tu , perangai teruk belajar tak pandai.. Jauh di sudut hati aku rasa macam kesian kat budak tak pandai tu , macam hina sangat , dia muda lagi kot , jauh lagi masa depan dia untuk persembahkan hidup yang lebih baik .
Hari demi hari masa berlalu hinggalah anak cemerlang dia ni masuk universiti buat degree , tapi nasib dia kurang baik kot tak tahulah masalah apa , anak dia berhenti separuh jalan dari U dan sambung diploma kat politeknik plak .
Tamat lah politeknik , jika dibayangkan betapa best student nya anak dia masa sekolah dulu aku fikir mesti masa depan dia nanti akan dapat keje gempak2 lah jadi pegawai besar dan sebagainya.
Tupp2 sekarang cuma jadi technician je kat sebuah kilang swasta , bagi aku dia lebih layak untuk capai lebih dari itu sebab dia best student , pelajar terbaik SPM peringkat negeri beb .. Tapi siapa boleh halang ketentuan?
Sepupu aku yang nakal dulu tu dulu dengan akademik cukup2 makan dia ambik kos kemahiran chargeman , dia pun juga berjaya jadi seorang technician kat sebuah syarikat yang kukuh juga la dengan gaji yang boleh dikatakan sangat berbaloi la bagi kelulusan macam dia .
Alhamdulillah jadi manusia dia sekarang. Nah ..Kuasa Allah , Allah yang tentukan Allah yang pilih bagaimana masa depan kau beb..taraf pelajar cemerlang dan budak nakal bodoh tu lebih kurang sama je pencapaian.. Pada mak bapak yang ada anak cerdik ..pintar ..pandai..baik.. tolonglah jangan berlagak rendahkan anak orang lain.. Rezeki kau akan datang Allah je tahu.
Cerita Kedua , rakan sekelas aku ketika menuntut di sebuah IPTA , macam biasa lah kan dalam kelas ni ada macam2 ragam manusia.
Ada yang pintar ada yang lemah , ada yang rajin ada yang malas .
Masa dalam kelas , pelajar yang kurang pandai ni macam selalu direndah2kan kawan2 yang pandai tu . Bila minta di tunjuk ajar ada je bahasa sindiran mereka yang menyakitkan hati , kadang2 mereka macam bina satu kumpulan mereka dan mesra dengan kumpulan mereka aje..yang selalu dapat markah rendah ni memang dipandang rendahla , layan pun acuh tak acuh je kat kawan yang biasa2 ni..kadang2 kawan yang slow sikit ni selalu la jugak kena ketawa bila lecture tanya soalan tak dapat jawab.
Aku suka campur dengan semua jenis kawan walau akademik aku boleh dikatakan okay la jugak..bagi aku setiap kawan pasti ada jasa mereka yang tersendiri , semua aku join .
So , ketakjuban aku pada REZEKI ALLAH terjadi selepas kami semua masuk ke alam kerjaya berlumba- lumba cari masa depan .
Kat sini lah aku belajar bahawa ” KITA NI TAK LAYAK UNTUK BERLAGAK DAN SOMBONG ” sebab apa pun kelebihan kita , itu bukan sebab hebat kita , tapi Allah bagi PINJAM .
Selepas beberapa tahun tamat belajar , bermulalah kan sesama kita tanya khabar kau kerja mana , kau buat apa sekarang .
Nah kau , pelajar yang ” slow ” dulu yang direndah2kan korang dulu tu nak jadi rezeki dia merangkak punya merangkak sekarang bertugas di sebuah syarikat besar dalam industri minyak dan gas dengan gaji yang sepatutnya budak2 best student lah yang layak dapat kan..hihi rezeki dia.. Nak kata apa ?? Haha
Pelajar cemerlang BERLAGAK dulu tu sekarang masih terkebil2 cari kerjaya stabil , kejap keje sana, kejap keje sini , terbaru juz keje yang tak layak dengan kelayakan dia . Bila sembang dengan dia nada suara pun dah tak segah dulu , asyik duk tanya ” weh kalau ada lubang bagitau ah aku k ”
Bukan aku nak rendahkan sesiapa..bukan aku nak cakap KEJAYAAN tu di nilai dengan KERJAYA semata – mata.. Tapi apa yang aku nak sampai kan ialah :-
1) JANGAN BERLAGAK DENGAN KELEBIHAN KAU SEBAB ALLAH BAGI PINJAM .
2) SUATU PERKARA KALAU ALLAH NAK BAGI , DIA AKAN BERI PADA SIAPA SAHAJA , WALAUPUN KAU RASA DIA TAK LAYAK .
3) JANGAN RENDAHKAN ORANG LAIN , KELEBIHAN YANG KAU ADA BUKAN SEBAB HEBAT KAU , TAPI SEBAB ALLAH PINJAMKAN SEKEJAP .
4) BUANGLAH SIFAT BERLAGAK ,
SEBAB KITA TERSANGATLAH LEMAH , NAK TENTUKAN MASA DEPAN PUN KITA TAK MAMPU .
Senyumlah :) dan lalu kehidupan dengan rendah hati dan berkasih sayang .
– Pemerhati Ragam Manusia
– Pemerhati Ragam Manusia
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit