Buat Apa Pakai Purdah?

Assalamualaikum straight to the point, aku perempuan dan masih struggle nak jaga aurat dan aku berniat dengan menulis confession ni dapat bagi manfaat dan kesedaran kepada kita semua.

Aku tulis bukan sebab aku baik, tapi aku tau struggle kita orang perempuan nak tutup aurat sempurna. Bukan aurat je, struggle nak tahan diri daripada melaram, melawa, yang melanggar batas syariat.

Jadi, meh aku nak kongsi apa yang aku concern, dan apa pendapat aku.

Hidayah milik Allah, ya betul. Dan kita manusia ni ada turun naik imannya, pun betul.

Oleh itu, kita tak boleh tinggal doa supaya Allah tak palingkan kita daripada hidayah yand Dia dah bagi, dan kita boleh usaha untuk jaga hidayah itu sebaiknya. Skema pulak ayat aku yekk.

Aku taknak sentuh bab lain la, aku nak kupas sikit pasal pakaian je. Apa-apa pun macam aku cakap tadi, aku concern dan ini cuma pendapat aku sahaja.

Bagi aku, perempuan kalau nak berubah specifically dari segi berpakaian, tak payah terus berpurdah atau berniqab. Buatlah step by step. Itu lebih baik dan insha Allah lebih kekal.

Kenapa aku cakap macam ni? Sebab aku dah nampak beberapa contoh, dan aku sedikit terkilan.

Meh aku cerita. Kalau kau sebelum ni freehair, boleh slow-slow pakai shawl Neelofa (contohnya), bukan terus pakai tudung labuh. Kalau kau sebelum ni pakai mini skirt, boleh slowly pakai skirt panjang, bukan terus pakai jubah.

Kalau kau sebelum ni tudung tak labuh tutup dada, baju masih ikut badan, boleh perlahan-perlahan cuba style tudung yang tutup dada, dan baju one size bigger, TAPIIIII bukan terus pakai niqab.

Kenapa aku suggest macam ni?

Sebab bila berubah terlalu drastik, dan fokus cuma bab pakaian, trust me, dengan segala godaan syaitan, dalam keadaan kau tak berapa bersedia, masih berada dalam circle of friends yang sama, atau kau tak kuat lagi jaga fardhu ain yang lain, kau akan tewas!

Kau akan mula buka purdah atau niqab yang kau pakai masa mula-mula dapat hidayah tu, kau akan mula tinggalkan jubah dan pakai balik baju ketat dan tudung pendek atas dada. Malah ada lagi teruk, yang terus buka tudung dan pakai skirt pendek pun ada.

Kenapa jadi macam tu? Pada pengamatan dan pengalaman aku, sebab perempuan gagal bentuk rasa malu. Sebab tu kita boleh patah balik pada penampilan lama.

Ingat, “penampilan lama” yang aku maksudkan kat sini berbeza mengikut background orang yang baca. Ada yang tak pernah langsung bertudung, ada yang bertudung kena paksa, ada yang bertudung tapi tak ikut syariat.

Whatever it is, aku nak tekankan perkataan malu yang aku sebut tadi, yang jadi punca masalah.

Macam aku, dulu aku pakai ketat sebab aku tak malu, aku pakai tudung pendek sebab aku tak segan orang tengok, aku suka fashion aku suka ikut trend. Aku bukan tak tau tu dosa, tapi sebab aku tak malu je, sebab tu aku buat.

Aku bukan tak solat 5 waktu, mengaji, tapi sebab aku tak malu, lepas solat bukak telekung, pakai balik baju size adik. Sebab aku tak malu dan fikir selagi tak freehair, aku selamat la.

Tapi bila usia dah menginjak, dan aku mula ada rasa tanggungjawab ke atas diri aku, dan yang paling penting, aku dah develop rasa malu dalam diri aku, slowly aku tinggal semua tu.

Berniqab? Pernah dulu aku rasa membuak-buak nak pakai, lagi-lagi ada niqab yang fancy macam Yemeni punya, bila pakai nampak macam orang arab tu, lagi la rasa nak pakai.

Dan aku memang pakai pun kadang-kadang kalau pergi tempat crowd sorang-sorang. Cuba-cuba. Tapi jauh ke dasar hati, aku tahu niqab bukan untuk aku. Keadaan tak mengizinkan aku untuk istiqamah menutup muka begitu. Lagipun Berniqab bukan wajib.

Ya, aku aware pasal pandangan mazhab Syafie, tapi aku buat timbang-tara tu dengan realiti duduk kat Malaysia bumi bertuah ni.

Dan yang paling kuat sekali sebab Utama kenapa aku tak memilih untuk terus pakai niqab walaupun masa tu membuak-buak sangat nak berubah, sebab aku sedar, sifat malu aku masih tak tebal.

Jadi apa yang aku buat? Aku mula dengan tudung. Labuhkan sampai tutup dada, bukan sampai ke pusat pun.

Aku pakai baju labuh tutup punggung, bukan sampai ke betis pun. Aku pakai kasut tutup atau sneaker, bukan terus berstoking pun. Aku pakai baju longgar, bukan terus pakai jubah hitam pun.

Macam aku cakap, slowly nak adapt dan biasakan diri. Lama-lama aku jadi malu kalau tudung terselak, baju melekat, pendek, atau nak pakai kasut togel = boleh keluar jari tu. Rasa segan.

Ditambah pulak dengan takut lelaki bayang macam-macam bila tengok aku, yelah sekarang ni fetish yang pelik-pelik.

Ada aku mention tadi aku ni suka fashion kan? Aku suka yang trendy kan?

Ya, aku pakai baggy shirt jugak, alaa macam korea tu. Tapi sebab dah developed rasa malu tu, aku akan pastikan longgar, tutup dada, tutup skin, dan yang boleh bawak solat la senang ceritanya walau apa fashion aku pakai pun masa tu.

Eh dah kenapa cerita pasal progress aku pulak kan? Sorry tau, aku bukan brag. Sebab kalau aku nak brag, nak orang puji, baik aku post kat wall sendiri or buat thread kat twitter.

Tapi sebab aku nak share kita boleh berubah ke arah lebih baik specifically bab pakaian, tanpa perlu perubahan yang drastik, yang akhirnya tak kekal, rugi kan?

Baik kita mula dengan baby steps, kita selesa dan yang paling penting bila kita malu, rasa berdosa, kita takkan patah balik!

Aku follow beberapa influencer dan Public figure kat media sos**l, dan benda ni yang aku terkilan sangat, bila tengok ada yang berubah dan memilih untuk terus berniqab tapi sekarang dah buka (which is okay je tak pakai pun) tapi pakai balik outfit ketat, dada pun tak tutup dah..

Sebab apa, sebab tak rasa segan dan malu. Ini satu value yang aku dulu takde, dan mungkin mereka ni pun kehilangan benda yang sama..

Yang mana istiqamah dan terus semakin baik semakin labuh dan sebagainya, alhamdulillah, dan tahniah. Aku pasti itu tak mudah, dan tak senang. Tapi pasti ada ganjarannya di sisi Allah swt.

Bukan aku nak banding-bandingkan cara aku dengan cara orang lain, tapi aku concern, mungkin kalau dia bermula dengan step by step dan memupuk diri dengan rasa malu terlebih dahulu,

Walaupun tidak lagi menutup muka, aurat masih boleh terjaga ikut fashion semasa, atau dalam apa jua aktiviti yang dia lakukan..

Aku tak halang orang nak berubah dan terus berniqab, atau terus pakai khimar labuh macam banyak dijual sekarang ni, tidak sama sekali. Itu bukan tujuan confession ni. Cuma aku terpanggil nak share pendapat sebab ada segelintir yang tergelincir ketika mereka berlari..

Alangkah baiknya jika kita berjalan mengikut kemampuan diri, supaya bila kita penat, kita tak terus berhenti..

Kepada yang membaca confession ini, khususnya kepada yang “senior” dalam menutup aurat ikut shariah, doakan kami dan beri motivasi kepada kami.

Kepada para lelaki, tegur dan nasihatkan lah wanita-wanita yang korang sayang supaya menutup apa yang patut ditutup, melonggarkan apa yang perlu dilonggarkan, melabuhkan apa yang harus dilabuhkan..

Dan korang sendiri, tak payah seronok tengok aurat orang, macam mana perempuan perlu ada rasa malu untuk kekal jaga aurat, macam tu jugak korang kena malu untuk tengok aurat perempuan lain.

Dan kepada yang macam aku masih struggle dan berusaha mencari redha Allah, we can do this!! Dan jangan lupa, isi hati kita dengan ilmu supaya kita mampu kekalkan hidayah tu.

Malu sebahagian daripada iman.

Sekian.

– Mimilana (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *