Buat Si Muka Jerawat

Assalamualaikum, semua!

Nama aku Rock (nama tipu2 hahaha). Aku seorang yang suka membaca luahan hati di IIUM Confession ni, kadang rasa nak buat penulisan balas tapi rasa malas.

Jadi, hari ini aku terlebih rajin untuk berkongsi perjalanan aku sebagai “SI JERAWAT”.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada mereka yang sama sepertiku.

Dipendekkan cerita aku ni muka ‘flowless’ gittew ketika remaja. Masuk je tahun 2018, peh! Peh! Pehhhh!! Muka aku dah mula buat hal! Naik jerawat seketui, dua ketui, tiga ketui dan hmm berketui-ketui. Aku pun tak tahu lah kenapa.

Naik matrik, aku still chill lagi hanya guna pencuci muka sahaja. Bila masuk ke alam degree, aku jumpa ramai orang yang muka bersih, sedangkan aku SEDEHH! Hahaahah, aku pun jadi nak cari produk yang sesuai untuk muka aku. Al-maklumlah, ada PTPTN kan.

Lepas kira-kira, aku pun buatlah pelaburan untuk muka aku ni haa. Muka aku sangat-sangat sensitif. Sampai pakai sunblock atau make up remover yang tak sesuai pun boleh pedih dan tumbuh jerawat.

Dari produk yang popular aku cuba, sampailah yang local. Semuanya tak kena dengan muka aku. Bertahun jugalah aku mencari dan Alhamdulillah, Allah bagi kesembuhan pada aku selepas aku pakai produk ni.

Jujur aku cakap, sepanjang muka penuh jerawat, sangat-sangat jarang aku mengeluh.

Bila selfie, aku mesti cakap “Cantiknya”. Tengok kat cermin “Cantiknya”.

Serius, aku sendiri taktahu macam mana boleh dapat tahap konfiden level yang tinggi melangit. Padahal, lepas aku sembuh, aku buatlah perbandingan gambar lama.

Masya-Allah, baru aku sedar sangat teruk ya muka aku dulu! HAHAHAHA

Jadi, pesanan buat “SI MUKA JERAWAT”:

1. Rujuk Surah at-Tin (ayat 4): “Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya”.

2. Rujuk Surah Ibrahim (ayat 7): “… “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, nescaya Aku akan menambah (nikmat) kepadamu…”

Sentiasa berpegang teguh pada firman Allah SWT pada 2 ayat ini untuk elakkan diri menyalahkan takdir, kesedihan melampau, dan rasa tak bersyukur wujud dalam diri.

Insya-Allah, bila orang sembur apa pun kau akan rasa chill je. Itulah apa yang aku buat, selain doa, berusaha dan bertawakal.

Bila kawan senasib mengadu pada aku tentang hal ni, aku akan ingatkan balik firman Allah agar hati sentiasa yakin pada Allah dan redha menerima sesuatu daripada Allah, lepas tu, dapatlah ceramah free daripada aku ni HAHAHAHA.

3. Sentiasa positif dan cakap pada diri kau yang “Aku cantik (p)”, “Aku macho (l)”. Sebab kalau bukan diri korang yang puji dan sayang pada diri korang sendiri, siapa lagi?!

Dan ayat macam tu yang takkan buat kau rasa down. So Please, POSITIF okay!

Buat yang muka dah FLAWLESS, please lah. Cukup2 lah untuk sembur dengan ayat:

– “Kau beli lah kertas pasir, confirm hilang”

– “Tips untuk flawless Berwudhuk”

Kerana itu SANGAT SANGATLAH MENJENGKELKAN! Kau tak rasa kadang2 muka sakit, muka rasa berminyak, nak sujud terhentak kuat, tak pernah rasa down bila produk tak positif kat muka,

Tak berhabis duit yang patut kau boleh makan sedap2 atau beli apa yang kau nak, rasa hampir putus asa untuk berusaha.

So better DIAM.

Akhir kalam, buat “Si Muka Jerawat”, aku harap dengan perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membakar semangat korang dalam berjuang mencari kesembuhan muka.

Jangan pernah berputus asa. Insya-Allah, apabila sampai waktu yang tepat dan produk yang sesuai untuk kau, Allah akan bagi syifa (kesembuhan) buat kau. Aku akan sentiasa doakan korang ya!

Yang benar,

– Rock (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *