Assalamualaikum dan hi. Baca tajuk, mesti anak dara rasa meruap ruap kan. Apa halnya pulak anak dara nak kawen dikatakan tergedik-gedik? Kalau tak kawen, takkan nak membujang sampai tua?
Bukan. Bukan tu maksud aku. Sebelum tu, maafkan penggunaan ‘aku’ dalam kisah ni. Lebih selesa. Baik. Teruskan pada topik.
Kakak nak nasihat sikit buat anak dara yang selalu sangat update status ‘mak tanya bila nak kawen?’ ‘Alamak, mak cakap pasal jodoh’ ‘Alamak, mak bising takde boyfriend ke’
Pertama sekali, dosa tau fitnah mak walhal mak kau tak kisah pun. Jangan nak jadi ‘attention seeker’ sangat dok buat status macamtu. Kawen is not all about happiness and blessing. Bukannn. Jangan narrow minded sangat.
Jangan rasa ‘high’ sangat dengan angan-angan mat jenin perkahwinan kau tu nanti. Bukan kawen tu macam indah sangat seperti dalam drama jam 7 takpun drama kpop yang korang selalu tengok. Jauh panggang dari api. Kawen ni satu benda yang BESAR.
Kakak guna istilah gedik-gedik tu sebab nak buat adik-adik sekalian alam sedar bahawa hidup adik-adik bukan dengan mengakhiri zaman bujang itu adalah destinasi ‘syurga dunia’ terakhir adik-adik. Tidak sama sekali ya.
Nampak kakak macam kasar but i do. Sebab nak sedarkan adik-adik yang terlalu ‘galak gatai merenyam’ dok cakap pasal kawen ni.
Adik-adik mesti fikir kan. Kawen tu bangun pagi, terbayang indahnya ada suami di sebelah. Boleh pel*** suami. Boleh sweet-sweet.
Kemudian, adik-adik buat sarapan untuk para suami sekalian. Sebelum suami pergi kerja, adik-adik salam, hug dan ki** your husband kan. Senyum manja- manja.
Hantar suami depan pintu. Bawak briefcase suami. Lepastu petang masakkan malam. Makan sama-sama. Malam, tengok movie sama-sama. Bercanda di malam hari. Pergi shopping sama-sama tiap weekend. Lepak dengan suami.
Belum baru-baru kawen. Tiap masa boleh spam gambar honeymoon korang. Terbayang indahnya honeymoon bersama suami. Halaahhh halahhhhh.
Untuk sebulan pertama yelah. Manis lagi. Ada orang tak sampai sebulan, sudah merasa ada pahitnya juga berumahtangga.
Okay adik-adik. Tadi kakak bawak adik-adik menelusuri bersama-sama angan-angan mat jenin adik-adik tentang perkahwinan.
Okay, mari bercakap tentang realiti supaya adik-adik buka mata, buka minda, buka hati dan fikir masak-masak sebelum kawen. Setidaknya bersedia fizikal emosi untuk perkahwinan impian adik-adik yang belum pasti berlangsung bila.
Memang ya. Suami adalah sahabat terbaik kita selepas kawen. Tapi, adik-adik kena fikir baik-baik ya.
Kawen dengan suami bermaksud adik-adik ‘kawen’ sekali dengan keluarga dia dan suami juga begitu. Tidak ada istilah, gaduh-gaduh lari balik rumah mak. Baik jangan berangan nak kawen.
Istilah yang tepat adalah tolakn ansur. Kalau dapat keluarga mertua ala ‘Megah Holdings’ yang macam dalam drama jam 7 takpelah.
Ni kalau dapat keluarga mertua kiriman ‘neraka’, jangan hari-hari ada rasa nak cerai pulak. Ini realiti ya adik-adik. Itu keluarga mertua ‘kiriman neraka’ kalau suami ‘kiriman neraka’
Bersedia tak nak hadap suami selepas sebulan baru adik-adik sedar semua buruk dia. Biasalah manusia. Buruk orang nampak, buruk sendiri tutup mata. Tapi adik-adik kan tetap manusia. Nanti lepas kawen, tetap nampak buruk suami. Sebulan mampu bertahan.
Setelah berbulan-bulan, jangan makan hati berulam jantung pulak. Jangan asyik dok up cerita dekat Kisah Rumahtangga yaa. Jangan tidur malam membelakangkan suami pulak sebab sentap. Sebab apa?
Sebelum kawen, fikir manis-manis. Tak pernah timbang-tara. Main taram saja.
Tulah Prof Muhaya kata, perempuan yang paling malang adalah perempuan yang salah pilih suami. Haa tepat sekali. Hidup ni ada berbagai-bagai ujian dari Allah dan tidak dapat dinafikan. Tapi yang buruk tu bukan dari Allah ya tapi dari kelemahan kita sendiri.
Sebab tu nak kawen, jangan pasang angan-angan nak manis saja. Kena bersiap-sedia untuk galas tanggungjawab dan amanah yang besar. Bukan fikir seronok.
Kawen bukan game nak tunjuk suami siapa paling hebat, paling tampan,paling rajin. Bukan nak tunjuk perut sarat mengandung.
Bukann ya. Haa tu belum cakap bab ada anak kecil. Ada yang sampai meroyan sebab suami tak nak kerjasama jaga anak.
Adik-adik jangan tak tau ya. Jaga budak kecik bukan macam jaga patung barbie tak bernyawa. Ni ada nyawa. Malam-malam pandai menangis sampai bawak ke pagi. Haa seram ke tidak?
Tu belum bergaduh pasal hobi suami suka memancing, suka main game 24/7. Jadi kaulah kena mengemop, kena jaga anak. Sambil kendong anak, sambil mop.
Sekali suami suruh buat air pulak. Lari la ke dapur buat air. Dengan kau belum mandi. Bila suami nak dekat, dah bau masam sebab seharian uruskan rumahtangga. Suami balik main game saja sampai malam, baru cari kau. Itu realiti ya adik-adik.
Belum lagi rumahtangga diuji dengan pelbagai ujian. Adik-adik. Bukalah mata. Kadar penceraian dekat Malaysia ni terlalu tinggi.
Please. Kalau aada tergedik-gedik nak kawen tu, fikirlah. Aku dah bersedia ke belum nak galas tanggungjawab? Bukan kawen, buat anak, nanti dah bercerai, anak bagi mak ayah jaga.
Ada anak sampai mati kena dera dengan pasangan baru. Sekali lagi, ini bukan cerita dongeng. Ini realiti. Adik, dunia ni bukan seindah yang kita mimpikan. Kakak bukan kata, kawen tak indah.
Ada manisnya, tetap juga ada pahitnya. Berkahwinlah bila jodohmu tiba. Sebelum sampai waktu tu, sibukkan diri adik untuk perbetulkan hidup. Perbetulkan solat. Banyakkan berdoa supaya dikurniakan seorang suami yang mampu membawa ke syurga.
Sambil-sambil tu, perbetulkan perangai adik-adik yang suka memberontak bila kena tegur. Nak jadi isteri kena matang. Sama juga nak jadi suami orang.
Perbetulkan perangai adik-adik yang malas solat. Bangun lambat. Perbetulkan perangai adik-adik yang suka berlumba nak hidup macam instafamous.
Hakikatnya adik-adik, hidup ni macam kita bermusafir. Sampai di tempat yang cantik, kita gembira. Bila tersesat, kita sudah cemas.
Ada yang tenang-tenang sebab dah cukup ilmu di dada. Yang cemas ni lah rugi. Sebab tak ada ilmu di dada. Fikir pendek. Akhirnya, pahit yang dapat.
Bila kita dah bersedia dan bernikah, tapi tiba-tiba diuji dengan suami yang hanya Allah saja yang tahu perangainya, sekurang-kurangnya kita sudah matang untuk berfikir dan bertindak.
Tidaklah bergaduh, lari rumah. Tidaklah bergaduh, bunuh diri. Tidaklah bergaduh, curang pula. Fikir masak-masak.
Yang ikhlas,
– KAKAKMU (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit