Assalamualaikum cikgu, https://iiumc.com/saya-isteri-yang-gagal/
Saya di sini cikgu juga, nak berkongsi sikit keadaan saya, mana tahu boleh jadi tauladan & sempadan.
Saya dah jadi cikgu selama 20 tahun, berpindah beberapa sekolah dah. Penat itu memang tak terluah. Tapi masa awal kahwin, Alhamdulillah tenaga saya masih banyak sebab usia pun baru 27 tahun masa tu.
Setiap kali suami saya balik ke rumah dalam pukul 6.30/7.00pm, saya akan sediakan air teh & sikit kuih yang saya beli.
Pada mulanya saya gigih buat kuih sendiri. Tapi tak terkejar penatnya. Jadi untuk tak bebankan diri, saya beli kuih. Simpan tenaga nak masak untuk makan malam.
Lepas makan malam, kami akan tengok berita & kemudian akan bersama. Jika kerap bersama, aksi pun tak akan terlalu lama. Jadi lepastu boleh mandi hadas & tidur awal. Potong rambut pendek sikit/ beli ‘hair dryer’ supaya cepat kering rambut.
Tapi apa saya nak kongsi, lebih kepada selepas ada anak. Kami dikurniakan 4 cahaya mata, Alhamdulillah :)
Selepas ada anak pertama, situasi agak tegang. Disebabkan perubahan & proses adaptasi. Suami dah biasa bersama kerap sebelum ni, jadi saya yang selalu letih rasa kurang selesa & mudah hilang rasa nak bersama.
Banyak salah faham kami masa ni. Tapi banyak yang kami cuba untuk menyelesaikan isu ini. Antaranya:
1) Saya kurangkan masa berbual di sekolah & cuba siapkan kerja sehabis boleh di sekolah. Kalau saya tak sempat, saya akan tinggal & balik bila habis waktu kerja.
Saya bangun awal pukul 4am sebab saya akan buat sedikit kerja sebelum subuh. Disebabkan saya bangun awal, saya lebih mudah nak lelapkan mata sekejap lepas zohor untuk ambik tenaga
2) Suami saya akan minum petang dengan kawan2 sebelum dia ambil anak2 di pusat asuhan & sekolah. Semua anak kami hantar berdekatan dengan rumah, dekat dengan tempat suami kerja. Jadi suami uruskan anak pergi & ambil sekolah
3) Saya yang dah tiba awal, akan siap2 masak untuk makan malam. Anak sampai sahaja di rumah, diorang akan ke taman main dengan kawan2 sampai penat.
Yang kecil akan duduk di rumah main di bilik main mereka. Saya & suami akan kemas dapur & susun beg anak2 siap2 untuk esok
4) Kami basuh baju hanya pada hujung minggu. Supaya tak penat masa hari kerja. Mungkin lain orang, lain caranya, tapi kami selalu berbincang apa yang mampu kami buat & tidak
5) Lepas anak-anak balik, mereka rehat, mandi, makan & solat. Sebabkan letih bermain, selalunya dalam pukul 9 masing-masing dah tidur
6) Selepas anak tidur adalah masa saya & suami berehat, berbual atau bersama. Saya memang pakai Woman Tracker Apps di handphone untuk rekod tarikh masa kami bersama. Supaya sekurang-kurangnya 2 kali kami bersama seminggu
Melalui pengalaman lebih 20 tahun berkahwin ni, memang banyak onak dan duri. Antara lain, yang paling perit nak dapat rentak adalah perkara nafkah batin. Terutamanya selepa ada anak.
Sebab saya selalu letih & akan tertidur awal. Hanya akan terjaga bila anak saya perlukan saya untuk menyusu.
Saya cuba macam2 untuk ambil hati suami, tapi tak ada hasil. Cuba bersiap, beli baju seksi, pergi holiday dan pelbagai lagi. Tapi jawapan yang suami saya nak, hanyalah kekerapan bersama.
Jadi kami berbincang panjang lebar. Sampai beberapa cubaan untuk masing2 berubah untuk beroleh apa yang dikehendaki.
Solusinya ada. InsyaaAllah. Untuk kami, komunikasi yang membuka ruang untuk jalan penyelesaian. Dan selepas itu, kami betul2 bahagikan tugas supaya saya tak terlalu letih.
Bila suami dah uruskan rumah & keluarga sama2, timbul rasa sayang yang lebih dan tak sampai hati nak melukakan hati dia.
2 hari seminggu saya akan tahan mata jugak2, kalau mengantuk pun. Mandi untuk beri tenaga, minum air masak banyak2, kopi pun saya minum masa lepas maghrib. Lagi 5 hari dalam seminggu tu, kalau saya tertidur awal pun, suami tak terasa hati.
Semoga bermanfaat buat ‘confessor’ sebelum ini. Perkahwinan ini suatu tolak ansur, dan proses itu memang panjang & berulang2) Tapi dengan perasaan nak cuba memahami & sayang, InsyaaAllah boleh.
Saya doakan kebahagiaan ‘confessor’ & suami. Aamiin.
– CheBy (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit