Pertama sekali nak ucap terima kasih kepada admin kalau post confession saya. Kalau tak nak post tak apalah, boleh simpan buat kenangan. Tapi harap juga dipost sebab confessions kat page ni makin lama makin mengarut pulak rasanya. Sorry, I speak from my heart.
Banyak juga confession yang saya baca tentang fresh graduate yang bercerita pasal tak dapat kerja, lambat dapat kerja, kerja tak sesuai, kerja tak padan dengan gaji dan sebagainya. Tak kurang juga yang dengan bangganya bercerita tentang koyakkan resume candidate sebab rasa tak layak. Agak bongkak disitu. Mungkin kerana anda berada ‘diatas’. Sedarlah, hidup ini umpama roda. Adakalanya kita diatas, kita memandang rendah pada orang. Sampai masanya kita berada dibawah, baru kita tahu erti kehidupan yang sebenar.
Baiklah, buat fresh graduate yang belum dapat kerja yang ‘sesuai’ diluar sana, saya sarankan supaya jangan lah nak pilih kerja sangat. Dengan keadaan ekonomi sekarang yang makin merundum, kalau nak tunggu kerja yang ‘sesuai’ tu entah bila dapatnya. Tak apa kerja bermula dari bawah pun. Hidup kita bukan semua macam drama TV yang habis belajar je terus dapat pegang jawatan Executive/CEO kat syarikat besar. Tak pun ganti tempat bapaknya sebagai pengarah syarikat.
Saya mempunyai kelulusan ijazah sarjana muda dalam bidang perniagaan kewangan. Saya percaya semua yang ada kelulusan ijazah mesti berangan-angan nak kerja bagus-bagus gaji beribu-ribu. Tapi, kita hanya mampu merancang. Allah yang menentukan. Saya memohon banyak jawatan yang katanya nak guna candidate yang berkelulusan ijazah. Dapat pergi interview kat banyak syarikat termasuk bank. Tapi tak dipanggil untuk bekerja. Kenapa? Sebab tak ada PENGALAMAN.
*Masa baca pasal confession kecaman terhadap pemegang ijazah hari tu, terasa hakak tau. Cara confessor tulis macam kecam semua pemegang ijazah. Hihi
Penyudahnya, daripada saya asyik pilih kerja yang sesuai dengan kelayakan saya, saya hanya menerima sahaja kerja sebagai kerani disebuah kolej dengan kelayakan SPM. Alhamdulillah, gaji taklah sebanyak pemegang ijazah, tapi saya bersyukur sebab segalanya cukup walaupun hidup tak mewah. Cukup untuk tampung hidup suami isteri (suami juga macam saya), cukup untuk beli pampers dan baju anak, cukup untuk bayar loan PTPTN dan loan kereta. Syukur Ya Allah, tak perlu meminta-minta.
Nampak macam apalah sangat kan. Tapi pengalaman tu boleh jadi sebab untuk kita diambil bekerja juga. Lagi satu, bila dah kerja jangan kita seronok sangat. Cukup bulan gaji masuk. Banyak aspek yang kita kena fikir dan hadapi. Kerja bagus tak semestinya majikan/colleagues pun tip top. Kalau kerja dah best, tapi dapat majikan yang jenis diktator, atau colleagues yang tak syok, menang mood ke laut lah nak kerja. Contohnya macam saya lah. Saya enjoy dengan pekerjaan saya. Tapi saya tak suka bekerja dengan majikan begini. Ada ke patut dia beli roti daripada kedai roti, lepas tu buka bungkusan dan bungkus semula dengan plastik lain. Kemudian jual dan katakan itu adalah produk syarikat kami. Apakah?? Rasa macam bersubahat sangat. Sesungguhnya saya terpaksa sebab itu arahan dari majikan. Tapi kalau lepas ni dia nak buat macam tu lagi, I have to refuse.
Untuk fresh graduate yang runsing ada kelulusan tinggi tapi tak nak kerja biasa-biasa, sebelum bekerja bersiap sedialah mental dan fizikal sebab kadang-kadang kerja kita tu kita tak expect pun macam mana kerjanya. Bersiap sedia untuk menghadapi pelbagai jenis ragam manusia. Kalau zaman kolej kita kata dah tengok macam-macam jenis orang, zaman kerja lagi banyak jenis orang yang akan adik-adik jumpa. Lagi pening. So, kerja dulu mana-mana yang ok. Cari pengalaman orang kata. Sambil-sambil tu, boleh lah apply kerja yang lagi bagus. Kalau ada rezeki, adalah. Kalau tak, mungkin belum rezeki adik-adik.
P/S : Saya tak pasti nak letak tajuk apa untuk confession ni. Harapnya tak distortion.
– Akak
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit