Assalamualaikum, Selamat hari raya yang ke-5 buat muslimin & muslimat diluar sana.. thank you admin jika sudi post confession aku ni.. Sebenarnya more to sharing lah, not so much on the confession pun..
Masa aku tengah scroll2 kat FB.. aku ternampak satu post berkenaan ibu-ibu yang mengalami ‘depression’ kerana terlalu tertekan dengan hal- hal rumah tangga.. especially yang full time housewife kan. Aku paham sangat2 apa yang ibu-ibu ni rasa & sewajarnya jangan lah dibuat main2 depression ni.
Aku baru ada seorang anak, itu pun aku rasa macam nak hilang kewarasan dah kenkadang tu hokay.. korang yang ada anak sopan santun tu maybe .. MAYBE tak terasa sangat , Tapi kalau ada anak yang super active.. Allahuakbar.. Tuhan sajalah yang tau macam mana hahaha.
Aku cuma nak share sedikit sebanyak apa yang aku buat utk ‘keep my sanity’ supaya aku tak jump into depression. Kalau korang rasa bermanfaat, boleh lah try. Kalau ada yang nak tambah, silakan.
1. ‘Make time for your hobby’
Okay semua orang mesti ada hobi masing2 kan, yang mana dah tak ingat hobi apa korang ada, please find one! Yang ni penting sangat bagi aku sebab, bila time korang ambik masa untuk hobi korang, korang akan appreciate masa tersebut & you will look forward to it. Hobi boleh jadi macam2. Setengah orang suka menjahit, masak, baking, crafting etc. Dah jadi mak mak ni kena cari hobi yang bersesuaian la sebab biasanya kita ni Hanya ada extra masa bila anak- anak tengah tidur ptg or pgi sekolah. Jadi hobi yang melibatkan aktiviti luar mcm hiking dan sbgnya, maybe kurang sesuai..
2. Buang alasan ‘too tired’
Yes yes yes, aku faham. Kita memang penat sesangat dengan jadual harian kita. Dengan mana nak pastikan rumah tak tunggang terbalik, nak jaga suami, nak jaga anak etc. Tapi, trust me, if you find a time for your hobby (maksudnya dalam kata lain, for your self!) you will feel so much better sebab in a way you make yourself as important as other things that is going on in your life.
3. ‘Me time’
Sebenarnya point ni lebih kurang je dengan 2 point kat atas, tapi untuk ibu ibu bekerja macam aku yang tak berapa ada masa untuk hobi setiap hari, aku akan pastikan aku ada at least 1 hour ‘me time’ untuk diri aku. Aku kena pastikan masa tu, aku gunakan untuk apa2 je yang aku nak buat. Setengah orang maybe ‘me time’ dia is malam2 dia nak pampered diri dia dengan pakai mask ke lotion ke sebelum tido. (Oh buat yang belum ada anak, yes nak pakai lotion pun dah tak dak masa hokay once dah ada anak kecik! [unless you have a helper or helpers]) Tapi untuk aku, me time aku simple je, that is masa lunch time aku, aku lunch sambil tengok movie/ series kesukaan aku. Yeap, that is the only time aku dpt tengok “TV” hahaha.
4. Pedulikan orang lain
Yang ni macam harsh sikit but for the sake of your health & sanity, this is rather quite important! Okay sekeliling kita ni ada banyak sangat jenis manusia. Ada 2 kategori je. Yang positif & negatif. Aku rasa korang pun dah dpt detect sendiri yang mana jenis positif dan yang mana sentiasa negatif. Simple – yang negatif, kau terus cut off je dengan diorang. Kalau diorang antara orang yg ada darah daging ngan kau (or worst, your own husband) apa yang diorang ckp masuk telinga kanan kluar telinga kiri sahaja ok. Tak yah ambik pusing sangat. Just ambik apa yang positif je. Aku faham perasaan korang sebab ada kalanya husband aku sendiri maybe tengah dalam masalah & secara sedar or tak sedar kata2 beliau buat kita terasa dan lain2 rasa yang tak best.
5. We are the ‘role model’
Setiap hari bila aku tengah tension & penat sangat2, aku remind diri aku, sebab apa aku harungi semua ni? Ibu mana tak sayang kan anak? Ibu mana tak nak yang terbaik untuk anak? (Aku tau ada setengah ibu yang pelik pelik tak nak yang terbaik utk anak diorang but I believe yang tu kaum minority lah kan but you get my point) We have to be strong for our kids. Setiap hari aku remind diri aku yang aku lah ‘role model’ untuk anak. Baik diri aku, baik lah anak aku (InshaAllah) dan buruk diri aku, mungkin itu juga yang anak aku akan jadi (nauzubillah) .
6. You are human too
Okay ni last point aku. Simple- don’t over do it . You are human too. Kita ibu ibu ni Hanya manusia jugak. Stop being so perfect, & just do your best every day. Aku pernah baca kat surau satu hari tu. Kat beg telekung siapa entah ada tulis “life is not a race, but it’s a journey” . Tak perlu push your self too hard. Rumah bersepah? Just let it be. Kemas bila dah tenang sikit. Tak larat nak masak? Just order it already! Tak ada duit? Kerja. Jangan harapkan orang lain. Of course ianya tak semudah seperti yang kita sangka atau harapkan, but slowly , take one step at a time.
Thank you kepada yang sudi membaca. Harap point2 yang aku cuba sampaikan ni, korang dapat try & hopefully it will ease some of your burden. Depression is a serious matter. Kalau rasa diri betul2 dah tak dapat dikawal, ambik iniasiatif sendiri untuk jumpa doctor. Kalau korang perasan aku tak banyak sebut pasal suami punya part. Sebabnya ialah tak semua orang dapat rezeki suami yang perihatin, yang ringan tulang & memahami. Aku tak dapat nak ubah tu semua, sebab tu aku tak sebut lelaki kena itu, lelaki kena ini.
Bagi aku kita as wife/ mom , perlu bergantung kpd suami but not totally. Atas sebab2 yang aku nyatakan kat atas tu. Kita perlu bergantung kpd diri sendiri juga supaya bila kita disaat tengah “down” kita masih ada diri sendiri untuk “support” diri kita untuk bangun. Ni hanya pandangan aku, setengah orang maybe tak setuju.
Keep strong mommies!!
– Meera
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit