Untuk part I, (https://iiumc.com/buat-anak-dara-yang-gedik-nak-kahwin/).
Assalamualaikum dan hi. Haii you all semua. Kembali kakak dalam confession ini tapi untuk part II. Acah-acah famous kakak. Baca komen-komen semua, macam-macam komen korang kan.
Kakak positif dan sentiasa positif. Baru awet muda. Untuk confession kali ini, kakak cuma nak jelaskan benda yang tak jelas, yang membuat korang keliru dan salahkanku jangan salahkan ku.
Untuk pengetahuan adik kakak, makcik-makcik bawang sekalian alam, mestilah aku sudah berkahwin dan sebab itulah tujuan aku menulis confession ini untuk bercakap benda realiti.
Ada yang kata kesian kat aku dapat suami tak helok. Bukan aku dapat suami tak elok makcik bawang sekalian alam.
Aku dapat suami yang helok tapi aku ni pun manusia. Sedangkan isteri-isteri nabi juga diuji, apalagi aku.
And hii makcik bawang sekalian. Aku bukan jenis orang yang bercerita bab indah-indah sahaja. Kau bayangkan kau ada adik perempuan. Dan adik perempuan kau tergedik-gedik nak kawen?
Apa advice kau sebagai kakak? Kau nak cakap kawenlah dik. Seronok kawen. Ada semua tempat kau bermanja. Syok boleh romantik-romantik. Boleh terbang ke awan biru, fantasia bulan madu.
Ahh sendu hidup kau dik kalau kau cakap macam tu kann. Kau tengok adik kau pun sendu. Bangun pagi lambat. Solat lambat, kadang tak solat. Masak pun malas. Nak makan maggie pun order grab. Canggih katakan.
Dah order, snap, bubuh kat status ig. Pakai baju masih sarung nangka. Pakai tudung ala-ala penghuni the hell. Atas tutup, da** menggunung.
Pakai tudung atas, pakai seluar nampak betis. Ituu kau nak suruh dia kawen? Amboi. Sebelum kawen terdedah sana sini, kau tak nak fikir dosa ayah tanggung?
Bila nak berlaki kau kesian pulak dosa yang bakal laki kau tanggung? Sebab suka sangat guna ayat, nanti lepas kawen aku berubahlah. The hell sekali lagi.
Kakak di sini menegaskan lagi sekali adik-adik semua, of course lah berangan tu free dan tak salah berangan. Berangan la kau sampai kiamat. No problem at all.
Cuma bila kau berangan sampai kau lupa diri, kau lupa nak ubah diri. Sampai mak kau pun jadi mangsa angan-angan mat jenin kau, ini tak kelakar lah dik.
Aku tengok rata-rata komen, biasalah tu gedik. Patutlah ramai perempuan gedik. Sebab membiasakan ‘gedik-gedik’ tu sampai terkinja-kinja ikut laki. Dengar macam kasar tapi realiti.
Jangan kata kakak tak gedik. Kakak gedik dengan suami lepas kawen saja. Nak tips pasal gedik lepas kawen, nanti request la confession ketiga.
Aku bakal cerita tipsnya, sampai buat suami korang dah tak pandang anak dara tergedik terkinja dekat media sosial. Jangan ingat suami korang tak follow anak dara seksi manja di ig.
Jadi biasakanlah lagi ya acara-acara gedik tu dalam kehidupan korang. Sampai taktau beza jaga maruah diri dah adik-adik kita. Tulah pantang lami orang pm, ajee lajuu di balasnya. Puncanya korang jugak. Biarlah biarlah biarlah.
Dalam banyak-banyak benda kakak tulis kat atas, tak banyak ambil pengajaran. Semua ambil jalan ‘berlapang dada’. Ketawa kakak tauu baca komen korang.
Tapi apa pun, di mana-mana saja adik berada. Kita gedik, angan-angan kita, simpanlah dalam hati dan dalam dunia kita sendiri.
Jangan tayang gedik tu dekat orang ramai. Belajar jadi matang okay. Kau jangan ikut sangat perangai kakak-kakak kau yang tergedik-gedik.
Hidup ni bukan semua cerita pasal laki saja okay. Banyak cabaran yang mendatang dan semoga kau adik tabah mengharunginya.
Jadi matang bukan bermakna kau tak up to date. Jadi matang bermakna kau jadi bijak dalam mengurus kehidupan kau.
Untuk adik yang bijak berfikir, ada pelajaran, gunakan pelajaran sebaiknya untuk memajukan diri. Jauhkan dari jantan buaya yang merosakkan hidup kau.
Walau makbapak tak kaya tapi dia bagi kau sekolah sampai masuk universiti. Itu ilmu. Itu harta terbaik. Ilmu didada, guna sebaiknya. Gedik yang ada, simpan untuk guna dengan yang halal nanti bila masanya tiba. Okay?
Take positive and letgo all negative vibe.
Yang benar,
Kakakmu pencinta kebenaran,
– KAKAKMU BUKAN KAKAKMU (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit