Buat Baik Berpada-pada

Assalamualaikum, hai para readers IIUM confessions. Tujuan saya tulis confession ini adalah untuk berkongsi cerita mengenai kawan aku. Terima kasih jika confession ini disiarkan. Aku perkenalkan saja nama gelaran aku, iza. Malah nama kawan yg hendak aku berkongsi ceritanya adalah Kak Rika. Ada dua kisah yang ingin aku berkongsi mengenai Kak Rika. Cerita ini agak panjang,kalau kalian boleh sabar baca hingga penamatnya,aku ucapkan tahniah. Maaf jika susunan ayat ku agak berterabur atau tidak difahami. Aku cuba sedaya upaya mengimbas kejadian yang berlaku di samping menaip cerita ini . Okey mari kita mulakan.

Kak rika dan aku rapat sejak zaman study lagi 7 tahun lalu. Tapi pernah lost contact sekitar 2014-2015 ekoran komitmen masing-masing. Tapi tahun 2016,kami contact semula dan rapat . Sehingga itu, lalu dia mengajak aku tinggal menyewa bersama seorang lagi rakan baiknya, rakan baiknya aku gelar Kak Nima.
Kak Nima dan Kak Rika bersahabat baik sejak 2 tahun lalu, awal pertemuan mereka melalui urusan bisnes. Mereka berdua sangat rapat. Pergi kerja bersama-sama,pergi berhibur bersama,pokoknya memang best friend habis lah. Haha . Bincang sahaja pasal bisnes, dua-dua sangat berpengalaman. Tapi lagi berpengalaman, Kak Nima lah. Jadi kak nima plan nak buat bisnes bersama kak rika. Aku tukang tengok je, tak terlibat pun sebab tak seberapa minat dengan bisnes .

Kak Nima dan kak rika buka bisnes jual Jus dari sejenis tumbuhan. Jus berkhasiat. Pembuatan dan resepi dari Kak nima, manakala modal semua dari Kak Rika. Pada mulanya, jus tersebut sangat mendapat perhatian dari kalangan rakan-rakan dan keluarga kak nima dan kak rika. Tidak untung besar tapi ada sedikit sebanyak wang hasil jualan. Boleh dikatakan tiap minggu, kak nima membuat proses pembuatan jus di dapur rumah. Aku cuma melihat perjalanan bisnes mereka dari hari ke sehari. Tapi seakan lama, mula mereka berselisih faham soal pembahagian wang bisnes. Bagi aku, aku tidak seberapa tahu management wang mereka. Tapi apa yang aku tahu, Kak nima demand lebih wang hasil jualan, kerana bagi dia, resepi dan pembuatan jus dari dia. Walhal mereka sudah berjanji pembahagian 50-50. Kak Rika rasa amat kecewa. Padahal memang dia sahaja keluar modal sejak awal bisnes mereka mulakan. Belum masuk duit minyak kereta COD, bahan dan lain-lain. Oleh sebab kawan baik, Kak Rika diamkan saja. Dan perlahan-lahan dia menarik diri dari bisnes tersebut. Bisnes makin kurang sambutan,dan kak rika tidak mahu menanggung rugi sendiri kerana dia saja yang keluarkan modal.

Sejak dari itu, hubungan mereka makin renggang. Aku pulak jadi awkward di samping mereka. Pergi kerja kami bersama-sama. Hanya lagu di radio menghibur di telinga kami masing-masing.
Dulu,kami boleh keluar lepak jam 11 malam semata-mata mau makan roti canai depan perumahan. Sekarang masing-masing balik membuta di rumah tanpa apa-apa komunikasi. Bagi aku, ini tak boleh biar. Kurang sungguh suasana gembira dirumah kalau terus begini. Aku pun slowly talk dengan Kak rika, selidik sedikit mengapa sampai begitu renggang hubungan mereka.

Kak Rika mula meluahkan rasa kekecewaannya pasal Kak nima. Seorang sahabatnya selalu bersenang tapi tidak pada susah. Aku pun mula curious. Takkan best friend tidak bersusah sama-sama kut?
Di jadikan cerita,Sebelum aku masuk menyewa ke rumah mereka, Kak Nima pernah meminjam duit sebanyak Rm6k dari kak rika untuk dia mengikuti kursus anjuran sebuah organisasi selama seminggu,duit dia pinjam termasuk pembelanjaan tiket kapal terbang,tempat tinggal serta harga sijil dan pembelajaran kursus tersebut. Pada ketika itu, Kak Nima tiada duit sebanyak itu untuk pergi menyertai kursus itu. Oleh dasar atas kawan baik, Kak rika meminjam kan duit sebanyak RM6k untuk Kak Nima tanpa kak nima meminta. Kak Rika tolong kerana dia tahu sahabat baiknya itu dari keluarga yang sederhana. Malah kak rika siap mengadaikan rantai emas untuk pembiayaan Kak nima menyertai kursus tersebut. Kak nima berjanji akan membayar nanti, samada dia loan atau hasil kerja dari kursus dia sertai itu.

Tapi janji tinggal janji, Kak nima seperti suka mempergunakan Kak rika. Macamana mau cakap ya? Dia suka kak rika membayar sewa bilik untuk dia, maksudnya dia minta kak rika cover dulu sewa bilik sementara dia dapat duit sales dari kerja tetapnya. Oh ya, kak nima ni kerja berdasarkan sales, bukan ada basic macam kita-kita tu. Kalau ada sales, ada lah duitnya. Kalau tiada sales, tiadalah duit dia,dan dia akan minta kak rika cover dia. Samada cover untuk duit sewa bilik, or bil-bil dirumah. Aku yang dengar ni pun rasa panas hati. Suka ambik kesempatan rupanya kak nima ni. Kadang-kadang dia segaja buat lupa duit yang perlu ganti dengan kak rika. Memang antara kami, Kak rika berduit sedikit. Dengan gajinya tinggi,dan kak rika suka buat kerja sampingan. Tapi at least, kak nima harus faham lah yang kak rika juga punya komitmen lain yang perlu di selesaikan.

Pada aku, kak rika ni tidak berkira sangat dengan duit. Tapi kak nima ni terlampau memanjakan diri sampai waktu bayar makanan pun pura-pura sibuk, nak kak rika bayarkan dulu. Kak nima akan cakap “Kau bayarkan dulu ya darling..nnti saya bayar kau..” Hurmm banyak kau punya darling -_-
At last, tak bayar-bayar juga. Takpe kalau sekali wei, ini acap kali.
Ok lepas tu, aku tanya lagi kak rika. Mereka ada bincang tak pasal ini, kak rika takda minta kak nima bayar sikit-sikit ka 6k tu? Memang ada bincang. Guys, u know kak nima cakap apa?
“Bukan saya yang minta pinjam..kau yang mahu kasi pinjam saya..”
Aku yang dengar rasa panas. Wei kak rika tolong siap gadai emas, kasi pinjam 6k untuk dia. Boleh boleh dia cakap begitu. Speechless kak rika bila kak nima cakap macam tu. Hati kak rika tawar dengan persahabatan mereka. Hatinya kecewa. Walhal dia juga perlu duit Rm2k untuk pendaftaran study-nya. Kak nima selalu cerita kesusahan diri dia,tapi dia tidak pernah ambil tahu pun kesusahan kak rika bagaimana.

Aku yang taip ni bila imbas balik cerita tu pun boleh panas lagi haha. Tapi korang jangan la cakap, yang Kak Rika ni buka aib kawan baik dia dengan aku. Sebenarnya aku dah lama perasan sikap kak nima, tapi aku tak nak berburuk sangka. Kak Rika cerita dengan aku pun sebab dia dah terlampau stress dengan keadaan pada ketika itu. Dan aku adalah orang terdekat. Well perempuan kan suka meluah apa yang dia rasa. Aku cukup sekadar pendengar sahaja.

Ok mesti korang tertanya-tanya, apa solution bagi kes mereka ni kan? Ekoran dari hubungan dingin mereka di rumah, Kak rika mengambil keputusan untuk keluar dari rumah tu. Kerana dia berasakan dia tak mahu hipokrit. Berpura-pura tak da apa-apa berlaku walhal hatinya tak tenteram dengan perangai kak nima. Di samping itu, kak rika mencari bilik sewa baru yang berdekatan tempat kerjanya.
Masa itu, barulah kak nima rasa sesak membayar sewa bilik dan bil-bil rumah. Dengan sales dia tidak menentu lagi. Kadang ada duit dalam bank,kadang tiada. Kak Rika masih punya sifat kasihan dengan kak nima, masih mahu jaga perasaan kak nima. Dia takut dia terlepas kata-kata tajam dengan Kak Nima, sebab itu dia mengambil langkah menghindar dari kak nima terlebih dahulu. Soal hutang 6k tu,biarpun mereka sudah berasingan rumah, Kak Rika bertegas mahu Kak Nima bayar sikit demi sedikit. Siap Kak Rika mahu upah peguam untuk buat perjanjian antara mereka untuk memastikan Kak Nima membayarnya. Tapi tahu apa? Kak Nima tidak mahu menandatangani perjanjan tersebut. Baginya, mereka bersahabat baik. Kenapa perlu sebegitu rumit. See? Kawan baik bila nak pijak kita,nak mempergunakan kita, ada sahaja alasan munasabah dia. Kalau dia yakin dia boleh bayar, kenapa dia tidak saja menandatangani perjanjian tersebut? Haaa part situ pun aku geram dengan kak nima kerana tidak bersikap professional.

Hari demi hari,mereka berhubung bila perlu sahaja. Kak Rika kadang-kadang datang juga ke rumah untuk melawat ku sebab dia rasa bersalah kerana dia yang mengajak aku pindah ke rumah situ,tapi malah dia pindah pulak. Aku tak dapat ikut kak rika pindah memandangkan tempat tinggal situ lagi dekat dengan tempat kerja. Bisnes jus kak nima masih lagi kak nima run sendiri. Bergerak agak perlahan. Tapi ada untung sedikit. Sampai satu tahap, kak nima merasakan dia tidak mampu lagi membayar sewa bilik dan dia bercadang untuk pulang ke kampung halaman saja di samping menjalankan bisnes jus nya itu. Aku dan kak rika sudah dapat mengagak yang kak nima akan berpindah keluar kerana tidak mampu membayar sewa bilik. Jadi selepas saja dia memberi notis bahawa 2 minggu lagi dia akan berpindah keluar, kami kelam kabut mengiklan sewa bilik kerana perlu penyewa baru untuk mengantikannya membayar bilik tersebut. Dua minggu kira short time untuk cari penyewa di bulan baru,tapi kami ikhtihar juga. Dan akhirnya,bila tiba bulan baru..kak nima meminta belas kasihan untuk 2 minggu lagi untuk stay disebabkan tiada transport untuk bawa barang-barang dia ke kampung. Kami pun tak tahu nak cakap apa dengan kak nima ni. Penyewa baru dah nak masuk menyewa di bilik kak nima. Kami cuba cakap cara baik,dengan ada masih sifat belas kasihan kami.. bagitahu yang kak nima sudah memberi notis keluar,jadi kalau still mahu stay..kena keluarkan barang-barang kak nima ke ruang tamu dan perlu tidur di situ sebab penyewa baru yang akan mengambil alih bilik tersebut. Kak nima akur namun kami tahu di sudut hati kak nima,ada rasa kurang senang di buat begitu. Sepatutnya ikut rules, selagi ada masih barang dirumah sewa,perlu bayar kan? Hmm selama 2 minggu tu, Kak nima tidak membayar amount yang perlu dia bayar selama dia tinggal. Dia keluar rumah sejurus saja 2 minggu berlalu. Kami tak tahu nak cakap apa dengan kak nima. Biarlah dia keluar tanpa apa-apa kata yang boleh mengguris hati masing-masing. Cukup lah aku dan kak rika makan hati.

Soal hutang 6k, kak nima berjanji bayar tapi bukan tahun ini (2017), mungkin tahun depan. Apapun kita tunggu dan lihat saja. Rumah kampung kak nima,saya dan kak rika tahu. Mungkin tahun depan baru kak rika akan mencari kak nima untuk membayar hutang itu sedikit demi sedikit. Oh ya mungkin ada yang tertanya kenapa kak nima tidak membuat personal loan? Loan kak nima kena reject, tak lepas untuk buat loan. Waktu dia meminjam 6k dari kak rika, waktu yang singkat untuk dia cari duit menyertai kursus tersebut. Jadi as a best friend, Kak rika sendiri offer untuk menolongnya. Mungkin ini silap kak rika terlampau mempercayai kawan baiknya sendiri.

Aku rasa aku taip panjang,tapi maafkan jika isinya atau penceritaannya terlalu singkat. Aku ada cakap kan dua kisah kak rika yang hendak ku ceritakan tapi ada komitmen lain yang perlu aku selesaikan terlebih dahulu. inshaALLAH aku akan berkongsi satu lagi next confession kisah mengenai Kak Rika.
Mengapa aku berkongsi cerita kak rika adalah kak rika merupakan insprirasi aku dalam kehidupan sehari-hari. Dia seorang kakak yang mengajar aku bagaimana erti sabar menghadapi dugaan, macamana cari makan, bagaimana kuatkan hati menghadapi liku-liku kehidupan,jangan terlalu percaya kawan.

Terlalu banyak pengalaman yang dia kongsikan kepada ku. Aku tahu banyak pengalaman orang lain yang sama seakan cerita kak rika,malah ada yang lebih teruk. Pengalaman ini mengajar kak rika agar tidak cepat mempercayai kawan, biarpun kawan yang sudah anggap macam keluarga. Duit juga boleh memusnahkan sebuah persahabatan yang suci. Jangan terlalu menonjol kepada orang yang kita ni pandai cari duit,akan ada yang datang mengambil kesempatan.

Oklah sampai disini dahulu cerita ku. Sampai ketemu lagi. Assalamualaikum..

– Izaa

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit