Buat Baik Berpada-pada

Semalam aku ada tengok video dekat TikTok pasal kisah hidup Allahyarham Tan Sri P.Ramlee.

Bila aku tengok video tu mengingatkan aku pada kisah hidup arwah Atok aku. Membuatkan aku terpanggil untuk berkongsi kisah Atok agar menjadi tauladan buat semua.

Terlebih dahulu aku memohon maaf andainya Garapan cerita aku ni tak seronok dibaca kerana sungguhnya aku bukanlah penulis tapi aku suka bercerita.

Ceritanya begini, Atok aku ni dilahirkan dari keluarga yang susah, sekolah pun setakat darjah 2. Nak membaca pun Atok aku tak tahu.

Tapi Atok aku Allah kurniakan dia dengan kelebihan yang cepat belajar walaupun sekolah tak habis.

Boleh dikatakan bila melibatkan kemahiran teknikal Atok aku ni cepat tangkap dan setiap kerja yang dia buat sangatlah kemas dan cantik.

Malahan Atok aku ni dari zaman kecik Moyang aku kata jenis rajin dan tak suka duduk diam.

Lepas nikah dengan Nenek aku, Atok aku berhijrah ke bandar bekerja sebagai buruh binaan.

Tapi disebabkan kelebihan yang Atok aku ada dan kerajinan dia menyebabkan Bos dia amat-amat menyukai dia. Sampaikan Atok aku lebih cepat naik pangkat dan menjadi orang kepercayaan Bos dia.

Sampai suatu Ketika Atok aku mampu membuka syarikat pembinaan sendiri.

Semasa waktu puncak Atok aku, dia sangat dikenali kerana sifat dia suka menolong orang dan tidak sombong.

Siapa saja yang mintak tolong pasti dia tolong. Dia akan tolong orang tak kira bangsa, agama dan darjat.

Nenek aku kata Atok aku ni macam bank selalu sangat orang nak pinjam duit tapi tak pernah pula dibayar balik. Bila Nenek aku bising Atok aku hanya cakap “Tak pe lah, dia tengah susah tu”.

Tapi dalam kejaya kita pasti ade yang dengki yang tak berpuas hati. Seorang demi seorang datang cuba menjatuhkan dia. Pernah kenalan dia datang meminjam kereta Atok.

Dalam kereta tu ada cek yang Atok aku dah sign tapi belum di tulis nilai untuk pengeluaran duit projek.

Bila kerete dipulangkan, Cek tu hilang dah selepas beberapa hari duit dalam simpanan Atok turut hilang. Tapi Atok aku tak laporkan kepada polis, sebaliknya mendiamkan saja hal tersebut.

Atok semakin jatuh bila ada seorang ahli politik yang iri telah menyekat Atok aku dari menerima projek baru. Walhal kemenangan yang dia perolehi tu dari pertolongan Atok juga.

Tapi itulah manusia, sukar mengenang budi.

Ahli politik tersebut telah membuatkan Atok jatuh terduduk sehingga terpaksa memajakkan rumah dan Atok hilang segala-galanya sekelip mata.

Lepas dari itu Atok aku tidak lagi terlibat dengan dunia kontraktor. Atok lebih gemar berkebun dan menternak ikan air tawar sahaja untuk dijual secara kecil-kecilan.

Sehingga ke akhir hayat beliau, Atok tak pernah mengungkit apa yang pernah orang buat padanya dan tidak pernah meminta balik duit.

Malahan makin ramai lagi orang yang Atok tolong.

Bila Atok meninggal, ramai kenalan Atok yang datang menceritakan kebaikan yang Atok beri kepada mereka dan rata-rata mereka meluahkan rasa terkilan bila bercerita tentang manusia-manusia yang pergunakan kebaikkan Atok.

Masih aku ingat lagi kata-kata kenalan Atok,

“Arwah sangat baik orangnya. Selalu menolong orang walhal diri sendiri pun susah. Dia lupa berpada-pada untuk membuat kebaikan. Kamu nanti ingatlah bila membuat kebaikan berpada-padalah jangan sampai memakan diri”.

Kesimpulannya, ingat semua bila berbuat baik biarlah berpada-pada jangan sampai memakan diri.

Buat Atok dan Nenek Al-Fatihah buat kalian.

– PakmaBakawali (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *