Buat Cara Nak Kerja.

Assalamualaikum..

Ok kat sini saya nak membebel dan nasihat kat adik-adik terutamanya yang nak minta kerja dan yang baru mula bekerja (kakak-kakak dan abang-abang yang dah lama bekerja pun tolong ambil perhatian juga ok).

1. Semasa datang temuduga kerja, memang diakui semua orang bermulut manis. ‘Saya percaya saya boleh buat kerja tanpa pengawasan’, ‘Saya boleh berdikari’, ‘Saya seorang yang rajin dan boleh buat apa sahaja tugas yang diberikan’, dan bla bla bla. Cakap English pun memang A++ lah.

2. Minggu pertama bekerja, alhamdulillah datang kerja awal, terus ‘take note’ apa yang perlu dibuat dan yang perlu tahu. Baca buku-buku yang perlu dirujuk serta bertanya dengan pekerja yang berpengalaman di tempat kerja tu berkenaan dengan kerja. Dah bagus la tu sebab nampak juga kesungguhan di situ.

3. Masuk minggu ketiga, dah mula nampak point no 2 td tu hangat-hangat tahi ayam rupanya. Dah hilang semangat minggu pertama tu. Jangan hairan lah kalau pekerja lain rasa menyampah dengan awk.

4. Masuk minggu ke 4, 5 dan seterusnya pulak dah mula tunjuk perangai. Datang kerja goyang kaki, menghadap handphone, lepas tu bila nampak pekerja lain sibuk, awk pun buat-buat sibuk dan menyibuk (awk bangun pergi tempat mereka tapi tengok sahaja mereka buat kerja, bukan nak tolong pun, apatah lagi nak bertanya apa yang perlu ditolong, huh!).

5. Kemudian, bila ada yang minta tolong dari awak untuk buat itu ini, boleh pulak awak kata tak tahu! Tak pandai!(contohnya minta tolong warnakan, laminate, benda yang senang-senang je kot!). Mana perginya kata-kata dari mulut manis awak tu???

6. Lepas tu tentang cuti pulak. Kalau boleh setiap minggu mesti akan cuti kalau bukan 1 hari, 2 hari. Demam lah sakit itulah sakit inilah. Banyak sangat alasannya. Mungkin kalau kucing moyang jiran kepada sepupu sepapat sedang beranak pun akan ambil cuti juga. Tak mustahil kan? Huh!

7. Ada lagi, kalau berjumpa dengan pekerja dari cawangan atau bahagian lain tu susah sangat nak bergaul, berkawan, berbual, dan berbincang bersama apatah lagi nak menolong mereka. Dah jadi macam lembu yang kena ikat tali kat hidung dah. Mana taknya, akan ikut saja kemana dan apa sahaja yang dibuat oleh kawan secawangan dan sebahagian dengannya. Aduhai sedih sangat la jumpa dengan orang macam awak ni.

8. Kalau nak cerita memang banyak sangat perkara-perkara tak sepatutnya tapi penat lah. Bukan penat menulis tapi penat menghadap orang yang berperangai macam awak ni!

9. Jadi, saya minta tolong sangat-sangat dengan awak dan orang-orang yang macam ‘AWAK’ ni berubah. Tuhan bagi kita akal kan? Jadi gunalah. Berfikirlah!

10. Kalau awak tak ada kerja dan tengok orang lain sibuk pergilah tolong. Janganlah nak kena orang suruh satu persatu (ok awak buat ini, ini dan ini). Orang lain pun banyak lagi perkara yang perlu disiapkan. Kalau TAK TAHU dan TAK PANDAI sila TANYA! mulut adakan? Suara adakan? Tolong, tolong dan tolong BERTANYA!! Jangan nak kena tunggu orang suruh. Jangan nanti ada orang yang bawa tukul ke tempat kerja semata-mata nak ketuk orang macam AWAK ni! Selagi tak disuruh selagi itulah tak berganjak.

11. Masalah-masalah seperti di atas tu akan lebih jelas nampak dan perasan bila tempat kerja kita tu mengadakan 1 program yang melibatkan semua pekerja. SEMUA PEKERJA OK! Tolonglah faham dunia pekerjaan ni macam mana,huh!

12. Percayalah kalau bawa perangai macam tu ke mana-mana tempat kerja lain pun, tak kemanalah awak punya masa depan tu sebab apa? Sebab MALAS NAK GUNA AKAL!

Kalau nak bekerja tolonglah buat cara bekerja. Kalau awak senangkan orang lain InsyaAllah orang lain pun akan senangkan awak nanti.

** untuk awak yang terasa tu, tolonglah ya ubah sikit awak punya ‘attitude’ tu. Kalau still dengan attitude begitu goodbye lah next year. Fikir-fikirkan ya jangan simpan akal tu sampai berkulat. Assalamualaikum.

– E.F.

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit