Buat Baik, Baiklah Ganjarannya

Salam. Saya terbaca confession Allah Tolong Aku dan terdetik hati nak kongsikan juga pengalaman sendiri. Kisah ini bukanlah kisah bersedekah dan dibalas Allah, tetapi lebih kepada buat baik dibalas baik.

Tengahari itu saya ada temuduga di sebuah syarikat di ibu kota. Sedikit carian di Google, dan saya ambil keputusan untuk menaiki LRT say an a memandangkan tempat temuduga tersebut tidak jauh dari stesen LRT.

Sesampainya di stesen LRT, saya menaiki tangga untuk naik ke tempat membeli token. Baru sahaja saya mahu melangkah ke tempat membeli token, saya terdengar bunyi orang menghempas barang di bawah. Saya toleh ke belakang, dan saya lihat ada seorang makcik tua sedang meletakkan barang-barang yang sedang dipegangnya di atas tangga sambil menaiki tangga.

Satu-persatu. Naik satu anak tangga, dia angkat dan letakkan barang-barangnya ke atas tangga. Kemudia naik satu anak tangga lagi. Perlahan-lahan, mungkin kerana barang-barangnya berat.

Saya lihat jam, masih sempat. Saya turun tangga itu semula dan menawarkan untuk mengangkat barang-barang tersebut ke atas.

“Makcik, meh saya tolong angkat barang-barang ni naik atas, boleh?”

Makcik tersebut mendongakkan mukanya dan tersenyum.

“Allah terima kasih, nak..” sambil makcik tu hulurkan plastik di tangan kanannya. Ada gula, satu tin biskut, dan barang-barang dapur yang saya sendiri sudah lupa.

“Eh meh dua-dua lah makcik, malu lah saya handsome macamni angkat sikit je..” Saya cuba berseloroh.

Makcik itu tanpa banyak soal terus menyerahkan bungkusan-bungkusan plastik di tangan kirinya pula kepada saya.

Mungkin dah tak mahu dengar kelakar bodoh lagi, kot?

Sampai di atas, saya menyerahkan barang-barang tersebut kepada makcik tadi. Makcik itu tersenyum manis.

“Terima kasih nak, moga Allah mudahkan urusan kamu…”

Saya balas senyuman makcik tu dan berlalu pergi. Satu benda, lepas je kita buat benda baik kepada orang lain, selain dapat pahala, kita akan sedikit sebanyak merasa positif.

Sewaktu sesi temuduga, alhamdulillah semua berjalan lancar. Saya dapat menjawab soalan-soalan yang ditanya penemuduga dengan baik. Dua hari selepas itu, saya mendapat panggilan. Saya diterima bekerja di syarikat itu. Sebaik sahaja saya letakkan telefon, saya keluar ke balkoni dan memandang langit di atas.

“Power.”

– Anonymous

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit