Buat Mereka Yang Sedang Bersedih

Dunia sekarang betul-betul demanding untuk kita fikir negatif. Bila ada orang positif sekeliling kita, kita memang tak boleh nak terima. Sebab kita dah selalu fikir dan hidup cara negatif.

Dan majoriti semua taknak terima yang dia negatif. Sebab kita rasa kita betul hanya sebab kita berfikir ikut logik akal kita. Tapi pernah tak kita fikir apa pandangan orang yang selalu positif?

“Diaorang tak pernah kecewa ke?”, “untunglah hidup mudah”, “nasib kau memang baik”. Lintasan kita selalu macam ni kalau tengok orang yang positif sikit dari kita.

Dan setengah orang ada yang fikir, “aku harap aku pun dapat jadi macam dia”. Tanpa kita sedar sebenarnya dalam diri kita sendiri dah ada positif, cuma kita tak kembangkan jadi diri kita sendiri.

Kehilangan, dari segi apa pun, pasangan, keluarga, kawan, diri sendiri atau harta, jiwa, kesihatan atau hilang semuanya serentak. Masa ni kita dah rasa kita dah takda siapa-siapa lagi. Tapi bila kita dah lama dalam fasa sedih yang lama, kita mula terima hakikat. Lepas kita try nak move on dengan kehidupan kita, jadi balik, gagal dalam exam.

Dah la gagal dalam hubungan (keluarga etc), gagal pula dalam kehidupan. Rasa macam tak henti henti ujian datang. Paling penat bila kita hilang diri sendiri sampai kita hampir lupa siapa kita. Nak pula kita ada mindset “ah peduli apa. Apa nak jadi jadi”. Tapi still kita tetap ikut perintah Allah. Kita jaga solat dan terus buat amal kebaikan yang lain.

Allah swt ucap tahniah kepada mereka yang bersabar.

“Dan sungguh akan Kami berikan ujian kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan dan kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar”. Quran 2:155

Kita mesti pelik, buah-buahan ? Buah-buahan tu macam anak-anak. Kadang-kadang dapat yang baik elok, kadang-kadang yang tak baik.

Seterusnya, siapa golongan orang-orang yang sabar ni?

“(yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan: Inna lillaahi wa inaa ilaihi raaji’uun: Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami akan kembali”. Quran 2:156

“Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhan mereka dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk”. Quran 2:157

So walau apa pun yang menimpa kita, kita betul betul kena paut dengan tali Allah swt kuat-kuat. Jangan biarkan kesusahan dunia buat kita berputus asa dengan Allah swt.

Walau banyak manapun dosa kita, besar atau kecik, walau susah macam mana pun kita nak tinggalkan dosa, jangan pernah putus asa dengan Allah swt. Allah swt dah tetapkan yang RahmatNya mengatasi kemurkaanNya. So jangan pernah putus asa.

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Nabi s.a.w bersabda: Sebaik sahaja Allah s.w.t menciptakan makhlukNya. Dia terus menulis dalam kitab yang berada di sisiNya di atas Arasy: Sesungguhnya rahmatKu mengatasi kemurkaanKu (Riwayat Muslim)

Macam mana susah pun keadaan, jangan sesekali tinggalkan solat & tinggalkan kebaikan yang pernah kita buat. Kalau kita putus asa dengan rahmat Allah, maksudnya kita tak bersyukur dengan Allah swt. Dan kita termasuk dalam golongan orang-orang yang rugi. Tapi buat mereka yang dah lama tinggalkan solat, selagi kamu percaya kepada Allah swt dan Rasulullah saw adalah pesuruh Allah.

Selagi kita yakin dengan kalimat syahadat. Masih ada lagi peluang untuk kembali kepada Allah swt. Allah swt tak pernah marah kita. Allah swt Ar Rahman dan Ar Rahim. Kalau kita ada pengetahuan yang sedikit, maksudnya Allah swt sayang pada kita hari ini dan selamanya-lamanya. Ar Rahman – sesiapa je boleh hilang Ar Rahman dekat dunia bila kita buat sesuatu yang Allah swt tak suka. Tapi Ar Rahim – selama-lamanya (pada hari Kiamat nanti) sampai bila-bila.

Cuba latih fikiran kita, bila ditimpa ujian dan musibah ingat ini ketetapan Allah swt & ada yang lebih baik Allah swt nak bagi. Tapi kadang-kadang musibah datang sebab salah diri kita. So tengok balik solat kita, adab kita, amalan-amalan kita.

Walau apa pun jadi, selalu merendah diri dihadapan Allah swt. Sebab kita tak milik apa apa pun. Nyawa kita, tenaga kita semua bukan milik kita. Setiap pagi jantung kita mohon dekat Allah swt untuk denyut lagi. Kalau jantung kita pun bermohon dekat Allah swt, kita sendiri pun jangan putus asa ok.

Rugi pula. Allah swt kata “Demi masa (1) Sesungguhnya, manusia dalam kerugian (2)”. Quran 103:1-2. Maksudnya setiap masa kita akan berada dalam kerugian. Banyak manapun kita kumpul harta, kawan dan sebagainya akhirnya nanti benda-benda ni semua akan pergi tinggalkan kita.

Belajar lah, hafal lah macam mana pun kita memang tak boleh nak tahan supaya benda ni kekal selama nya dalam otak kita. Sebab kita sendiri akan mati. So bila kita faham Allah swt kata manusia selalu dalam keadaan kerugian, bila kita hadapi kehilangan kita dah rasa tak lelah sangat :). Sebab kita faham, milik Allah swt lah apa yang ada di langit dan di bumi.

Ayat seterusnya Allah swt kata, “kecuali mereka yang melakukan amal kebaikan, dan berpesan kepada kebenaran, dan berpesan kepada kesabaran”. Quran 103:3

Sedikit mana pun ilmu kamu tentang Allah swt, kalau dia dapat bantu diri kamu jadi lebih baik, kongsilah dengan orang-orang. Kalau ada orang minta nasihat, bantu lah apa yang kamu mampu.

Kebenaran tentang Allah swt dan kesabaran macam Allah swt sebut dalam Al Quran. Setiap perkara kebaikan yang kita buat walaupun kecil, takkan pernah terlepas dari pengetahuan Allah swt. Jadi, yakin dan doa.

Allah swt sebut lagi:

“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Sesungguhnya hal itu sangat berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu’, (iaitu) orang-orang yang meyakini bahawa mereka akan menemui Rabb mereka dan bahawa mereka akan kembali kepada-Nya” Quran 2:45-46

Sedih lah kalau nak sedih. Ambil la masa lama mana pun. Janji kita tak salahkan Allah swt dan ketetapan Allah swt. Allah swt tidak akan mengambil sesuatu pun daripada orang yang beriman kecuali akan menggantikannya dengan yang lebih baik.

– Alya (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *