Buat-Buat Tak Tahu

Aku ada soalan, perlukah aku buat-buat b0doh @ tak tahu dalam suasana pejabat?

Cerita aku bermula sejak aku berhenti kerja dicompany swasta setahun yang lepas. Aku berhenti sebab, aku tak tahan dengan perangai manusia. Orang kata kalau kalau stress dengan kerja kau boleh stop buat kerja tu dan sambung hari esok.

Tapi kalau stress dengan perangai orang takkan aku cuba untuk tipu diri aku yang dah 5 tahun bekerja dicompany tersebut. 2-3 tahun aku mampu lagi nak cuba buat-buat b0doh dalam suasana kerja masuk tahun ke 4, aku tak mampu.

Banyak artikel ku baca dalam iiumc ni diaorang stress dengan kerja, then diaorang berhenti. Aku masuk tahun ke 5, aku berhenti dan aku percaya rezeki Allah tak pernah salah alamat. Aku tak mampu lagi tipu diri aku.

Dekat empat bulan jugak aku tak diterima kerja. Tapi Alhamdulillah semua komitmen aku tak pernah tertunggak. Aku cuba niaga kecil-kecil. Sehari aku dapat lebih dari aku kerja dulu. Tapi penat dia tak sama macam kau makan gaji. Paid off gituuu.

Selepas empat bulan, aku diterima oleh government link company. Aku panjatkan kesyukuran. Benefit yang banyak dan gaji jauh lebih baik dari company terdahulu.

Sepertimana Malaysia dilanda konflik politik, tidak terlepas jugak konflik politik di pejabat. Orang cakap tu adalah lumrah. Tapi setelah aku kaji 5 tahun yang lepas, adakah aku patut buat-buat b0doh, mengikut segala arahan. Sampai aku pergi interview untuk dinaikkan pangkat, tapi hanyalah sia-sia.

Hal ini disebabkan aku terlalu aggresive dalam menjalankan kerja erti kata lain aku extrovert. Aku suka bertanya dan selalu menggunakan perkataan why this and why that. Aku lupa aku hanyalah pencacai dalam organisasi.

Perkara ni sampai ke telinga aku. Aku tak dinaikkan pangkat sebab aku terlalu aggresive.

Hari biasa aku menjadi murung dan aku stress. Aku kena pretend to be fake. Erti kata lain aku kena buat-buat b0doh. Tak boleh bertanya itu dan ini. Adakah dengan kepandaian aku, diaorang takut dicaras.

Seorang daripada interviewer tu akan sama pangkat kalau aku dapat naik pangkat. Jadinya aku tidak layak untuk jawatan tersebut dan duduk sama level dengan dia. Aku jadi dilemma dalam politik pejabat.

Aku masih cuba untuk mencari kerja di tempat lain dan berharap politik pejabat yang berlainan pulak. Betul la orang cakap, kau hanya perlu stay disebuah company tu hanya 2-3 tahun sahaja.

Sekian.

– Haqifjer (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *