Buat Kerja Online Dapat Upah Dalam USD

Hai, saya Siti. Saya nak share tentang pengalaman saya buat kerja online dari rumah dan di bayar.

Kalau sebut kerja online dapat duit mesti ingat scammer kan?

Ingat tak dulu viral yang klik & share dapat duit tu. Ramai yang join tapi rupanya itu semua ‘money game’ saja. Awal-awal memang dapat duit untuk bagi kita percaya tapi lepas kita dah melabur beribu ringgit baru lah mereka scam kita.

Saya tak join tapi saya baca juga tentang hal ini takut adik atau kawan-kawan saya tertipu.

Baru-baru ni saya ada nampak iklan kerja Data Entry gaji 300-2000 sehari. Macam ‘too good to be true’ kan?

Saya saje la join nak tengok flow mereka. Yes, sama juga. Mula-mula, mereka akan bagi task yang mudah dan murah saja bawah RM100.

Mereka akan minta kita ‘add to cart’ item di Zalora dan kita perlu transfer duit kepada mereka ikut harga item.

Saya buat sebab harga bawah RM100 saje lah try nak tengok dulu. Kononnya proses ni sebab nak bantu seller increase exposure dan clicks tapi saya tak beli pun cuma ‘add to cart’ saja.

Kemudian, mereka akan transfer balik jumlah tersebut + 10% komisen. Memang betul akan dapat komisen tu.

Tapi, selepas task kedua saya tengok ada task yang harga ribu ringgit jadi, saya dah boleh agak sampai task yang harga beribu ringgit ni mesti saya akan kena scam.

So, siapa yang tengah join sekarang, baik hentikan. Hati-hati tak ada ‘easy money’ dekat dunia ni. Kalau rasa senang sangat dapat duit kepuk-kepuk tu scam la tu.

Ok, back to the story..

Saya terpanggil nak kongsikan tentang pengalaman saya buat kerja online dengan syarikat luar negara kepada semua pembaca.

Kenapa saya nak share?

Sebab ramai lagi orang Malaysia yang tak tahu tentang kewujudan peluang menjana pendapatan yang saya nak share ni.

Sebenarnya banyak platform international yang kita boleh join dan buat kerja-kerja online. Dalam platform international ni ada 2 pengguna iaitu kita sebagai freelancer dan client sebagai employer (majikan).

Ada lebih 50 juta freelancer dan client dari seluruh dunia yang dah berdaftar dalam platform dan beribu kerja akan diiklankan setiap hari.

Ini baru satu platform, ada banyak platform sebenarnya.

Kita boleh buat kerja online dalam platform ini dan client akan bayar upah kepada kita mengikut bajet mereka. Bayaran upah yang saya maksudkan ni bukan pasif (1-10 USD) tapi real bayaran mencecah ribuan ringgit.

Saya pernah dapat kerja 10 USD (RM 40) dalam masa 2 jam, 500 USD (RM2000) seminggu dan sebagainya mengikut harga projek.

Saya dah buat kerja online sejak tahun 2013 lagi ketika berumur 20 tahun dan masih belajar di universiti. Yang saya tahu waktu itu just guna Microsoft Word dengan Microsoft Excel saja. Other than that, tak tahu.

Kerja pertama saya dapat waktu mula-mula saya join dulu adalah kerja transcribe atau salin semula. Ada client dari Filipina yang iklankan kerja tersebut dan saya apply. Alhamdulillah saya dapat.

Tugas saya, hanya mendengar audio perbualan antara staf dan customer kemudian saya perlu taip semula perbualan tersebut mengikut format yang diminta dalam Microsoft Word.

Bagi saya ni kerja senang sebab perbualan tu pun dalam bahasa Melayu walaupun client dari Filipina. Yang paling tak sangka, saya dibayar sebanyak 140 USD (RM500++) dalam masa tak sampai 3 hari. Tak silap saya durasi audio tu selama 1 jam lebih sahaja.

Siapa tak seronok kan? Dah lah saya student memang tengah memerlukan duit..

Saya keluarkan duit dari bank pun mak abah saya ikut dan mereka pun tak sangka saya dapat bayaran sebanyak tu, haha. Sejak dari situ lah saya aktif buat kerja online dan kebetulan memang ada banyak masa sebab tengah cuti semester.

Lepas tu, saya banyak buat kerja-kerja data entry yang copy paste data ke Excel, cari maklumat di internet dan kerja-kerja terjemahan Bahasa Inggeris-Bahasa Melayu.

Saya dapat banyak client dari India, US, UK, Korea, Filipina, Jepun, Singapura dan banyak lagi. Saya juga pernah buat terjemahan dengan Booking.com, Hotels.com, Celcom, Google, Microsoft, apps, games, website dan banyak lagi.

Saya pernah mendapat tawaran daripada syarikat dari China untuk menjadi penterjemah bebas mereka selama 6 bulan dan akan dibayar sebanyak RM4000 sebulan.

Tapi, saya tolak tawaran. Sebab saya masih belajar takut tak boleh bagi komitmen. Sedih tapi terpaksa tolak..

Pejam celik rupanya dah 8 tahun saya buat kerja online dan saya tak sangka rupanya ada ramai juga yang mula buat kerja online dalam platform selepas baca blog saya yang dulu walaupun penulisan pun tak matang lagi waktu tu hehe

Saya suka menulis santai-santai dalam blog dan saya memang selalu kongsi di situ. Bila terjumpa balik mereka, ramai yang kenal saya sebab blog saya haha

Mereka juga ramai yang dah berjaya sekarang. Saya sangat happy dengan apa yang saya kongsikan sedikit sebanyak dapat membantu orang lain. Selebihnya, memang mereka semua orang yang hebat dah. Sekarang saya share sini pula untuk pembaca di sini..

Apa yang saya nak sampaikan adalah kerja online ni memang betul-betul wujud. Tak dinafikan memang ada scammer tapi apa yang saya kongsikan ni memang betul-betul wujud.

Sekarang saya dah mula buat training untuk ajar tentang kerja online ni tapi bila saya post dalam facebook page saya contoh-contoh kerja online ada yang ingat saya scammer haha

Sebab itu la saya nak buat awareness tentang peluang kerja online ni. Boleh lah ramai-ramai study tentang ‘Gig Economy’ bahagian kerja digital. Kerajaan pun dah nampak peluang kerjaya online ni dan tengah nak aktifkan.

Sebenarnya ramai saja orang Malaysia yang dah berjaya dalam platform international ni cuma mungkin mereka tak share ke dalam social media mereka. Jadi, masih tak ramai yang tahu.

Okay, saya nak cerita tentang platform kerja online.

Dalam platform ada kerja yang mudah seperti kerja-kerja menaip dalam Microsoft Word, copy paste data ke Microsoft Excel, key in data, update sosial media, jawab survey dan sebagainya.

Ada juga kerja-kerja yang memerlukan kemahiran seperti kerja-kerja terjemahan, graphic design, programming, lukis 3D, engineering, photography, video editing, business consultant, perubatan dan sebagainya.

Kalau nak buat kerja online ni perlu ada 3 perkara basic iaitu laptop, internet dan kemahiran bahasa Inggeris untuk berkomunikasi dengan client kerana client dari serata dunia.

Platfom pula guna konsep bid (bida) kerja yang client post. Tak boleh sesuka hati saja bid kerja. Banyak juga perlu study seperti cara nak buat Cover Letter yang memukau, Portfolio yang menarik, CV dan ayat-ayat memukau.

Saya juga dah menjadi client dalam platform. Bila saya post iklan kerja dan freelancer Malaysia yang bid memang kebanyakannya tak pandai nak tulis Cover Letter, tak highlight point penting untuk client dan macam-macam jenis yang saya jumpa.

Paling sedih, bila tengok CV/Resume masing-masing. Dengan typo nya, tak berkaitan dengan kerja, tak tersusun dan pening bila saya baca.

Jadi, sebab itulah juga saya buat training sebab nak betul-betul check apa yang student saya prepare sebelum mereka bid sesuatu kerja.

Alhamdulillah, ada beberapa student saya dah berjaya dapat kerja walaupun projek kecil bayaran rendah 15 USD, 35 USD, 60 USD sahaja. Sekurang-kurangya saya tahu apa yang saya ajar dapat membantu mereka. Selebihnya, atas usaha diri sendiri.

Jadi, kesimpulannya kalau anda ada kemahiran atau nak cuba cari kerja online walaupun tak ada kemahiran yang hebat, saya sangat galakkan untuk cuba buat kerja online dalam platform luar negara.

Memang banyak yang perlu belajar dan ambil masa untuk bid sesuatu kerja sebab akan bersaing dengan freelancer dari serata dunia. Tapi, jangan jadikan ia sebagai satu alasan. Sedangkan orang lain boleh kenapa kita tidak kan?

Yang penting, teknik perlu betul dan usaha perlu konsisten. Jangan mudah putus asa. Ada yang sebulan join platform baru dapat kerja tapi saya bersyukur sebab dalam 3 hari dah dapat kerja pertama saya dulu.

Ada yang dah daftar dalam platform tapi tinggal macam tu saja dah give up sebab tak tahu nak mula dari mana. Pun ada juga.. Semuanya atas diri masing-masing.

Saya hanya mampu share selebihnya atas diri sendiri. Boleh explore Freelancer.com, Upwork, Fiverr dan Linkedin. Ada platform spesifik kerja design, programming, translation dan sebagainya. Platform-platform ini anda boleh try google.

Semua orang boleh buat kerja online tak kisahlah suri rumah, student, yang bekerja atau yang diberhentikan kerja semua boleh.

Semoga maju jaya!

– Siti (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Hai nak tanya, saya pun baru lepas buat kerja freelancer; retyping from pdf to doc. Pstu bila nak dapt gaji, majikan bayar through American First Credit Union then transfer ke Skrill. Tapi ada kena bayar tax dulu before dapat gaji. So nak tau legit ke tak eh benda ni? Risau kena scam je 🥺

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *