Assalamualaikum dan salam sejahtera buat Adik Maisarah “Gadis Kaya yang Menjadi Isteri Miskin”, (https://iiumc.com/gadis-kaya-menjadi-isteri-miskin/).
Akak bahasakan diri akak as “Kakak” kerana adik usianya lebih kurang adik-adik akak. Akak juga telah berumah-tangga dan pesanan ini akak selalu tujukan buat adik-adik akak.
Akak anak sulung dari 3 beradik, juga semua perempuan. Kehidupan juga sama seperti Adik Maisarah, keluarga senang Alhamdulillah. Dan sebab itu, kami tak buat loan kahwin.
Di sini akak senaraikan kesilapan adik dan suami yang akak nampak di mata kasar, yang masih boleh adik perbaiki. Untuk peringatan bersama untuk akak juga.
1. Loan kahwin.
First, adik bercerita kepada pembaca bahawa adik seorang Gadis Kaya. Akak tak faham kenapa kalian perlu buat loan kahwin. Ini jerat pertama.
Adik nak tahu tak, sebulan sebelum akak kahwin, suami akak call Mak Ayah akak bagitahu sebenarnya dia tak cukup duit untuk cukupkan hantaran 15k. Mak ayah akak relax je cakap, takpe Muhammad (bukan nama sebenar suami akak), Mak Ayah bukan nak jual anak.
Tak ada duit tak apa. Kita teruskan. Mak Ayah akak tanggung semua. Perkahwinan grand tapi semua duit mak ayah aku. Hahaha. Tak tahu nak happy ke nak nangis.
Sebab anak sulung kan, mak ayah nak buat besar-besaran, tapi sebab duit diorang akak nak beria pun tak molek juga. Mak ayah selalu cakap, mereka niat nak beri orang makan. Mesti Allah mudahkan perkahwinan akak. Alhamdulillah, mudah dik.
2. Kehidupan Selepas Berkahwin
Untuk pengetahuan adik, akak pegawai kerajaan kumpulan professional dengan gaji 5k ke atas. Suami akak, sepanjang berkahwin setakat ini, gaji tak pernah cecah separuh pun dari gaji akak, dik.
Tapi dialah imam solat akak, dialah yang membasuh kencing berak anak-anak, dialah yang kejut Subuh akak pagi-pagi, dialah yang basuh pinggan mangkuk bertimbun kadangnya dalam sinki.
Semasa husband akak kahwin dengan akak, ada motor cabuk je sebuah. Itupun dia dah bagi adik dia. Akak bagi suami akak kereta akak, akak gunakan kereta lagi satu.
Akak ketua jabatan dalam pejabat dik. Senang cakap, akak ni boss. Arah je staff buat apa-apa. Tapi di rumah, akak isteri. Tidaklah akak menjadi bodoh dengan mentaati suami.
Seperti adik, suami akak hanya mampu beli barang keperluan sahaja. Suami akak sama latar belakang pengajian, cuma masih belum ada rezeki beliau lagi.
Untungnya akak, akak bekerjaya. Itu akak akui. Dengan duit itulah akak bantu suami. Suami akak juga seperti pasangan adik sebagaimana yang adik ‘claim’, tidak pandai urus kewangan.
Akak bantu. Akak senaraikan keperluan dan kemahuan. Akak senaraikan apa yang wajib untuk dia, apa yang tidak. Akak wajibkan untuknya berikan belanja bulanan buat ibunya (ibu mertua akak) sebab akak yakin itu pintu rezeki suami akak.
Suami akak kadang culas sikit bab bagi belanja bulanan dekat mak dia, ada masanya kalau jumpa mertua, akak hulur duit akak juga. Tak, akak tak baik pun, cuma ini adalah kebiasaan bagi sesiapapun bagi akak. Kerana dia, syurga suami akak.
3. Food-hunting and shopping
Mana-mana perempuan pun suka shopping dik. Dapat tengok pun happy. Gaji akak 5k, tapi bedak akak RM40 je dik tahan 3 bulan.
Seperti adik, akak pun tak beli baju mengandung. Akak tak nampak pun baju itu necessary sebab akak masih boleh pakai baju sedia ada. Make up akak, suami akak tak pernah belikan bukan sebab dia tak nak belikan, tapi memang budget dia tak ada.
Akak? Boleh je kalau akak nak beli make up beribu dengan gaji akak dik, tapi akak beli set Nutox yang tahan berbulan. Muka cantik, duit pun boleh simpan.
Akak jenis suka melawa. Akak masih melaram seperti biasa, tapi cukup apa adanya. Kemas, bersih, cantik, rapi. Food-hunting? Akak tetapkan kalau teringin sangat, kita pergi, akak belanja. Suami akak belanja on special occasion like my birthday and our anniversary.
Oh yes bercakap tentang birthday and anniversary, adik nak tahu apa hadiah birthday and anniversary tahun ni? Cinta dan kasih sayang. Hahaha kidding. Tak ada dik. Dan kami tak bergaduh pun sebab suami akak bagitahu dia tak dapat gaji lagi, dan budget suami akak lari sikit bulan ni.
Dia masih bagi duit nafkah, beli barang dapur seperti biasa. Tapi tak cukup duit simpanan hadiah untuk beliau belikan untuk akak.
And seriously that’s fine, dik. Kami celebrate by having dinner dekat this one prestigious restaurant and that’s more than enough for me. Marriage is more than presents and stuff, it is beyond that. Kalau ada, ada. Kalau tak ada, tak apa.
4. Memasak.
Bab memasak, dengan gaji akak ni dik, makan luar hari-hari pun boleh dik. Suami akak tak pernah usik pun duit akak, simpanan akak. Tapi akak memasak hari-hari dik, suami akak pergi kerja pun bawa bekal hari-hari.
Mertua akak orang biasa-biasa tapi warak sangat Alhamdulillah. Ini rezeki akak. Mula-mula kahwin, mertua akak tak percaya akak pandai masak dan suami akak pergi kerja bawa bekal.
Sebab akak anak orang senang. Gambar insta food-hunting memanjang masa zaman bujang. Hahaha. Tapi itulah realiti kehidupan dik. Akak gembira suami akak makan minum hasil air tangan akak. Sedap tak sedap belakang kira, tapi kita cuba.
Memasak ini adalah perkara paling mudah kalau kita suka. Tapi boleh jadi leceh kalau adik tak suka. Sediakan paste siap-siap, asingkan ayam daging ikut hari, tanya suami suka makan apa, belajar masak via youtube, tanya mak mertua suami suka makan apa, belajar juga dari ibunya.
Kadang kita bukan nak tahu sangat pun resepi mak mertua, kita boleh je tengok youtube, Google dan sebagaimana.
Tapi courtesy sebagai isteri kepada anaknya, hormatilah pandangan dia. Buat-buat berminat nak tahu, orang tua ni suka kadangnya kalau kita ni beria nak tahu resepi dia. Excited mak mertua akak ajar.
5. Anak-anak.
Anak akak 2 orang, dik. Akak sediakan simpanan dan insurans untuk mereka kalau apa-apa jadi pada akak dan suami, nauzubillah. Bab anak-anak ni lemah sikit. Memang duit akak 50% selain simpanan, habis untuk anak-anak.
Akak duduk di UK sekarang, lagi masyuklah beli baju anak-anak. Tapi masih lagi akak beringat. Akak set pada diri akak, untuk baju anak2 maksimum akak boleh beli adalah £100 sebulan sahaja. Kalau ada lebih dan tak beli bulan tu, akak simpan.
Tapi bab makanan, kalau anak-anak nak apa-apa, itu memang akak tak pernah say no. Mainan is a big no unless they show me any achievement. They can read a book a day or whatsoever task that I give them, itu baru boleh dapat mainan £10 ke bawah.
Nak yang lebih mahal, simpan duit dalam tabung or tunggu their birthday. Itupun ada limit mainan apa yang boleh atau tidak.
Pesanan yang akak bagi pada adik ni, adalah pesanan yang sama akak berikan kepada adik-adik perempuan akak.
Akak risau sebenarnya sebab kalian lebih cenderung melihat pasangan kaya bahagia di insta dan twitter, bagi hadiah kereta Ferrari, makan hotel 8 bintang, rumah 3 tingkat, beli baju beribu, handbag paling kurang nak designer ones. Nampak bahagia sangat ni gayanya. Belum tentu dik.
Akak beruntung sebab selepas kahwin terus dapat kuarters fully furnished. Tidaklah tidur beralas lengan. Tapi ada dik, pasangan selepas kahwin, tidur beralaskan toto, makanan belum ala kadar.
Jika adik tidak sebegitu, belajarlah erti syukur. Jika sebegitu pun, masih bersyukur Allah pinjamkan tempat berteduh.
Banyak lagi akak nak pesan sebenarnya tapi akak rasa ini dah terlalu panjang. Adakalanya dik, berhentilah mencari kepincangan dalam pasangan dan rumah tangga kita. Perbaiki ia bersama-sama.
Nampak mudah kan dik? Tidak, dik. Bukan mudah, suami gaji kecil, majoriti semuanya akak sediakan. Gelang emas, rantai berlian? Adik ada cakap sebagai isteri adik pun teringin kan?
Semua itu akak beli sendiri je dik. Sebab itu bukan keperluan, itu kemahuan akak dan buat masa ini, suami akak tidak mampu untuk penuhi itu meskipun akak terbaca dalam phone dia nak hadiahkan cincin berlian untuk akak masa birthday akak hari tu, duit dia tak cukup lagi.
Sedih and happy akak at the same time. Sekurang-kurangnya dia ada niat nak beri. Tapi selagi mana keperluan dia sediakan sedaya upayanya, baki gaji suami akak, akak tahu.
Akak tengok payslip husband, akak tahu setakat mana yang beliau belanjakan, memang sebahagian besarnya untuk akak dan anak-anak. Sebab itu akak tak pernah marah.
Akak ada mak yang tersangat positif. Itulah yang ditanam sepanjang awal perkahwinan. Akak down je, akak cari mak. Dan mak akak pesan, Allah tak bagi apa yang kita mahu, Allah beri apa yang kita perlu. Dan Allah takkan uji lebih dari kemampuan kita.
Berhentilah merungut, dik. Mungkin adik rasa adik tak merungut, nak mengadu je. Iya, adu domba itu nanti lama kelamaan berkemungkinan boleh menjadi umpatan dan rungutan. Hentikanlah.
Adik setakat ini adalah seorang surirumah. Bangun pagi, sediakan breakfast suami. Suami pergi kerja, lepas subuh boleh amalkan mathurat. Sekali lagi selepas asar.
Akak ada anak 2 dik, akak tahu awak boleh. Sambil anak melompat berlari tu, pasang je mathurat. Lama-lama nanti adik akan hafal, Allah akan lapangkan rezeki, rahmati rumahtangga.
Ingat dik, marriage is not all rainbows and unicorns. There are times you hit the stormy days. My marriage too. But remember, this too shall pass.
Ujian itu adalah rencah kehidupan kita sebagai hamba. Kalau tidak diuji, bukan hidup namanya. Belajar sedikit demi sedikit dengan perubahan dalam kehidupan awak, dik.
Akak juga masih belajar. Jika confession ini disiarkan, adik dan readers doakanlah suami akak dapat pekerjaan yang lebih baik. He deserves it. Mana tahu salah satu doa kalian diangkat ke langit.
Namun jika tidak, doakanlah akak redha dan sabar dengan ujian Tuhan. Kata kuncinya satu je dik – syukur.
Jangan pernah bandingkan hidup kita sebelum dan selepas berkahwin, dengan insta famous yang hanya visualkan apa yang cantik, takkan dia nak upload video dia tak dapat rantai emas, bergaduh dengan pasangan dia, ye dak?
Dengan bersyukur, Allah beri lebih lagi, dik. Percayalah. Semoga rumah tangga adik Maisarah dan kita semua sentiasa dirahmati dan dalam limpahan rahmat kasih sayang Illahi. InsyaAllah.
– Kakak (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit