Semalam tertengok cerekarama tv3. Alah yang janna nick berlakon jadi jannah. Takdir ditimpa sakit brain tumor sehingga buta. Maka teringatla saya akan kisah diri. Saya masih 20an. Sejak di sekolah F3/F4 saya perasan ada satu lump kecil di B kanan saya. Tapi saya buat tak kisah aje. Sebab masa tu noobs lagi.
Masa form 5, mak kawan saya meninggal disebabkan kanser. Ini buat saya cuak tapi saya masih rahsiakan walaupun the lump makin membesar. Satu sebab saya masih muda. A bit denial. Mana ada orang muda kene B cancer that was my thought. Dua saya sangat malu. It was related to your private part yang tak pernah orang lihat. So saya sangat malu.
selepas tamat spm saya diterima masuk ke sebuah IPTA, akhir tahun 1, saya menerima berita mengejutkan yang mak saya perlu dibedah sebab ada cancerous lump. I cried a lot along the story. Ini perkara serious soal hidup dan mati mak. Saya cuma fikirkan hal mak saya. Kemudian mak saya went through all treatments chemotheraphy 6/8 cycles(dah lupa), radiotheraphy and end with regular follow up with onchologist.
Dalam masa yang sama my lump also getting besar but saya rasa takut untuk beritahu siapa pun. Plus, mak kan sakit, i dont know whether is it right to tell them now. Everybody is struggling. Saya rasa tak patut in that situation saya tambahkan lagi masalah. So i ended up keep this in my pocket.
Sampailah mak saya meninggal in my final year bcos of recurring cancer, after she was doing very good almost 3 years. That was a very hard day for us dan sampai sekarang pun still. Mak takde, dan ayah pun tiba-tiba berhenti kerja. I was menggangur after grad. So i was praying to god to reserve me some time to reveal my secrets. Bila semua dah sedia bila financially stable and emotionally good. Tapi bila sebut bersedia we dont even know kan when will the right time. So i ask allah again to show me sign and show me the right way to start.
It is indeed true. The hardest things to do is to start. Saya tak tahu tapi saya rasa sangat sukar untuk saya mula. Mungkin orang yang dah berkahwin takde problem sangat utk show that to doctor. Pada fikiran saya dulu la. Alhamdulillah saya berjaya pecahkan malu dan takut saya dan mula pergi jumpa doktor.
Untuk adik-adik yang ada masalah yang sama. Plis jangan takut atau malu. Kalaupun taknak bagitau mak ayah lagi, pergi klinik biasa and let the doktor know. Then doktor akan bagi referral letter untuk jumpa pakar. Dulu saya takut juga sebab orang kata treatment sakit mammogram la biopsy la. Mammogram tak buat dekat orang muda so no worries. Buat ultrasound jek tak sakit pun. Dengan ultrasound radiologist akan predict whether lump tu cancerous or not by looking at size and bentuk dia.
Then next step doktor akan amik sample cell/tissue that was called biopsy. Jarum akan cucuk kat tempat lump tu.. amik dalam 3/4 sample then selesai. Sekejap aja tak sakit. Lepastu kene tunggu few days untuk dapatkan result. Bukan semua lump bahaya biasanya lump yang ada pada orang muda adalah fibroadenoma which is bukan cancer dan sangat common sebenarnya.
Nasihat saya pergi awal dan ‘menyerah’ aje dekat doktor. jangan jadi macam akak. Nak buat apa pun dok pikir pasal ‘dia’ yang tak setel setel tu. Nak sambung studi tak kene, nak risk diri involve dalam bisnes rasa tak sempat la apa. Nak kawin pun rasa tak patut. Jangan tunggu nak habis spm ke nak habis belajar ke nak tunggu dah kerja semua.
Ask some courage from allah, and just go. Remember the first step always the hardest but it could save you. You are brave enough when you have made your first step. Letak tangan kanan atas bahu kiri..tepuk tepuk sikit. Self motivation.
Bila perkara ni hanya kau dan Allah aje yang tahu. Ini sangat menduga tawakkal kita. MashaAllah. Sisters plis think only positive things. Allah sayang kita. Sebab tu dia nak kita hanya mengadu dan bergantung pada dia. Have faith and hope. Saya harap bila saya dah sihat nanti saya nak tolong adik-adik yang dalam ketakutan ni. Doakan saya ya semua untuk terus kuat.
Sisterkuat
– Kakakmu
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit